Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, June 30, 2007

Balik kampung! Yeay!!

14hb Jun 2007, mlmnye...

Aku dpt sms drp Hubby, mengatakan dia lewat sket balik sbb nak uruskan cuti yg dipohon utk balik kg. Yeay!! Akhirnya dpt jugak Dhea balik kg ayah. Teluk Intan, here we come...

So, sementara menunggu kepulangan Hubby aku pon menyibukkan diri packing baju² & brg² yg perlu dibawa. Sampai ke tghmlm pon tak siap² lagi. Pheww!! Aku ni mmg fail klu bab packing brg nak travel. Klu bule, sume nak bwk. Lastly, Hubby aku balik. Terkojut dia tgk brg² yg aku dah packing. Setelah ditolak sana sini, akhirnya siap juga. Itupon atas bantuan Hubby ku terchenta.. Hehehe.. So, tugas aku dah selesai. Hubby plak sambung tugas; angkut brg & masukkan dlm booth keta. Penuh giler booth keta. Beg baju kitorang satu, beg baju dhea satu. Pastu beg kecik dhea, bantal peluk dhea, bantal utk aku, toto kecik utk dhea tido dlm keta, dll..

Setelah semua di "double-check" oleh Hubby, barulah kami bertolak. Masa tu kul bape korang tau..? Kul 1.30pg. Dhea pon dah elok je tido beralaskan toto yg Hubby aku dah lapikkan kat seat blkg. Seat dpn mmg terpaksa dilipat sbb aku & dhea dok blkg. Kena jaga anak aku tu wlpon dia tgh syok tido. Kang tergolek-golek pulak klu aku biarkan dia sorang² kat seat blkg. Lepas bersalam-salaman ngan parents & adik aku, kami pon bertolak ler...

Sepjg perjalanan tu alhamdulillah, takde sebarang kesukaran. Keta awal² lg Hubby dah service. Kami singgah sekejap di Burger King kat Petronas mane ntah aku pon tak ingat. Take away set burger utk bekalan kami di perjalanan. Hubby aku malas nak stop kat mana² R&R. Dhea pon dah nyenyak tido. Tu sbb kitorang pilih masa mcm ni utk travel jauh. Takde laa aku terjerit-jerit dlm keta. Aman je perjalanan kami...



************************


15hb Jun 2007


~ Ini gambar dhea seblom Hubby dukung bwk gi pasar Teluk Intan. Baru bangun tido.. Sempat lg mama snap ngan hp..

Kami sampai ke Bandar Teluk Intan lebih kurang jam 7.30pg. Seblom tu, Hubby ajak aku singgah pasar & kami berbelanja laa sedikit brg dapo. Dhea pon dah bgn dah masa tu. Aku cuma sempat cuci muka je kat bus stand Teluk Intan seblom kami singgah pasar..

Jam 8.30pg, kami pon sampai ke rumah MIL. MIL masa tu tgh sibuk bg ayam mkn. Lepas bersalaman dgn MIL kami pon masuk ke rumah. Masuk je dlm rumah, aku turunkan dhea yg masih lagik blurr. Mungkin dhea rasa pelik sbb tak penah sampai ke kg. Dhea pon pusing² laa satu rumah. Tgk sana, tgk sini. Habis sume sudut dhea belek. Pastu tgk ayam kat luar. Yg kelakarnya, ada skali tu dhea menangis bila tgk ayam yg tgh lari sana-sini tu tetiba je berkokok. Terkejut dhea, terus nangis & lari kat aku. Kehkehkeh.. Itulah akibatnya klu anak tak penah nampak ayam hidup. Dhea tak sedar, yg selama ni mama feed dia ngan ayam gak.

Sekejap je dhea dah dpt sesuaikan diri kat kg. Pulak tu skrg ni musim potong padi. Mesin potong padi dok ulang alik depan rumah MIL. Nenek dhea siap dukung cucu dia & bwk gi tgk mesin potong padi. Hahahaha.. By noon, Dhea dah mesra dgn MIL & adik-beradik Hubby yg lain.

Ptgnya, kami menyinggah ke rumah kak Yong. Waa..kak Yong skrg ni dah meniaga sendiri. Mcm² laa kak Yong meniaga. Jual kerepek, buat kek.. Siap pegi kursus ngan Jab. Pertanian lagik tuhh. Cayalah Yong.. Nak maju, kenalah usaha ye dakk!



************************


16hb Jun 2007

Harini kami cadang nak ke pekan sekejap. Sambil tu nak bwk dhea ke Klinik Razak utk bersunat. Dah alang² klinik ni sediakan khidmat bersunat, kami ON aje laa. Itupon kak Yong yg bgtau. Kat JB asyik takde masa. Endingnya dhea dah sethn pon blom bersunat lagi. So, kami nekad nak sunatkan dhea harini jugak. Sampai di klinik, dhea masih lagi tido. Letak je atas katil pesakit, dhea terus terjaga. Pastu ape lagi, kami terpaksa laa bergabung tenaga pegang dhea yg meronta-ronta masa tu. Sekejap je pon.. Dhea nangis pon kejap je. Pastu pandang Dr. tu semcm. Takut ler tuh. Hehehe.... =)

Lepas sunatkan dhea, kami jln² kejap di pekan Teluk Intan. Aku ingat nak gi cari handbag. Memula masuk The Store. Pastu masuk Billion plak. Pastu jln lagi kat kedai² tepi jln. Still tak jumpa yg berkenan dihati. Dah panas terik baru terasa nak balik. Sampai kt rumah, MIL ajak pegi Selabak pulak. Menjenguk makcik Hubby yg sakit. Sesat kami dibuatnya. Mana taknya, jambatan depan kg tu roboh. Kenalah lalu jln lain. Tu yg sampai sesat tu. Nasib baik jumpa gak. Seblom kami balik, pakcik Hubby dah siap petikkan nanas. Alahai, comey² je nanas kat ctu. Kat Selabak mmg kawasan yg popular dgn nanas. Kat tepi jln pon dorang tanam nanas 7-8 pokok. Hmm, on the way nak sampai rumah singgah lagi beli kuih muih utk minum ptg. Keluarga PIL aku ni mmg jenis minum ptg. Takde kuih pon takpe, janji ade air utk minum ptg.. Seronok juga sesekali berkumpul minum ptg...

Mlmnya lepas Maghrib kami dah bertolak balik ke KL.. Tak lama kat kg sbb kami masing² takde cuti pjg. Next week Hubby dah nak masuk eksais. Alangkan nak minta cuti sehari ni pon payahhh.. Apepon seronok juga sesekali balik kg ni.. Dhea laa terutamanya. Dpt jumpa family sebelah ayah dia. Disamping dpt berkenalan dgn ayam & itek peliharaan atok nenek dhea.... ;P


~ Ini aje gambar kenangan dhea kat kg. Sbbnya, digicam kitorang dah hilang. Huhuhu~ Lgpon hari hari hujan. So, tak byk aktiviti kat luar rumah. Inipon kebetulan mama dpt snap ngan hp...

3 comments:

Fid said...

ni 1st time dhea baik kg ke?

mamaDhea said...

Ha'ah Fid.. Dah sethn baru merasa balik kg.. raya thn lepas tak dpt balik sbb abg aku masa tu cbuk nak kawen...

Tu yg aku pandang sebelah mata je bila nenek dhea suap dhea kari ikan.. tak sampai ati plak nk larang..

wanie said...

kg kat teluk intan yek?..kat mana..kg wanie pun kat teluk intan gak..hehehe