Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 8, 2011

Bila Dhea menulis dan mengeja

Diam tak diam, sudah 2 bln Dhea ke sekolah. Dalam tempoh 2 bln tue, macam2 dah yang anak dara mak ni dah belajar. Hari2 mesti bawak balik homework okeh. Tak pernahnyer takde homework. Kadang tue, classwork pon sambung buat kat rumah sebab tak sempat siap dalam kelas. Bila mama tanya apsal lambat siap, macam2 alasan Dhea bagi. Antara alasan favourite..


'Dhea lambat tulis sebab Dhea nak tulis cantik2. Nanti dapat bintang banyakkk.'


Hahahahahahahahaaa.. Tak habis2 dengan bintang tau kakak ni.. :D big grin
 

Sekarang ni, Dhea dah pandai mengeja tau. Masa mula2 dengar Dhea mengeja, I'm impressed okeh. Terharu, syahdu dan rasa nak nanges pon ada bila dengar Dhea dapat mengeja dengan baik dan betul. Tak sangka anak mak pandai jugok mengeja walaupon ada yang terpele'ot sana sini, mama tak kisah. Takpe nak, Dhea baru nak masuk 5 tahun. Klu zaman mama dulu, pegi sekolah tadika Kemas tu memang takde keje lain laa selain makan, main, makan, main. Pastu tiba masa, balik umah jalan kaki lenggang kangkung.. Kan kan?


Another thing yang aku perasan sejak Dhea dah pandai menulis dan mengeja ni, pantang jumpa kertas dan pen. Ada je benda dia nak tulis. Pastu menunjuk kat mama dengan ayah yang dia dah pandai tulis macam2 huruf. Bila tengok kecenderungan Dhea tu, aku terfikir untuk standby buku nota kecik macam buku hutangtigalima tue dalam keta atau dalam henbeg tiap kali kitorang keluar. At least Dhea boleh polish lagik skill menulis dia tue kan.. ;) winking


Bila Dhea mengeja pulak, bergema satu rumah dengan suara Dhea. Klu korang nak tau, sore Dhea ni lantang giler macam mama dia. Hahahahahahaaa.. So, bila Dhea dah mula mengeja tuh aku rasa macam bukak kelas tuisyen budak2 pulak kat rumah walaupon yang mengeja tue cuma Dhea seorang. :P tongue


Penah jugak sampai satu tahap, aku terpaksa minta Dhea diam. Dah lama sangat mengeja, jadik bingit tinger mak weihh.. Hahahahahahaaa.. Sabau aje laa kan..




3 comments:

Ila said...

bagus dhea...teruskan usaha

maya amir said...

kiteorg memang ade buku kecit kat mana2.. bukan utk anak2 jek menulis..dgn aku ke arjoo ke sume menulis..kekekke

mamaDhea said...

ila: heee.. mekasih auntie..

maya: aku mmg ada laa tp utk diri sendiri jek.. budak2 ni suka koyak2 kertas dlm keta, so laki haku stress.. baru2 ni je laa dia bagi anak dara dia bawak buku/kertas dlm keta.. hihi