Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 30, 2011

Wordless Wednesday : Menang tanpa bertanding!

The arrival :D


Bekas (?) yang klasik.. Mak sukak!!


Thanks a million bebeh.. Kagum haku dengan kegigihan hang membalut dan mengcourier serta memaksa sekretarimu menalipon mak every 30mins.. Graciasss and muachsssss!




Tuesday, March 29, 2011

Being me

Petang Khamis yang lepas, Emir telah selamat mendapat MMR jab. Dah setahun kan.. Pasni, tunggu sikecik tue setahun setengah baru kami akan jejakkan kaki lagi di KD Kangkar Tebrau.


Masa kami pegi amik sikecik di rumah pengasuh (seblm ke KD), kak Sue ada bitau yang badan Emir sedikit dedarr. Eh eh, macam tetau je mama nak bawak dia gi klinik kan.. :P Petang tue bukan Emir je yang ada appointment kat KD, abg Hadif pon ada appointment jugak (minum ubat cacing). Dan, kakak Dhea jugak kami terpaksa hangkut sekali bawak ke KD. Takkan nak tinggalkan Dhea sensorang kat rumah kan.. So, memang agak kelam kabut laa menjaga bebudak ni sepanjang kat KD yang penuh sesak tuh. Memang sesak giler babss hokeh. Itupon sib baik dapat 'lompat' nombor. Klu tak, kul 7 kot baru settle semua urusan. Phew!


Malam tue, Emir nampak ok je. Tapi, tetengah malam, hambik ko.. Suhu badan ntah berapa degree aku tak tau laa. Yang pasti memang demam. Cecepat tepek cool fever and bagi 2.5ml Parmol. Alhamdulillah suhu badan surut sampai ke pagi.. Pagi Jumaat, macam biasa pengasuh amik kat rumah. Petang kami amik kat port biasa, kak Sue bitau Emir cerry berry pulak. Demam dah agak surut, bagi bila perlu sahaja dan tak lupa tepek cool fever jugak..


So, demam dan cerry berry berterusan sampai ke Sabtu. Nak tak nak aku terpaksa laa minta EL (EL pon kena mintak ke?) untuk jaga sikecik tue. Hubby plak memang tengah busy dengan persiapan eksais segala, memang tak dapek laa nak cuti kan.. Klu aku keje pon, memang takkan senang hati punyalah.


Setelah bersusah payah call sana call sini, at last ada jugak yang sudi hulurkan bantuan. Terima kasih Haikal. Nanti akak baking kan kek cokelet ek.. ;) Nak harapkan pertolongan bos? Jangan harapppppp!! Dah laa tak boleh nak tolong, alasan tak bley blah. Siap soal macam2. Hello!! Aku minta EL sebab anak aku sakit tahukkk!! Bukan sebab aku nak berjimba2 dihujung minggu. Kira baik laa aku kelam kabut carik orang untuk replace. Klu ikut hati yang bengkek, aku EL camtu je okeh. Reasonable laa sket.. Nak harap anak buah je tolong bos, sesekali tolong anak buah ape salahnyer ye tak?!! ^%$#%^**&^$#!$^&


Nak dijadikkan cerita lagik, Sabtu malam tue aku terima sms drp kak Sue mengatakan ayahnyer baru sahaja kembali ke rahmatullah lepas Maghrib dan akan dikebumikan esoknya sebelum Zohor. Dan kak Sue minta cuti drp menjaga Emir sampai hari Selasa sebab nak settlekan urusan tahlil 3 hari. Sebagai manusia yang reasonable, haruslah berlapang dada beri cuti pada pengasuh anak aku tue kan? So, Ahad malam tue aku sms bos bitau yang aku nak cuti 2 hari lagi dan aku hanya dpt cari replacement untuk hari Selasa. Hari Isnin, pandai2 ko laaa.. Aku ada call partner dan bitau perkara ni kat dia, incase laa bos aku tu tak dapat sms maut haku tue kan..


