Kelmarin ada kenduri arwah utk Pak Long belah mak aku. Diam tak diam, dah 3thn Pak Long kami "pergi".. Pak Long aku mmg seorang yg baik, kelakar, suka tlg org & sgt sporting dgn sesape je yg dia kenal. Penah skali aku mimpikan Pak Long. Masa tu dhea baru je genap sethn. Esok pgnya aku ceritakan pd mak, mak aku kata, mungkin dia nak nengok cucu sedara dia tuh... :|
Mak aku since hari sabtu mlm lagi dah lepak kat rumah Mak Long aku. Biasalah, mak aku klu ada kenduri kendara camni, tak kira la kenduri arwah @ kenduri kawen, mmg org yg ke-2 sibuk. Klu dah pegang jawatan tukang masak, mana bole tak sibuk kan.. Org yg pertama skali sibuk biasanya Mak Long aku laa.. ;)
Siangnya, aku ngan Hubby bwk dhea gi sesak² kat Karnival Jom Heboh TV3 di Teluk Danga, JB. Kitorang pegi bkn ber-3 je, Pak Su & family (drp KL) pon ikut skali. Kitorang sampai sana dlm kul 4ptg. Jln kat area Danga masa tu mmg jem abis. Parking plak toksah kate laa. Sampai ke hujung nun baru dpt parking. Lutut Hubby dah naik lenguh dok tekan clutch ngan brek. Bila dah sampai kat sana, dhea pulak tido. Aduihh! Kesian ngan dhea, kitorang gi lepak dlm Street Mall dlu sampai laa kul 5ptg. Haa, masa tu cuaca pon dah redup sikit & dhea pon dah segar bugar balik. Baru laa seronok nak round booth² yg ada kat karnival tuh. Itupon tak sempat nak round seme sbb masing² dah penat. Ingatkan nak beli selai 2 t-shirt Jom Heboh utk dhea, tp takde saiz plak. Masa nak balik tu, sempat laa singgah booth Hot FM jumpa ngan Farah Fauzana. Pak Su aku ni pulak mmg minat abis ngan si FaFau nih. Apelagi, sakan ler dia snap gambar si FaFau ni. Lepas tu, kitorang pon bergerak balik. Dlm keta, Pak Su & Mak Su aku, skali ngan cousin aku yg paling kecik tu, tertido sbb keletihan laa kots. Aku jugak yg tak dpt tido melayan kerenah dhea yg tak gheti² dok diam... :|
Mlmnya, mak aku ajak gi umah Mak Long kat Ulu Tiram (tmpt aku kawen dlu). Tp disebabkan kitorang ni dah kepenatan, aku & Hubby tak jadi nak ikut. Ikut plan asal mmg nak ikut laa, tlg ape yg patut kan.. So, parents aku ngan Pak Su (& family) je laa yg pegi. Lgpon Pak Su nak tido sana. Mlm tu aku ngan Hubby masuk tido awal sbb masing² dah letih ya amat.. Hahaha.. Padan muka kitorang.. Nak sgt pegi Jom Heboh..! ;P
************************
Ahad, 10 Jun 2007
Hubby aku pagi² lagi lepas Subuh dah gerak ke Kluang. Ada perjumpaan troop kat kem kata dia. Aku yg kebetulan tgh "cuti", sambung tarik selimut. Hee.. Pg tu aku bgn lmbt sket laa, kul 8pg camtu, itupon lepas bapak aku gegar pintu bagai nak rak. Dhea pon bangun skali. Klu dah dgr sore atok dok panggey Dhea Dhea drp luar, cmane laa dhea tak terjaga. Cucuuuuu atok! Agaknya atok rindu kat dhea. Semlm, seharian tak dukung cucu kesayangan dia nih. Itu yg pepagi lg dah gegar pintu bilik aku tuh. Aku pon dgn malasnya, bukak pintu & terus je passing dhea kat atok. Pastu aku gi mandi. Dah siap mandi, baru aku siapkan brg mandi dhea (towel, sabun mandi, baju, etc..) & bwk turun bawah. Pg ni dhea mandi kat bilik air bawah je laa. Senang sket ada getah paip. Pancuttt je. Dhea pon suke.. ;)
