Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 25, 2010

Kreatip

Belen choc ganache masa projek aritu.




Pagi tadi baru terfikir nak buat. Rendam bekas berisi choc ganache yg dah keras sejuk tue dlm bekas air panas. Bagi dia melting sket. Pastu sapu atas roti keping Gardenia. Settappp!

Ala2 Nutella gitu u'olls.. /wahaha




Yang penting, anak2 mak suka! Maknyer lagi laa suka.. /nobigdeal



Hearty soup

Dinner semalam aku masak sup ini..


Lain sket pesen sup aku kalini. Resepi adalah dicilok diilhamkan
drp sini. Thanks to My Kitchen Snippets for sharing this hearty soup recipe. :)

Yang ini adalah resepi asal. Tapi aku mmg tak ikut 100% resepi asal memandangkan barang2 dlm peti adalah limited edition. So, haruslah berfikiran kreatif di situ.. :P


Bahan2nyer:

1 pound beef (stew meat) – cut into small cubes
~ ai guna meetball jer sebab takde stok daging kat dlm peti

3 carrots – cut into small cubes
3 stalk celery – cut into small cubes
~yg ni pon omit sebab takde dlm peti
3 potatoes – peel and cut into cubes
1 large onion – finely chopped
~ guna bawang kecik byk2
2 cloves garlic – chopped
2 bay leaves
~ omit jugak dan ganti dgn daun sup :D
1 can of 14 oz chopped tomato
~ ai guna tomato puree dlm 5-6 sudu besar
½ cup elbow pasta
~ omit jugak
6 cups low sodium beef stock
~ ai guna stok daging paket jer :D
Enough water
Salt and pepper to taste

Kaedah memasak nak tepek jugak ker? Aku punya version mmg tak sama mcm resepi asal. Versi aku versi orang nak cepat sebab laki dah kebulur.

Anak2 aku suka. Dhea dengan Hadif ni ko masaklah ape pon, asalkan ada carrot, musti sedapp punya. Sup ni ala2 sos pasta tapi cair, buleh? Masam2 sedap gitu. Kira sesuai laa utk kanak2 riang. :P

Untuk hubby, aku masakkan nasi ayam sambal dengan telo pasti sedap dadar aje. Licin 2 pinggan hubby makan. Suami kenyang, isteri senang. :P



Monday, November 22, 2010

Last Sunday

I baked this. /sweat

Lorekkan hentam keromo. Kaedahnya? Mak tiru gaya bebas Cikgu Intan. Kata perkakas tak cukup, kan.. :P


Loyang ni tak tau saiz baper. Tapi memang agak besar laa jugak. Di import beli khas drp kedai apek kat Kluang nun. :D


Verdict? Simply marvelous bebeh. /blur


MCB terbaekkk! Kejap2 dok pegi dapo mengendap bukak petiais. :D


Nak cuba? Klik sini untuk resepi sebab mak malas nak tepek. Gracias to TTM kerana sudi berkongsi resepi wlpon kek yang dia buat bantat. :D


Oh ye, mak terpaksa tambah another 10mins untuk bagi lapisan cheese tu btol2 masak. Tak confident pulak bila tengok lapisan cheese masih nampak berkilat dan fragile. Almaklum, oven pon versi klasik. ;)



Sunday, November 21, 2010

Antara dua..

..resipi ini dan ini, aku konfius agak serba salah nak buat yg mana satu. Kedua2 resepi aku cilok drp Dapur Malus Domestica.

Yang sebenar2nya, aku teramat sangat nak test resepi kedua. Tapi.. ada tapi dia. Dlm resepi tu tulis,


"Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper"


Agak2 korang laa, ape benda yg aku tak cukup? :D

Grease proof paper - checked!
Loyang - checked!

So, ape lagi yg tak cukupnyer? :P

Untuk pengetahuan korang, loyang aku satu2nya adalah bersaiz berdiameter err, ntah ek.. :D Tapi mmg kecik laa. Alangkan 1 adunan kek cokelet tu pon muat2 sampai mulut loyang je. Kompem laa tak muat kot utk resepi kedua tue. Maka, sementara nak tunggu loyang yg seangkatan dengannya sampai drp Kluang, aku pilih untuk test resepi pertama.

Hasilnya..



Agak kurang puashati di situ walaupon suami dan anak2 kata sedap hingga menjilat kertas. Aku agak konfius tgk resepi. Kat situ tulis,


1 tablespoon baking powder


Aku letak 1 teaspoon je. Sebabnya, aku tak penah lagik jumpa resepi yg memerlukan sampai 1 sudu besar serbuk penaik. So, aku assume penulis tersilap tulis.. Buleh? :P

Tu pasal laa kot muffin aku tak menggebu macam yg TTM buat.. :D Tapi leceh sket laa buat muffin sebab loyang (panggil loyang gak laa kot sebab dia sebijik macam loyang cuma saiz je kecik :P) muffin aku ada 6 bijik jer. 3 kali jugak laa aku membakar. Klu kek senang sket sebab curah semua skali dalam 1 loyang besar-yg-tak-berapa-nak-besar tue.

Takpe laa noks, lenkali buat lagi aku test boh 1 sudu besar plak ek. Apepon, hubby balik petang tu terus ngadap muffin 2 bijik bersama teh 'o buatan sendiri sebab bini dia sibuk online fb sampai lupa nak buat air.. :P






P/s: Lepas ni kena kumpul peralatan memasak laa pulak gamaknyer. Especially, loyang! :P

Friday, November 19, 2010

Projek baking2 diwaktu cuti..

Sejak 2 menjak ni, naluri untuk membaking semakin meluap2 macam lahar gunung Merapi yg baru meletop!

Ekperimen dimulakan dengan resepi yg diwar2kan oleh kak non (apsal sya takleh bukak blog ahkak ea? private kah?). Resepi asal adalah dicilok drp sini. Memandangkan sukatan utk bahan2 guna cawan jek, maka eksperimen diteruskan. :D

First attempt, buat separuh sukatan sahaja. Sebabnya, telur ngam2 sebijik je yg tinggal masatu. Pastu, tepung pon bantai je guna self-raising flour sebab kehabisan tepung gandum. :D

Biasalah, first timer mmg agak kelam-kabut dapur dibuatnye. Gambar takde sebab kek bantat tak sempat amik dah lesap dek 2 budak kecik yg comey lotey yg tak gheti dok diam sepanjang sesi baking2. Untuk choc ganache, aku hentam guna susu tepung (fullcream) campo tepung gandum sebab nak kasi pekat. Pastu masuk plak coklat masak Nona. Sedap jugak laa.. :P

Second attempt, aku buat sukatan penuh pulak. Kalini, barang complete. :D Choc ganache aku guna kaedah sama macam 1st attempt. Bancuh susu, masak atas dapo. Then masukkan tepung sket kasi pekat. Kalini aku tapis supaya tak berketul2 macam masa memula buat. Pastu masukkan coklat masak Nona belen aritu.. :D Kali ke-2 aku buat choc ganache agak berlebih2 laa jugak.. So, belen tu simpan dlm petiais.

Ape? Gambar? Hah, sila klik sini. :)

Third attempt, aku buat separuh sukatan lagi. Saje melayan kerenah budak2 opis yg tak cukup2 makan tak sempat merasa masa aku bawak aritu. Since choc ganache seblm ni pon ada belen lagi, so, aku tak buat laa.. Aku bawak gi opis, sekejap je dah licin.. Itupon terpaksa sorok2 sket sebab kesian kat kengkawan yg tak merasa lagi.. :D

Gambar? Klik sini ea.. :P

Last weekend, abg aku pindah rumah baru kat Seri Setanggi. Pagi tu tak tau nak buat kuih ape, so, aku bancuh satu adunan kek cokelet. Aku bahagi 2 sebab loyang yg aku ada tu tak dapat nak menampung adunan kek tue. Masa 3rd attempt aritu, aku main taram je semua dlm satu loyang penuh. Sampaikan bila kek tu kembang, terkeluar2 drp loyang. So, kalini aku bahagi laa 2. Maknanya, 2 kali bakar laa jugak sebab oven mak aku kecik ciput je.. :P

Kalini aku buat choc ganache guna bahan2 yg aku beli drp kedai kek. Whipping krim plus dark chocolate. Berpusing2 aku kat area berdekatan mencari kedai yg jual bahan2 utk buat kek nih. Hasilnya, memang terbaek laa drp yg sebelum nih.. :P


So, sementara makcik2 kat dapo tengah sediakan barang2 nak pindah rumah tue, aku sajikan laa pakcik2 yg tengah bersembang sakan dengan kek cokelet yg marveles. Tp, tak sempat boh ganache pon sebab dah kalut2 aku lupa nak letak. Dah siap potong baru teringat. Apekah? :P

Seronok juga baking2 ni. Nak2 bila Dhea puji2 kata kek mama terbaek dari ladang.. Kembang kempis tahan napas terharu.. /blush

Untuk 4th attempt ni memang tak sempat bawak gi opis pon. Malam tue juga selamattttt.. :D

Gambar? Malas nak klik2? Hmm..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Gambar yg sama jugak klu korang klik sini.. :P

Harini aku baking2 lagik tau. Tapi bukan kek cokelet. Nak tau? Rajin2lah klik sini.. :P


Wednesday, November 17, 2010

Bosan tahap gaban.. eh, tahap dewa..

