Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, March 12, 2011

"Mama, ana tetnyerr nie. Adif nak atan ar.."

Hari Selasa yang lepas, Dhea bawak balik satu surat. Surat tue adalah untuk memberitahu para ibu bapa bahawasanya pihak tadika nak buat satu majlis sambutan Maulidur Rasul. Ibu bapa tak perlu hadir pon tapi pihak tadika berbesar hati sekiranya ibu2 dan bapa2 nak sponsor makanan. Cehh, tak payah datang tp minta sponsor? Apekah?!!!


Dhea ni jujur okeh. Budak2 memang lurus bendul jujur kan, mana tau nak menipu bagai klu tak diajar. So, aku pon tanyalah Dhea..


"Dhea nak bawak makanan ape pi sekolah nanti?"
"Cikgu kata suruh mama masak sedap2 pastu bawak pegi sekolah."


Hamboi hamboi hamboi cikgu Yati. /hmm


Dalam kepala hotak aku dah ligat fikir menu yang paling senang dan yang paling penting skali mestilah makanan tu klu aku masak confirm sedap. Kahkahkahkahkah! Ye laa, klu tak sedap kang jatuhlah saham airmukabuka mak kat cikgu2 sekolah Dhea. Kan? :P


So, lepas timbang sini sana aku decide untuk bakingkan chocolate cake aje laa. Senang dan sedap dimakan. Dhea request nak curah choc ganache sekali. Klu takde choc ganache, Dhea nak bawak makanan lain. Wahhh anak haku. Kemain order yerr.. :P


Khamis malam tue, berdessup laa aku membaking kek coklat. Bukan banyak pon. Satu adunan jek. Hahahahaha.. Nak buat lebih dah tak sempat dan tak larat. Almaklum, oven klasik kan muat satu loyang jek.. :P *alasan baekk punya* Yang sebiji tue pon nak dekat kul 2 pagi baru settle okeh. Bukan ape, aku memang baking lambat malam tu sebab apsal ntah tetiba malam tue banyak plak nak kena kuar jumpa orang. Sampai rumah pon dah 11 lebih malam. Itupon, nasib baik si kecik tu dah lena dari dalam keta lagik. Sampai rumah terus transfer masuk buai dulu. Dah siap membaking kang baru bleh hangkut naik bilik. So, gedebak gedebuk siapkan bahan, zasss terus bakar. Dah siap bakar, aku bior je dalam oven (tp pintu oven aku bukak sket laa) sampai esok pagi. :D


Pagi Jumaat tue, lincah pi dapo kuarkan cream ngan dark choc, terus bancuh ganache untuk kek Dhea tuh. Sebelum tu aku potong 2 siap2 kek tue, pastu masukkan dalam 2 tupperware eskrim. Nak masuk sebijik skali harung memang tak muat laa. Cari bekas yang muat pon dah berejam, last2 aku potong 2 je terus. Pastu tu barulah curah cokelet atas kek yang dah letak dalam tupperware tue. Bijak tak? Bijak tak? :P


Balik sekolah semalam, aku tanya Dhea..


"Cemana sekolah arini? Dhea buat apa?"
"Arini Dhea baca selawat nabi tau mama.."
"Ooo, kek sedap tak? Cikgu cakap ape?"
"Cikgu kata pandainyer mama Dhea buat kek."
"Abis tue Dhea makan dengan kawan2 tak keknyer?"
"Dhea tak makan pon sebab cikgu tak hidang pon kek tue."


Lorrrrr.. Agak2 korang, sape yang makan eh? :P


Pagi2 lepas Dhea dah pi sekolah, Hadif plak bangun cari kek cokelet.


"Mama, ana tetnyerr nie. Adif nak atan ar.."
"Ala, kakak Dhea dah bawak pegi sekolah laa bang. Nanti mama buatkan untuk abang ek."
"Alaaaa, kakak ni aper awak emua.."
"Takpe laa, nanti mama buat lagi untuk abang plak ehh."
"Oteh laa mama.."


Tapi aku tak buat pon sebab kehabisan susu cair, boleh? Nak ke kedai jauh ko. Boleh ketibas klu jalan kaki.. :P Nasib ler si abang tak insist. Nanti mama coti mama baking lagik yer hanak2..




4 comments:

Cik Ila said...

seronok dgr cerita mcm ni..karenah bdk2 ni mcm2 kan kak..
hehe...ila dtg follow akak,sebagai membalas kunjungan.. :)

maya amir said...

laaa..cikgu tu buat mende kek tu? bawak balik umah laa tuh..hawau..hehehehe...

madamoiselleczar said...

kahkahkah..sabar je lah..ligat kapla hotak haku nak menterjemah bahasa jarman bebudak kiut ni :p

btw, cikgu sungguh sampai ati naaaa? kehkehkehkeh...

mamaDhea said...

cik ila,
tu laa, mcm2 kerenah bebudak nie.. trima kasih sudi berkunjung.. :)

maya,
iyer, tapau utk diri sendiri.. sabau jek laa kan..

madam,
ekekeke.. skali baca takleh tangkap trus ek.. :P