Alhamdulillah demam Emir dah kebah. Tinggal cerry berry je tak baik lagik. Aku tak pasti, adakah itu kesan drp MMR jab? Sebab Dhea dengan Hadif takde plak macam tue dulu2. Kesian tengok montot Emir dah tak gebus dan ada kesan melecet sket. Badan pon susut abis. Terasa gitar kat dada dia. Cumanya, Emir masih aktif walaupon sedikit manja. Pantang nampak muka mama, minta dukung saje laa.. Tidur pon kurang lena, sekejap2 terbangun, pastu nangissss.. Syian anak mama.. Cepat sembuh ye syayanggg..




Ini adalah koleksi ubat yang ada kat rumah haku sekarang ni. Anak2 aku serasi dengan Parmol, so memang sentiasa ada spare.. Yang kuning tu ubat selsema. Now, Emir dengan Hadif dah boleh share ubat selsema yang sama. Ventamol tue ala2 ubat batuk untuk Emir. Kenapa ala2? Sebab kata paed, Emir belum sesuai diberikan ubat batuk macam kakak dan abgnyerr.. So, ventamol tu hanya untuk buka saluran pernafasan dia je..




Haa, yang dlm kotak tu ubat batuk untuk Hadif. Zithromax plak antibiotik untuk Emir.




Nah resit! Agak2 boleh claim tak bos? Ubat2 tue semua dapat masa Hadif dan Emir demam+selsema+batuk berjemaah awal bulan aritu. Semuanya ada belen lagi kecuali antibiotik dan masih disimpan di tempat yang sesuai.




Buttermilk Pancake

Resepi adalah digugel. Serius tak ingat kat mana aku cilok resepi ni. It was 3 weeks ago punya aktiviti. So, klu credit to gugel je aci tak? Huhuhu..


Sebelum tue, meh tunjuk gambaq noo. Terpusing2 Gigih haku snap guna webcam tau. :P




Amacam? :P Okeh, resepi aku nak tepek jugaklah sebab dah lupa gugel kat mana kan. So, next time klu aku nak buat lagik buleh gugel blog sendiri ajer.. :D


BUTTERMILK PANCAKE

150gm tepung pancake @ Tepung naik sendiri + 1 sdt BP + 1 sdt SB
100ml buttermilk - boleh cari kat Tesco
1 biji telur saiz sederhana
1 sdb gula
1 sdb melted butter - yg ni optional


Camno nak buek ni jang? Sonang yo.. Aku kan memang pakar klu resepi senang2 nih.. Hahaha..  Sebatikan semua bahan pastu korang masak laa cam lempeng. Klu ada pan yang leper lagik bagus. Aku canai atas kuali jer. Sekali masak tu setengah cawan je sebab pancake ni akan kembang sket tak mcm lempeng..


Bila dah siap canai semua, boleh laa dikapel dengan butter dan madu, macam nie..


Slurrppp!


Last but not least,


The big breakfast Ahli jemaah. :D




Wednesday, March 23, 2011

Ini baru betol WW!

Honeydew + Soya Milk + Bubblesssssss = Terbaekk wok!!

Kukup Soya Milk @ Tesco Tebrau, JB

Wordless Wednesday : Bonus Wednesday!


Monday, March 21, 2011

Seminggu ajer

Nampaknya sepanjang minggu ini saya (? ) adalah husbandless dan anak2 haruslah fatherless kan? :-&lt sigh


Status adalah berkuatkuasa jam 6 pagi tadi sehinggalah Jumaat, tp jam berapa tue tak dapat dipastikan lagi. *sob sob* Harap2 ketiga-tiga anakanda akan berkelakuan baik, terutamanya yang kecik comeyy tue. Boleh tahan jugak tau si kecik tue semenjak dua menjak nie. Latest, dia dah pandai merajuk sampai tertiarap kat lantai. Yang klakaunyer, pandai pulak tu carik port yang sesuai untuk landing..


Memula, dia akan jerit2 tak puashati. Pastu klu port baekk punya, terus duduk sambil lembek2 kan badan. Klu port tak best, dia jerit2 dulu sambil jalan kedek2 carik port yang sesuai. Dah jumpa port baekk, barulah dia duduk melembekkan badan. Lepas tu lagik, dia baringkan badan dia slowly sampailah tertiarap. Tertiarap pon haruslah ada gaya ya ibuk2..