Arini seharian aku berdua ngan dhea + atok. Kitorang tgk tv je la. Penat semlm pon ade lagi bersisa nih. Nak masak pon malas. Lastly, aku bakar ikan talapia merah, tumbuk sambal sket, dah siap. Aler, bakar kosong jek, alas ngan daun pisang pastu bakar atas dapur gas. Dhea pon aku suap nasik ngan ikan bakar jek. Pastu dhea main, main dan mainnnnn... Habis bersepah satu rumah dibuatnye. Aku wat dek je. Lantak laa dhea main sensorang. Ada masa dhea ajak aku bergurau, aku layannnnn jugak laa anak aku sorang nih. Tunggu punya tunggu, Hubby aku tak call² jugak. Aku try call pon tak dpt. Mula laa aku boring. Aku pon pakaikan dhea sandal & bwk dhea jenjln kat playground. Balik drp playground tu, aku biar je dhea sambung main kat depan rumah. Ape dhea buat tau?!!.. Dhea meniarap mcm org swimming kat atas lantai kat garaj keta. Hadoiiii laa dhea..! Lasak tak lasak laa anak gurl aku ni kan. Kul 6ptg camtu baru aku mandikan dhea. Lepas Maghrib camtu, lepas nenen, dhea dah terlena. Penat sgt gamaknye... =)
Akhirnya kul 8.30mlm baru Hubby sampai umah. Then, kitorang bersiap & bergerak ke umah Mak Long aku. Kitorang pegi skali ngan abg aku je sbb Hubby penat nak drive. Bapak aku awal² lg dah pegi dah. Sampai sana, org dah ramai berkumpul. Ramai juga org yg dtg mlm tu. Kenduri arwah tu selesai lebih kurang dlm kul 10mlm. Amin...
Yg tak bestnya klu gi Ulu Tiram ni, anak aku musti nangis je semedang. Ape taknye, makcik² & cousin² aku kat cni berebut laa nak dukung dhea. Tp dek kerana jarang jumpa, maka anak aku pon melalak-lalak tak hingat bila diorang ni dukung. Diorang ni pon satu, terus je angkut bdk tuh. Budak tu tolak tak nak pon dipaksa juga. At least kasik laa intro sket.. Agah² dlu ke hape ke, baru ler dhea tu nak (kot laa). Tang ni yg buat aku liat nak mai umah Mak Long aku. Lagisatu, aku cukup terasa bila ade yg "ngate" anak aku nih tau! Cthnya laa kan..
"Susah btol laa anak ko ni, tanak ngan org lain.."
"Klu yg dok menangis je, anak si sya laa tuh.."
"Payah btol klu bdk tak pnah jumpa org ni laa.."
Mcm² lg laa diorang dok kate. Pastu dok comparekan ngan anak cousin² aku yg lain yg sebaya ngan dhea. Adelah 2/3org. Tp drp pemerhatian aku, rasanya development anak aku nih lebih cepat berbanding anak cousin² aku. Bkn la nak riak ke hape, tp sbb diorang pon asyik dok ngate anak aku je kan, sape tak hanginnn. Anak aku ni 11bln dah bole jln sendiri, siap nak berlari lagik. Anak diorang, ade yg dah sethn pon masih merangkak lagi. Pastu mmg ler anak diorang ni montel² sbb dok pulun susu formula sejak lahir, pastu dok kate aku malas bg makan anak laa, cerewet sgt laa, itu ini.. Tensi btol aku dibuatnye. Kdg aku pekakkan telinga je, tp klu hangin ribut aku dah mai aku jwb gak balik.
"Biasalah, anak aku ni minum susu asli. SUSU IBU! Sbb tu melekat ngan mama jek".
Terkedu diorang. Diorang mmg tak caya dhea still bfeed. Wlpon tak fully bfeed, aku tetap bangga menjwb bila ade yg bertanya. Dhea dlu sejak lahir pon dah pulun susu formula. Masa tu aku mmg jahil laa bab susu ibu nih. Bila dah naik cuti bersalin, baru laa aku dpt cari fakta² yg sepatutnya aku cari masa early pregnancy dlu. Takpe laa, at least dhea masih lagi dpt bfeed sampai arini. Actually, dhea ni peramah & suka tersenyum. Skrg ni lagi laa, dah mcm² pe'el & memek muka dhea pandai buat. Klu btol cara "introduction" kita kat dia, mmg kejap je dah melekat. Memula je dhea ni malu². Lelama pastu, tak larat kita nak layan kerenah dhea nih. Apepon, lantak pi laa diorang nak kata ape. Asalkan anak aku ceria & bahagia selalu.... ;)
Tuesday, June 12, 2007
Heboh heboh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment