Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2011

Being me

Petang Khamis yang lepas, Emir telah selamat mendapat MMR jab. Dah setahun kan.. Pasni, tunggu sikecik tue setahun setengah baru kami akan jejakkan kaki lagi di KD Kangkar Tebrau.


Masa kami pegi amik sikecik di rumah pengasuh (seblm ke KD), kak Sue ada bitau yang badan Emir sedikit dedarr. Eh eh, macam tetau je mama nak bawak dia gi klinik kan.. :P Petang tue bukan Emir je yang ada appointment kat KD, abg Hadif pon ada appointment jugak (minum ubat cacing). Dan, kakak Dhea jugak kami terpaksa hangkut sekali bawak ke KD. Takkan nak tinggalkan Dhea sensorang kat rumah kan.. So, memang agak kelam kabut laa menjaga bebudak ni sepanjang kat KD yang penuh sesak tuh. Memang sesak giler babss hokeh. Itupon sib baik dapat 'lompat' nombor. Klu tak, kul 7 kot baru settle semua urusan. Phew!


Malam tue, Emir nampak ok je. Tapi, tetengah malam, hambik ko.. Suhu badan ntah berapa degree aku tak tau laa. Yang pasti memang demam. Cecepat tepek cool fever and bagi 2.5ml Parmol. Alhamdulillah suhu badan surut sampai ke pagi.. Pagi Jumaat, macam biasa pengasuh amik kat rumah. Petang kami amik kat port biasa, kak Sue bitau Emir cerry berry pulak. Demam dah agak surut, bagi bila perlu sahaja dan tak lupa tepek cool fever jugak..


So, demam dan cerry berry berterusan sampai ke Sabtu. Nak tak nak aku terpaksa laa minta EL (EL pon kena mintak ke?) untuk jaga sikecik tue. Hubby plak memang tengah busy dengan persiapan eksais segala, memang tak dapek laa nak cuti kan.. Klu aku keje pon, memang takkan senang hati punyalah.


Setelah bersusah payah call sana call sini, at last ada jugak yang sudi hulurkan bantuan. Terima kasih Haikal. Nanti akak baking kan kek cokelet ek.. ;) Nak harapkan pertolongan bos? Jangan harapppppp!! Dah laa tak boleh nak tolong, alasan tak bley blah. Siap soal macam2. Hello!! Aku minta EL sebab anak aku sakit tahukkk!! Bukan sebab aku nak berjimba2 dihujung minggu. Kira baik laa aku kelam kabut carik orang untuk replace. Klu ikut hati yang bengkek, aku EL camtu je okeh. Reasonable laa sket.. Nak harap anak buah je tolong bos, sesekali tolong anak buah ape salahnyer ye tak?!! ^%$#%^**&^$#!$^&


Nak dijadikkan cerita lagik, Sabtu malam tue aku terima sms drp kak Sue mengatakan ayahnyer baru sahaja kembali ke rahmatullah lepas Maghrib dan akan dikebumikan esoknya sebelum Zohor. Dan kak Sue minta cuti drp menjaga Emir sampai hari Selasa sebab nak settlekan urusan tahlil 3 hari. Sebagai manusia yang reasonable, haruslah berlapang dada beri cuti pada pengasuh anak aku tue kan? So, Ahad malam tue aku sms bos bitau yang aku nak cuti 2 hari lagi dan aku hanya dpt cari replacement untuk hari Selasa. Hari Isnin, pandai2 ko laaa.. Aku ada call partner dan bitau perkara ni kat dia, incase laa bos aku tu tak dapat sms maut haku tue kan..


Alhamdulillah demam Emir dah kebah. Tinggal cerry berry je tak baik lagik. Aku tak pasti, adakah itu kesan drp MMR jab? Sebab Dhea dengan Hadif takde plak macam tue dulu2. Kesian tengok montot Emir dah tak gebus dan ada kesan melecet sket. Badan pon susut abis. Terasa gitar kat dada dia. Cumanya, Emir masih aktif walaupon sedikit manja. Pantang nampak muka mama, minta dukung saje laa.. Tidur pon kurang lena, sekejap2 terbangun, pastu nangissss.. Syian anak mama.. Cepat sembuh ye syayanggg..




Ini adalah koleksi ubat yang ada kat rumah haku sekarang ni. Anak2 aku serasi dengan Parmol, so memang sentiasa ada spare.. Yang kuning tu ubat selsema. Now, Emir dengan Hadif dah boleh share ubat selsema yang sama. Ventamol tue ala2 ubat batuk untuk Emir. Kenapa ala2? Sebab kata paed, Emir belum sesuai diberikan ubat batuk macam kakak dan abgnyerr.. So, ventamol tu hanya untuk buka saluran pernafasan dia je..




Haa, yang dlm kotak tu ubat batuk untuk Hadif. Zithromax plak antibiotik untuk Emir.




Nah resit! Agak2 boleh claim tak bos? Ubat2 tue semua dapat masa Hadif dan Emir demam+selsema+batuk berjemaah awal bulan aritu. Semuanya ada belen lagi kecuali antibiotik dan masih disimpan di tempat yang sesuai.




2 comments:

maya amir said...

aku rase bkn psl mmr kot..budak bertuko bulan kot kene demam&ceri beri mcm danial dulu..

mamaDhea said...

mungkin jugak.. skang, dahi ngan leher kuar rashes plak.. huhu