Tertiarap sambil alas kepala dengan lengan, buleh? :)) laughing


Sepanjang tempoh nak tertiarap tue, mulut haruslah jerit2 manje. Barulah dinamakan merajuk katenyerr.. Siape lagi klu bukan budak Emir da jambuls.. Haih.. Anak oh anak..


Kakak Dhea dan abg Hadif, insyaallah dalam kawalan. Harap2 pitching mama juga dalam kawalan hendaknyerr..

Tuesday, March 15, 2011

Cakap siang pandang2


Semlm ada sorang budak hardware masuk cc room sambil melepaskan geram,


"Budak cc malam memang suka buat keje ker? Barang banyak hilang!!" *lebih kurang gitu laa*


Pastu dengar dia mumbling nak belasah bla bla bla.. Perghh, #sentap haku dengar masatu okeh. Panassss je telinga haku mendengar. Memang masatu tinggal aku and partner je pon kat cc room.


"Eh, ko ni ckp camni ko dah tau ker sape yang buat keje?" *aku sound balik*


Memang aku tak puashati okeh. Walaupon aku tak masuk dlm senarai saspek, hagak2 laa weih klu nak sound!! Pada aku selagi ko takde bukti yang kukuh sekukuh kukuhnya ko tak boleh sesuka hati buat statement berani mati macam tue. Even ko dah ada bukti sekali pon, ko still tak boleh buat statement macam tue. Pffttttt!!


Cerita ini sudah pon disampaikan ke pengetahuan budak2 cc malam. Yer, aku and partner yang bitau diorang. Tau diorang cakap ape?


"Kurang ajar jugak budak ni eh!!"


Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pasni, korang prepare laa jadual on-call untuk hardware eh sebab bebudak cc dah malas nak masuk bilik hardware. Eh, bukan aritu kata ada pasang webcam ke? Cer tengok sape punya angkara.. Pffttttt!!

Sunday, March 13, 2011

Si kecik sudah besar?

Harini, 13hb Mac 2011, genaplah Muhammad Emir Ziqri setahun. Eh, macam familiar pulak ayat ni kan.. :P




Sekejap je dah setahun ek.. Tepat kul 12 tgh malam tadi alarm Hubby berbunyik. Terkejut okeh! Tetengah melayan mata yang mengantuk, terus segar bugar dengar bunyik alarm. Apekah?! Rupa2nya reminder.. Aik bang, birthday anak sendiri pon nak kena set reminder ke? Jgn birthday mama abg lupa sudah!


Sejak2 henpon rosak memang takde laa gambo anak2. Itu yang nak blogging pon agak malas tue. Kecuali time aku on lappy tue, dapatlah jugak bergambar sakan menggunakan built-in webcam. :P




Haaa, gigih tak gigih laa haku bercamwhore berwebcam dengan budak kecik sorang nie. Gambar ni diambil sebulan yang lepas. Macam nak berperang okeh. Si kecik ni plak skang ni boleh tahan lasak.


Emir skang ni dah ada 8 batang gigi. Gigi atas 4 batang (termasuk 2 gigi kapak :P) dan gigi bawah pon 4 batang.




Amacam, seram tak tengok gigi kapak Emir? :P Korang memang laa tak seram. Aku ni haa klu tiba masa untuk menyusu mula laa menggelepar risau klu2 si Emir menggeget nenen. Dah banyak kali dah mak terkena okeh. Nak tarik sakit, tak tarik lagik laa sakit. Klu kita picit hidung dia, dia sembamkan muka. Bila kita try masuk jari dengan harapan dia lepaskan nenen, dia akan geget plak jari ko. Pastu nanti si kecik ni buat muka comeyy dia sambil gelak2 mengekek, buleh? Sabau aje laa kan..


