Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, June 1, 2007

Aku terkenang lagi..

Harini 1hb Jun.. Teringat aku kesah lame. Kesah lame lagikkk!!!

1hb Jun 2003.. Hari itu adalah hari pertunangan aku.. Masa tu MIL aku yg sarungkan cincin pertunangan. Barang² hantaran, kitorang buat sendiri je. Simple abiss! Maklum laa, tgn aku ni keras kejung. Saje je gatal tgn nak cuba wat sendiri. Semuanya aku & Hubby yg uruskan sendiri. Parents aku cuma menguruskan bab makan tghari dan sedikit kenduri doa selamat.

Aku ni mmg rabun sejak kecik lagi. Seingat aku since Std 3/4 lagi dah mula pkai spek mata. Pg tu masa mak andam solekkan muka aku ni, dibubuhnya bulu mata 'pelsu' yg lentik & pjg berjela. Kunun biar nampak lagi ayu gitu laa kan.. Dah la pjg, berat pulak tuh. Terkebil² aku nak bukak mata. Bila aku pkai spek, rasa tak selesa sbbnya bulu mata tu dah sentuh kanta spek aku. Masa tu tak teringat pulak nak pkai kontek lens ke kan. Kahkahkah! Tiba masa aku diminta keluar & bersalam dgn ahli keluarga pihak lelaki. So, nak tanak terpaksalah aku keluar bersalaman dgn tak pakai spek. Apelagi, meraba-raba laa aku dibuatnya. Aku pon main sambut je tgn sape yg aku 'nampak' masa tu & salam. Dah siap salam sume, cepat² aku masuk bilik. Nak jln pon aku tak konfiden sbnrnya, nasib baik takde insiden yg 'ntah-pape-ntah' masa tuh... Phewww!!

Esoknya, TUNANG aku terpaksa bertolak ke PD, N9 utk menjalani latihan sebagai seorang tentera darat. Latihan kat sana tak lama pon, only a couple of months. Selepas latihan tu nanti baru laa rekrut² ni akan di agih²kan mengikut rejimen & seterusnya dihantar ke kem² tmpt mereka akan bertugas. Nak tau kat mana tunang aku masa tu ditugaskan..? Nun di Kuching, Sarawak. Setahun lebih tuuu.. Selama tu juga laa kitorang tak jumpa. Dah dekat time nak kawen baru dpt jumpa. Itupon sbb nak uruskan hal² berkaitan perkahwinan kitorang. Tp bagus jugak, sbb org tua² kata, masa kita dlm alam pertunangan ni darah manis. Tak bole jumpa selalu. Mcm pakcik aku kata laa; bila dah cukup 2thn nanti, masa tu buah² kerinduan kami masing² mmg tgh "masak ranum" laa.. Mmg sesuai sgt laa kawen masa tuh.... ;)

Hmm, ape ke hea nye aku dok terkenang kesah lame jek nih....
*Ponder* *Ponder*

1 comment:

Anonymous said...

sya,
ihiks..terkenang plaks zaman aku bertunang dulu..siap mak potong kuku (mak mmg suka simpan kuku pjg berjelai..ngeee) tu sblm hari bertunang,sbb takut mak mentua aku ingat anak dia bertunang dgn pontianak larr plaks kan? ihiks..ye larrr...psl MIL yg nak sarung cincin tu...kihkihkih....macam2 lar eks... ;)