Akhirnya, selamat juga SIL aku bersalinkan seorang baby gurl yg hairy kiut miut.. Haruslah kiut mcm mak sedara dia kan.. Dah pak ngan mak dia kiut.. :P
SIL aku serah diri ke HSI seblm subuh tadi, kul 5pg.. Terus lepak labour room (sebab dah kuar tanda) sampailah selamat bersalin secara normal tadi around 9.30am. Alhamdulillah, selamat dah semuanya.. Abg aku mesti gumbira tak terkata.. Mesti punyalah.. Dah bertahun menanti kehadiran cahaya mata sendiri kan..
Congrats again to both of you!!
Aku tadi sempat laa naik wad kejap menjenguk SIL aku tue.. Sempat jugak sembang² ngan SIL tanya itu ini wlpon henpon dok berdering². Kaco ar diorang ni.. Nak lepak lama² pon tak dapek sebab kat ofis aku bebebudak lelaki nak gi solat Jumaat kan.. Kesian plak member sorang²..
Eksaited giler aku tengok baby sampai lupa nak snap gambar.. Ahahahaha.. :D Sempat ciom² pipi baby yg gebu tu jek.. Hmmm, wangiiiiiiiiiiiiiiii.. Mak sukak.. :P
Friday, September 25, 2009
Tahniah utk Abg dan SIL!!
Wednesday, September 23, 2009
Back to work!
Boringnyerr... /no
Bangun pagi pon liat. Penat beraya tak hilang lagi.. Tak sampai hati nak tinggalkan suami anak² kat rumah.. Tapi, demi kerja ku gigihkan jua.. *bluwekkkk* :P
Kat ofis ni bape kerat je pon yg ade. Pagi tadi masa aku sampai, lampu malap jer.. Mcm takde org keje.. Ahahaha.. Masing² takde mood laa tuh.. :D
Ok laa.. Nak sambung keje yg ntah hape² nih.. Ngee..
/dignose
Wednesday, September 16, 2009
Salam Syawal..
Kawan-kawan,
Esok malam lepas berbuka, insyaallah Sya dan keluarga akan memulakan perjalanan balik ke kampung Hubby di Teluk Intan, Perak. Tahun ni giliran sebelah Hubby laa pulak.. Sepatutnya, last year turn sana. Tapi, atas sebab² tertentu kami beraya juga di JB. So, tahun ni takleh kacau laa kan.. :D
Sempena Syawal yg bakal tiba beberapa hari saja lagi, Sya ingin mengucapkan..
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!!
Ampun maaf dipinta, dari mula kita berkenalan di alam maya sehinggalah sekarang. Andaikata tersilap kata, terkasar bahasa, harap dimaafkan.
Kepada yg memandu tue, tak kira laa jauh ke dekat, drive safely okie! Ingatlah orang² tersayang yg sedang menanti kepulangan kita di hari raya nanti.. :)
Again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua bloggers..
P/s: Sempena raya ni memang bersawang laa blog nie.. :P
Jalan-jalan cari pasal :D
Semalam, lepas buka ajak Hubby pi SMART nak beli bahan² utk buat ini. Sampai kat SMART, parking pack giler babass.. Hubby pusing 3-4kali pon masih tak dpt parking. Last² kitorang pon dah tension, aku soh Hubby u-turn dan terus pi The Store dulu beli diaper Dhea utk raya kat kampung nanti. Cousin aku ada bagitau, Mamypoko pants tgh murah kat The Store tu. Yg penting, ada saiz XXL.. :D
Wlpon tujuan utamanya hanyalah utk membeli diaper Dhea sahaja, mak tewas jugak bila sampai kat depan kedai Bebe's Home (ke House ek? :D). Kat situ baju budak² offer sampai 70%. Brand yg dijual hanyalah Peter Rabbit. Berkenan jugak tgk dress² kat situ. Aku pon ajak ler Dhea masuk sementara Hubby tunggu kat luar kedai dgn Hadif. Satu² dress Dhea cuba. Promoter dia pon ok, tak kisah budak nak try mcm² baju wlpon tak beli langsung semua.. :D
Lepas try satu dress, Dhea akan lari keluar kejap tunjuk kat Ayah. Last² dpt laa satu dress yg berkenan dimata Dhea dan juga kami mak paknye. Simple je, sebab aku mmg tak suka Dhea pakai dress yg extravaganza. Almaklum laa, anak dara aku ni tak mcm anak dara org lain yg lemah lembut. Anak dara aku ni lasak bak anak teruna.. So, simple dress is the best choice. Dan, yg pastinya dress tu mestilah kaler PINK. Ok, settle baju Dhea.