Semalam, kitorang singgah makan kat Cheese Prata Shop. Ala, dah dekat sangat dengan umah dan tempat keja mak. So, lepas amik haku balik keje Hubby terus singgah sana untuk santap. Macam biasa, Emir duduk dlm babyseat tu la kan. Pastu tengah khusyuk kitorang tengok berita pasal tsunami kat Jepun (sampai macam nak patah tengkuk mendongak), aku terdengar suara si Emir terjerit2 panggey sapa tau..












"Yayahhhhhh!!"


Yeay!! Kuat nko.. Tak padan kecik, Emir dok ulang2 jerit panggey ayah dia. Tak hal orang tue kat sebelah dia jek. Ahahahahahahahaa.. Orang2 kat meja sebelah menyebelah seme pakat2 jeling tengok. Aku dengan Hubby bertabah buat2 tak nampak aje laa dengan jelingan2 manja orang sekeliling. Segan jugak sebenarnyer sebab memang kuat dan berulang2. Agak mengganggu jugak laa orang lain nak dengar berita.


Apepon, Hubby kembang sekejap bila dengar anak dia dah pandai panggey Ayah. :D Selain daripada dok panggey Yayah tue, Emir dah pandai macam2 dah. Berlari, panjat tangga, pomen beskal dan segala menan yang ader, main remote Astro (ni feberet dia), punggah mangkuk drp dapo dibawak ke depan dan yang paling tak bley tahan, si kecik ni dah pandai berebut menan dengan abg Hadif dan kakak Dhea. Nasib baik laa abg dengan kakak tak berapa nak melawan sangat. Ada takde pon abg dengan kakak sorokkan menan tue kat belakang ataupon diorang main tarik2 menan tue. Last kol klu si adik tak gheti2 nak surrender jugak Dhea atau Hadif akan jerit,


"Mamaaaaaaaaaa, amik adik Emir ni mama!"


/wahaha




Saturday, March 12, 2011

"Mama, ana tetnyerr nie. Adif nak atan ar.."

Hari Selasa yang lepas, Dhea bawak balik satu surat. Surat tue adalah untuk memberitahu para ibu bapa bahawasanya pihak tadika nak buat satu majlis sambutan Maulidur Rasul. Ibu bapa tak perlu hadir pon tapi pihak tadika berbesar hati sekiranya ibu2 dan bapa2 nak sponsor makanan. Cehh, tak payah datang tp minta sponsor? Apekah?!!!


Dhea ni jujur okeh. Budak2 memang lurus bendul jujur kan, mana tau nak menipu bagai klu tak diajar. So, aku pon tanyalah Dhea..


"Dhea nak bawak makanan ape pi sekolah nanti?"
"Cikgu kata suruh mama masak sedap2 pastu bawak pegi sekolah."


Hamboi hamboi hamboi cikgu Yati. /hmm


Dalam kepala hotak aku dah ligat fikir menu yang paling senang dan yang paling penting skali mestilah makanan tu klu aku masak confirm sedap. Kahkahkahkahkah! Ye laa, klu tak sedap kang jatuhlah saham airmukabuka mak kat cikgu2 sekolah Dhea. Kan? :P


So, lepas timbang sini sana aku decide untuk bakingkan chocolate cake aje laa. Senang dan sedap dimakan. Dhea request nak curah choc ganache sekali. Klu takde choc ganache, Dhea nak bawak makanan lain. Wahhh anak haku. Kemain order yerr.. :P


Khamis malam tue, berdessup laa aku membaking kek coklat. Bukan banyak pon. Satu adunan jek. Hahahahaha.. Nak buat lebih dah tak sempat dan tak larat. Almaklum, oven klasik kan muat satu loyang jek.. :P *alasan baekk punya* Yang sebiji tue pon nak dekat kul 2 pagi baru settle okeh. Bukan ape, aku memang baking lambat malam tu sebab apsal ntah tetiba malam tue banyak plak nak kena kuar jumpa orang. Sampai rumah pon dah 11 lebih malam. Itupon, nasib baik si kecik tu dah lena dari dalam keta lagik. Sampai rumah terus transfer masuk buai dulu. Dah siap membaking kang baru bleh hangkut naik bilik. So, gedebak gedebuk siapkan bahan, zasss terus bakar. Dah siap bakar, aku bior je dalam oven (tp pintu oven aku bukak sket laa) sampai esok pagi. :D