Agak2 tahap mana lagik tinggi, gaban ke dewa? Lu pikir laa sendiri.. :P

Mulut penuh dengan tat nenas.. :D

Peace!

Trademark ex-opismate tiap kali bergambar.. Miss u bebeh!

What say u? /wahaha


Tuesday, November 16, 2010

Bloglist punya hal

Arini sangat buhsan mengadap FB, maka aku telah gatal tangan utk edit2 blog. Tiba2 terremove bloglist laa pulak. Hamik, terus panik..

Berbekalkan blog ini (blog ni mmg dah hapal dah :D), aku copy & paste aje url blog2 kat situ. Tapi, tak laa copy semua sebab bukan semua aku kenal pon. Mak copy mana yg mak kenal & berminat nak kenal je.. :P

Maaflah sekiranya ada blog add yg aku tak letak kat bloglist baru. Banyak juga blog2 yg aku suka baca, tapi mana nak ingat semua. Biasa laa bila dah blog-hoping ni mesti akan jumpa blog2 yg vadevass kan kan kan..

Oh ya, sebelum terlupa aku nak ucapkan..

Selamat . Hari . Raya . Aidiladha

Btw, esok aku keje. Ada sape2 yg keje juga esok?


Monday, November 15, 2010

Weaning him off


Yes, it's HIM.


Tiada yang lain selain budak cengeng encem nie.. :D


Cubaan membuat Peace adalah tidak berjaya.. :P


Setelah kami bersengkang mata serta menahan telinga selama lebih kurang 1 hari 2 malam menjaga nenen, akhirnya malam ke-3 Hadif menunjukkan perkembangan yg positif. Hati memang kena kering kontang sepanjang tempoh itu hokkay..

/sweat

Malam ke-4, kami dah boleh tidur dengan lebih nyenyak sebab Hadif pon dah boleh terima hakikat bahawasanya dia adalah dilarang keras utk menggentel mengempeng memandangkan usia Hadif pon sudah 2 tahun 7 bulan yer puan2..

Cukup2 laa tu, nak oii.. Bagi budak jambu jambul ni pulak ek.. :P







Tuesday, November 9, 2010

Ular sawi

Ada ke menatang tue? Klu ular SAWA mak kenal ler.. /hihi

Alkisahnyer semlm petang masa nak pegi amik Emir kat Kg. Melayu. Si Dhea excited nak keluar keta, nak ikut aku pi amik adik dia kat umah BS. Tapi, aku tak bagilah dia ikut sebab dah malam. Pastu nanti terkedek2 nak lalu jambatan kecik kat rumah BS. Aku dah laa nak cepat sebab dah lewat dah amik si kecik tue..

Lepas amik Emir, terus masuk keta. Masuk2 keta, si Dhea bukak citer pasal ular..

"Mama, ular ape tu yg besar sangat?"

"Ular ape? Ular sawa kot.."

"Haa, ular SAWI. Besar dik, kakak tgk kat zoo dengan Cik Man, Cik La, bla bla bla.."

Masani, Hadif dengar citer akak dia sampai ternganga2.. :D Aku dengan atok dah mengekek2 ketawa rasa nak guling2 dlm keta bila dengar Dhea sebut ular SAWI. Atok pulak saje je kan kasik hangat Dhea..

"Ular SAWI tu kaler hijau ke Dhea?"

Hadif yg innocent pon mengiyakan cakap atok dia..

"Iyyee tak (kak), uyar awi ane ijauuu.."

Wakakakakakaka.. Ape2 ajelah nak oii..





Wednesday, November 3, 2010

Aku rindu

Sangat sangat rindu actually.

Harini tergerak pulak utk bloghoping. Seblm2 ni aku hanya baca melalui Google Reader jek. Walaupon tak semua blog yg sempat aku lompat2, mana yg sempat aje laa yek.. Insyaallah, will follow up with user y'all later. Eh, mcm ayat dlm Syslog plak. :P

Seriously, aku rindu giler nak blogging. Rindu nak update milestone anak2, esp Emir Ziqri. Rasanya, aku tak penah lagik update milestone Emir kat blog kan.. Huhu..

Nantilahh.. Suatu hari nanti yg entah bila aku pon tak tau. Kepala hotak rasa mcm dah bebal nak menulis panjang lebar.. :D

Anyway, banyak giler yg aku tertinggal pasal kengkawan blog. Contohnya Pn MIO kita, dah preggy ghupernye. Tak silap tengah tunggu hari kot. Semoga selamat dan dipermudah segala urusan ye kawan.. :)