Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 7, 2011

Tak menang tangan

Malam ni aku tak menang tangan handle anak2 sensorang. En. Isa tak balik malam ni sebab esok pepagi buta dah kena gerak tinjau kawasan di Kota Tinggi.


Balik drp keje (7.30mlm baru terhegeh2 sampai rumah) berkejar mandikan Dhea dengan Hadif. Macam lipas kudung aku mandikan budak berdua tue. Bukan ape, nak berkejar amik Emir plak lepas tue kononnyer. Tapi, tetengah aku sibuk mandikan budak berdua tue Kak Sue tepon bitau yang dia dah sampai kat post guard. Hadoih.. Cemane nak pi amik Emir klu tangan aku tengah bergelumang dengan buih2 sabun Pureen Yogurt. Nasib baik laa ada ayahanda terchenta yang sanggup menghulurkan bantuan (I heart you laa bapak!) dikala keadaan memerlukan. :)


Sampai2 je Emir kat rumah, dah mengekek ketawa bila tengok mama yang bukak pintu. Tau dah dia nak ape? :P Apelagi, kasik can laa budak kecik tue melepas geram kan.. :P Sambil nenenkan si kecik, sambil tu monitor Dhea buat homework. Bila kakak silap kira & tulis, terkial2 mama tolong padam dengan sebelah tangan. Emir pulak sambung nenen sambil tonggeng2. Sabau aje laa kan.. Nasib baik laa ko kecik lagi dik. :P


Nasib laa Hadif leka layan Tom Tom Bak! Klu tak, tak tau laa nak selit celah mana pulak yang sorang ni kan.. Huhuhuhuhuhuuuuu.. Malam ni aku memang tak masak laa. Cer citer bila masa aku nak masak? :P Dengan Emir yang asyik nak berdukung, pastu kejap2 lagi bergayut pulak.. Haih.. Ni pon sempat update blog sebab Emir dah lena dalam buaian dan budak berdua tue tengah sibuk layan katun sementara menunggu kepulangan atok dan nenek.


Dhea dengan Hadif ni klu nak tido mesti nak salam dan ciom pipi atok nenek diorang. So, nak tak nak aku kenalah stay kat bawah jugak sampai atok nenek balik. Nanti dah lepas salam2 dan ciom2 atok nenek barulah hangkut diorang sekali harung naik bilik untuk tido. Confirm sekejap dah lena. Klu tak, memang kejap2 diorang akan ajak turun bawah cari atok nenek..


Oklah, nak standby buat susu sebelum anak2 tido. Nanti takde ler aku semput turun naik sebab buat susu. :P


Selamat malam. /bye




4 comments:

maya amir said...

ibu2 bekera atau yg tak bekerja sume multi tasking mother..salute to all mothers:))

Ila said...

heheehe...tapi masih larat kan nak layan2 anak-anak...

madamoiselleczar said...

hihihihi...sure sora pon pithing 8 kalu berckp ittew jam ek? aku pon selalu cenggitu..blk jek umah..bermulalah era 8 tangan dan 8 kaki..tetiba transform jd sotong kurita buleh? :p

mamaDhea said...

maya: meh kita sesama salute diri sendirik! ;)

ila: tu laa kelebihan seorang ibu.. ;)

za: pitching 8 tu sudah pasti.. hahaha.. tetiba jadik sotong ek.. wakakkakaaa :P