Pagi Jumaat tue, lincah pi dapo kuarkan cream ngan dark choc, terus bancuh ganache untuk kek Dhea tuh. Sebelum tu aku potong 2 siap2 kek tue, pastu masukkan dalam 2 tupperware eskrim. Nak masuk sebijik skali harung memang tak muat laa. Cari bekas yang muat pon dah berejam, last2 aku potong 2 je terus. Pastu tu barulah curah cokelet atas kek yang dah letak dalam tupperware tue. Bijak tak? Bijak tak? :P


Balik sekolah semalam, aku tanya Dhea..


"Cemana sekolah arini? Dhea buat apa?"
"Arini Dhea baca selawat nabi tau mama.."
"Ooo, kek sedap tak? Cikgu cakap ape?"
"Cikgu kata pandainyer mama Dhea buat kek."
"Abis tue Dhea makan dengan kawan2 tak keknyer?"
"Dhea tak makan pon sebab cikgu tak hidang pon kek tue."


Lorrrrr.. Agak2 korang, sape yang makan eh? :P


Pagi2 lepas Dhea dah pi sekolah, Hadif plak bangun cari kek cokelet.


"Mama, ana tetnyerr nie. Adif nak atan ar.."
"Ala, kakak Dhea dah bawak pegi sekolah laa bang. Nanti mama buatkan untuk abang ek."
"Alaaaa, kakak ni aper awak emua.."
"Takpe laa, nanti mama buat lagi untuk abang plak ehh."
"Oteh laa mama.."


Tapi aku tak buat pon sebab kehabisan susu cair, boleh? Nak ke kedai jauh ko. Boleh ketibas klu jalan kaki.. :P Nasib ler si abang tak insist. Nanti mama coti mama baking lagik yer hanak2..




Wednesday, March 9, 2011

Wordless Wednesday : Handphone Idaman

Sesape yang mengidam iPhone4 tue sila2 laa klik sini. ;) winking Yang tak mengidam pon boleh jugak klu nak klik klik klik. Mana laa tau tetiba lepas klik klik hati terpaut (macam syaye :P tongue), kan kan..



Tuesday, March 8, 2011

Bila Dhea menulis dan mengeja

Diam tak diam, sudah 2 bln Dhea ke sekolah. Dalam tempoh 2 bln tue, macam2 dah yang anak dara mak ni dah belajar. Hari2 mesti bawak balik homework okeh. Tak pernahnyer takde homework. Kadang tue, classwork pon sambung buat kat rumah sebab tak sempat siap dalam kelas. Bila mama tanya apsal lambat siap, macam2 alasan Dhea bagi. Antara alasan favourite..


'Dhea lambat tulis sebab Dhea nak tulis cantik2. Nanti dapat bintang banyakkk.'


Hahahahahahahahaaa.. Tak habis2 dengan bintang tau kakak ni.. :D big grin
 

Sekarang ni, Dhea dah pandai mengeja tau. Masa mula2 dengar Dhea mengeja, I'm impressed okeh. Terharu, syahdu dan rasa nak nanges pon ada bila dengar Dhea dapat mengeja dengan baik dan betul. Tak sangka anak mak pandai jugok mengeja walaupon ada yang terpele'ot sana sini, mama tak kisah. Takpe nak, Dhea baru nak masuk 5 tahun. Klu zaman mama dulu, pegi sekolah tadika Kemas tu memang takde keje lain laa selain makan, main, makan, main. Pastu tiba masa, balik umah jalan kaki lenggang kangkung.. Kan kan?