Then, Hubby panggil soh carikan utk Hadif pulak.. :D Mak pon eksaited ler kan.. Dah Hubby yg offer, laju laa cari baju utk si adik pulak. Utk adik, kami pilih seluar pjg warna gelap sket, sebab kaler khakis dah ade dah. Dipasangkan dengan sehelai t-shirt. Biasalah, baju budak lelaki tak byk choice. Balik² seluar ngan t-shirt. Ok laa tu kan dik.. ;) Geram aku baju² baby yg kiut² belaka.. Patkal je perut mak kecik lagi.. :P
Lepas settle urusan membayar, baaaaarulah masuk dlm The Store tue. :D Kat The Store memang beli diaper je. Tak daya laa aku nak selongkar baju² yg diorang dah longgok² kan. Tapi, nak membayar plak leceh. Beli satu barang je tp q pjg tak hengat..
Kul 10.30mlm, baru kitorang sampai SMART. Parking pon lapang sket laa.. Terus tuju Midas, cari bahan² yg nak dibeli dan bayar. Pastu sempat laa bawak Dhea pi gunting rambut dia. Kesian aku tgk anak aku tu, dah mcm hape dah rambut depan dia sampai mencucuk² mata..
Sampai rumah dekat kul 12tghmlm gak laa.. Anak² dah start mengaruk sebab biasa time camni diorang dah selamat beradu.. Hubby bancuhkan susu sorang sebotol, terus naik bilik salin diaper dan tido.
Tapi, aku plak tak bley tido. Perut lapar giler. Ptg tu Hubby ada majlis berbuka kat kem. So, aku berbuka dgn bapak aku je laa berdua. Tak ke param pon sebab aku dah order mihun goreng kat adik aku. So, makan tu je laa dgn kuih sket.. Agaknya Hubby aku kesin tgk aku yg dok terpusing² menahan lapar, Hubby gi tapaokan nasi goreng ikan masin. Habis sebungkus aku makan sorang.. Pastu baru dpt tido dengan lena, sampai liat nak bangun sahur.. :D Ntah pape ntah aku ni kan..
So, ptg ni aku plak ada majlis berbuka kat ofis. Dan, lepas tu kitorang plan nak gi cari kasut Dhea ngan Hadif kat Jusco.. Tengoklah kalau terdaya.. :D
Monday, September 14, 2009
Teringin nak buat...
...biskut Nescafe. Hahaha.. Dalam banyak² kuih raya, kuih ni yg dah mula terasa² kat tekak aku.. :P
Klu boleh aku nak buat malam ni jugak. Resepi dah google, tapi kebanyakan resepi yg aku dpt menggunakan sukatan gram instead of 'cawan'.. :D Leceh ler nak sukat² guna penimbang bagai. Ada sesiapa yg sudi share resepi biskut Nescafe ni (yg gunakan sukatan 'cawan') dgn aku? :D
Dan, yg menjadi concern aku sekarang ni ialah macam mana nak handle anak-anak aku sepanjang sesi baking² tu.. Sape lagi klu bukan Dhea & Hadif yang semakin hari semakin menguji kesabaran mak pak diorang ni.. :D
Any tips? /hmm
'Mama, Dhea mimpi...
...Dhea boleh terbang! :D
Aku pon tanye laa kat Dhea sebab tengok dia beriya nak story kisah mimpi dia..
'Dhea terbang macam mana?'
'Macam ni..'
=))
Agak² korang, macam mana laa rupanya Dhea terbang tu ek? Aku dah try google gambar binatang ni terbang, tp tak jumpa laa pulak.. :D
Last but not least, Dhea sempat bertanya satu soalan lagi..
'Mama, atok boleh bertukar tak?'
Satu lagi soalan berunsurkan pengaruh tv.. Hai laa anakku..
Wednesday, September 9, 2009
Terbabas terlepas
Pagi tadi bangun sahur kul 5pg.. Giler lambat. Satu hape tak masak lagi. Hubby awal² cakap tak nak sahur. So, aku just bancuh Nesvita oats instant tu. Ya Allah, seksanya nak perabih oats secawan. Dah habis, aku terus minum Twister orange juice. Nak bagi hilang rasa loya susu tue laa..
Hubby kul 5.30pg tadi dah gerak pi keja. Harini dia kena hantar budak ke Melaka. ubby aku ni jenis tak suka sahur kelam kabut. Daripada kelam kabut, baik takyah sahur. Tp, aku paksa laa jugak td sebab nak jalan jauh kan.. Nak tak nak, dia makan laa jugak sekeping roti Gardenia Butterscotch.. Hmm..
Hadif pon bangun jugak tadi. Memang selalu si kecik ni bangun sekali masa sahur. Tadi, mood dia baik sket. Masa Hubby tgh dok ikat tali kasut but kat depan pintu, Hadif dok skali kat tepi Ayah dia. Sambil tu dok tepuk² bahu Ayah dia..
'Yahh.. Yahh..', sambil tunjuk² kat kasut but si Ayah.. Pastu sengih tayang lesung pipit gigi. Siap angkat² bahu lagi tu yg aku tak tahan tu.. Tak lama tu, toleh belakang plak panggil aku. Kunun nak tunjuk laa kasut Ayah dia tu.. :D
Pagi tadi masa mandi, aku dah muntah².. Keluar balik jus oren yg aku minum. Perghh, perit giler tekak.. Ni, perut dah mula berkeriuk. Kepala aku pon dah pening² lalat balik. Tak tahulah tahan ke tak aku puasa harini. Klu tak tahan pon, bukan boleh makan sesukati. Segan laa dgn staf² yg lain kan.. Haih..
/blur
Tuesday, September 8, 2009
Param planning :P
Tadi baca tentang kekecewaan cikgu kita, Cik Intan Payung terhadap Si Lele yg dibeli di Param. Sabo yer nyah.. Pasni ko bakar je sendirik dan buat air asam sendirik. Lagi marvelous.. Bak kata Cik Fid.. Bakar lebih sket pon ok jugak. Pastu calling² laa mak. Berdesupp aku sampai.. Ok? :P
Aku mcm biasa.. Memang ke Param jugak laa setiap petang. Itupon terkejar² jugak klu meeting abis lambat. Kitorang takde balik² awal ni.. Meeting tetap meeting.
So, kenalah pandai² adjust masa. Untuk menjimatkan masa dan memudahkan aku yg tak berapa nak larat skrg ni, beberapa jam seblm balik tu aku dah confirmkan dgn Hubby menu utk berbuka. Then, baru decide Param mana kitorang nak terjah. Sampai² Param, terus terjah kedai yg berkaitan, beli & bayar. Contohnya, klu nak makan roti john yg menepati selera kami, maka, Param kat SMART laa yg sesuai diterjah. Klu nak nasi beriani, Param kat Taman Daya laa tempatnya.. Untuk weekdays, kami mmg terjah Param² berdekatan sahaja. Tak koser ler nak mengharung jem bagai.. Weekend je laa kami berani pi Param yg jauh² sket. Itupon ikut menu berbuka jugak. Klu nak nasi kerabu sedap, kat Larkin. Klu nak ikan bakar sedap, kat Perling ataupon Extra.. :D Semua kedai² kat Param ni kami dah biasa beli sejak tahun² sebelumnya lagi. So, tak risau laa dapat makanan busuk ke tak sedap ke.. :D
Klu nak cuba kuih-muih kat kedai² yg kami tak biasa beli, kami beli singgit dua je laa.. Klu menepati selera, esok² beli lebih sikit. :D Biasanya makanan yg kami beli kat Param tu mmg tahan sampai ke mlm. Kdg seblm tido tu, pakat² habiskan balance kuih yg ada (klu ada laa.. :D). Jarang sungguh makan nasi.. Sahur je laa masak lauk baru. Itupon takat goreng² ikan/tempe/telur. Buat sambal sket & sayur sket.
Haa.. Begitu laa kisahnya klu kami nak ke Param.. :D Lagisatu, aku tabik spring betul pada rakan² yg gigih memasak utk menu berbuka..
P/s: Harini aku cam ok sket. Maybe fasa pening² lalat ni dah nak abis kot.. :D Harap² cepatlah berlalu..
Monday, September 7, 2009
Tiada idea
atau tiada mood. :D
Banyak cerita sebenarnya yg nak dikongsi dgn kawan² blog. Tapi.. tu laa.. Takpe, meh citer sket ek..
1 Sept haritu, aku bleeding. Dulu masa 2nd time preggy pon penah bleeding gak. Tp, tidak banyak mana. Secalit dua gitu je.. Kalini, hmm.. Teruk sikit sbb semalaman aku terpaksa pakai pad dan pad tu penuh. Takde langsung ruang kaler putih.. Masa mandi pon meleleh je kat celah² kangkang kaki.. Ngeri aku tgk..
So, esok paginya terus ke klinik. Hubby terpaksa amik EL lagi. Kesian Hubby.. Sejak aku preggy ni ntah berapa kali dia dok EL.. Mulanya, malam tu Hubby dah ajak gi hospital. Tapi, aku tolak sebab time tu dah terbayang dah ape yg misi² hospital tu akan buat. Lagipon, takde plak rasa sakit pape. Sakit belakang/pinggang je laa pon..
Sampai klinik, gynae terus soh baring utk scan. Nampak laa baby aku tu melambai-lambai dengan aktif sekali.. Phewh! Lega... Seblm tu, masa sahur aku ada bgtau mak pasal bleeding tu. Then mak aku dah risau takut² keguguran ke hape ke kan.. AKu seblm tu elok je tak fikir pape, terus risau..
All in all, gynae kata maybe sebab uri aku ke bawah sgt. Then, haritu pon aku agak melasak jugak pegi bazaar.. So, dapat laa MC sehari, sekali dgn ubat utk kuatkan rahim. Gynae scan je, takde buat pape pon. Selamat.. Tp, klu jadi kali ke-2, gynae kata baru dia akan check rahim.. Uhh.. Harap² tak jadik laa..
Oklah, sekian saja laporan aku kali ini..