Another thing yang aku perasan sejak Dhea dah pandai menulis dan mengeja ni, pantang jumpa kertas dan pen. Ada je benda dia nak tulis. Pastu menunjuk kat mama dengan ayah yang dia dah pandai tulis macam2 huruf. Bila tengok kecenderungan Dhea tu, aku terfikir untuk standby buku nota kecik macam buku hutangtigalima tue dalam keta atau dalam henbeg tiap kali kitorang keluar. At least Dhea boleh polish lagik skill menulis dia tue kan.. ;) winking


Bila Dhea mengeja pulak, bergema satu rumah dengan suara Dhea. Klu korang nak tau, sore Dhea ni lantang giler macam mama dia. Hahahahahahaaa.. So, bila Dhea dah mula mengeja tuh aku rasa macam bukak kelas tuisyen budak2 pulak kat rumah walaupon yang mengeja tue cuma Dhea seorang. :P tongue


Penah jugak sampai satu tahap, aku terpaksa minta Dhea diam. Dah lama sangat mengeja, jadik bingit tinger mak weihh.. Hahahahahahaaa.. Sabau aje laa kan..




Monday, March 7, 2011

Tak menang tangan

Malam ni aku tak menang tangan handle anak2 sensorang. En. Isa tak balik malam ni sebab esok pepagi buta dah kena gerak tinjau kawasan di Kota Tinggi.


Balik drp keje (7.30mlm baru terhegeh2 sampai rumah) berkejar mandikan Dhea dengan Hadif. Macam lipas kudung aku mandikan budak berdua tue. Bukan ape, nak berkejar amik Emir plak lepas tue kononnyer. Tapi, tetengah aku sibuk mandikan budak berdua tue Kak Sue tepon bitau yang dia dah sampai kat post guard. Hadoih.. Cemane nak pi amik Emir klu tangan aku tengah bergelumang dengan buih2 sabun Pureen Yogurt. Nasib baik laa ada ayahanda terchenta yang sanggup menghulurkan bantuan (I heart you laa bapak!) dikala keadaan memerlukan. :)


Sampai2 je Emir kat rumah, dah mengekek ketawa bila tengok mama yang bukak pintu. Tau dah dia nak ape? :P Apelagi, kasik can laa budak kecik tue melepas geram kan.. :P Sambil nenenkan si kecik, sambil tu monitor Dhea buat homework. Bila kakak silap kira & tulis, terkial2 mama tolong padam dengan sebelah tangan. Emir pulak sambung nenen sambil tonggeng2. Sabau aje laa kan.. Nasib baik laa ko kecik lagi dik. :P


Nasib laa Hadif leka layan Tom Tom Bak! Klu tak, tak tau laa nak selit celah mana pulak yang sorang ni kan.. Huhuhuhuhuhuuuuu.. Malam ni aku memang tak masak laa. Cer citer bila masa aku nak masak? :P Dengan Emir yang asyik nak berdukung, pastu kejap2 lagi bergayut pulak.. Haih.. Ni pon sempat update blog sebab Emir dah lena dalam buaian dan budak berdua tue tengah sibuk layan katun sementara menunggu kepulangan atok dan nenek.


Dhea dengan Hadif ni klu nak tido mesti nak salam dan ciom pipi atok nenek diorang. So, nak tak nak aku kenalah stay kat bawah jugak sampai atok nenek balik. Nanti dah lepas salam2 dan ciom2 atok nenek barulah hangkut diorang sekali harung naik bilik untuk tido. Confirm sekejap dah lena. Klu tak, memang kejap2 diorang akan ajak turun bawah cari atok nenek..


Oklah, nak standby buat susu sebelum anak2 tido. Nanti takde ler aku semput turun naik sebab buat susu. :P


Selamat malam. /bye




Tuesday, March 1, 2011

Push the right Buttons


Here's the deal, especially untuk orang2 Subang Jaya dan yang sekawasan dengannya :D


Beli baucer yang bernilai RM30 dengan harga hanya RM10 di #MilkADeal. Pastu boleh laa shopping di butik Button My Buttons, Subang Jaya. Meh aku letak exact address dia..


Button My Buttons
Phone: +603 56348484

No 7-1,
Jalan SS15/8B,
Subang Jaya,
Selangor


Voucher Redemption period: 7 March 2011 - 7 April, 2011.


T&C apply. Happy shopping!