Semlm antara hari Isnin yg sibuk buat aku. Paginyerr ade appointment kat KK, bawak Hadif check-up 6 bln. Berat Hadif naik 300gram jek. Tp apsal cam berat sgt anak aku yg sorang ni eh bila aku dukung?? Mungkin kerana Hadif skrg ni dah aktif meniarap & dah start "gohed gostan". Kesimpulannya, berat Hadif skrg ni adalah 7.8kg. ;)
Oh yerr... Hadif dah genap 6 bln dah kan... Maka dgn rasminya aku telah pon berjaya meng"hit" target aku utk "Exclusive Breastfeeding" my dear Hadif Irfan.. Yeayyyy! Syukran syukran! Nanti-nanti aku story plak ttg breastfeeding journey aku ek..
Lepas bawak Hadif check-up, kami balik rumah dlu. Amik brg² Hadif utk hantar ke taska. Okey, Hadif dah selamat dok kat taska. Kepala otak aku dah laju merancang perjalanan hari itu.. Ekekeke... Bunyi mcm nak gi jln jauh jek ;P
Destinasi awal, kami ke bank R. Keluarkan duit secukupnye utk renew insuran keta. Then pegi UniAsia plak renew insuran. Lepas tu sambung gi bank A plak utk renew road tax. Memandangkan keta kami baru 2thn, maka pihak bank A tak dpt nak pinjamkan geran keta utk kita wat road tax sendiri kat PO. Makanya kena laa bg salinan insuran yg baru ke bank A & pihak bank akan settlekan road tax. Ok, done!
Masa aku kat KK pg td, dpt call dr lawyer bank meminta aku dtg ke ofis depa utk sign dokumen rumah yg kami baru beli. Maka, destinasi berikutnye... Kami ke bandar JB. Mak oiiii.... lama sungguh tak ke City Square. Byk jugak perubahannyerr.. Tp jalan mmg TETAP JAMMED! Cehhh.... ni yg den malas ni nak turun town.
Memandang kami kena tunggu big bro aku (co-borrower), maka kami melepakkan diri di McDonal City Square & mengisi perut yg sudah berkeroncong hendaknyerr. Lepas kekenyangan melantak McD, kami anak beranak (Dhea pon ade!) berjalan kaki bersama-sama ke pejabat lawyer yg terletak di tingkat 22. Hahahaha... Skemanyerr ayats!
Ramai jugak client kat pejabat lawyer tu. Ape taknyer, kami kena tunggu lagi ntah berapa minit sbb bilik conf. penuhh! Fuhh fuhh fuhh.... Bila dah ade conf. room yg kosong, kami di panggil masuk utk sesi "melenguhkan jari-jemari". Perghhh, byk gilerr dokumen nak sain!! Tambah lagi 4 set sbb kami amik Islamic Loan.. Mmg lenguh laa tgn kami. Siap ade sain yg ntah pape, senget benget, etc... ;P
Yg paling tensen sepanjang sesi menyain dokumen ni ialah apabila anak dara aku ittew, DHEA SURAYA BINTI MOHD. ISA, tak gheti nak dok diam. Dlm conf. room yg kecik tu pon mcm-mcm Dhea bole buat. Di tambah pulak suare Dhea yg ala-ala "mak jarahhhh" tue.. Hisnh hisnh... Tension kami dibuatnyerrr esp. clerk lawyer tu.. Lagipon berdasarkan pemerhatian kami, clerk lawyer tu mmg tak sukakan budak-budak. Maka mmg terserlahlah ketidaksukaannyerr ittweee apabila melihatkan perangai Dhea yg mmg menension semua-semua yg ade dlm bilik conf. tuh.. Ekekekekeke....
Akhirnya selepas hampir 40mins kami melenguhkan jari-jemari kami, dokumen-dokumen ittew selamat disain. Abg aku tanya fees. TOING!!!! Ekekeke... Maka, bermula laa pulak sesi tawar-menawar itteww fees. Dpt laa kurang sket. Patutnyerr boleh kurang lagik tuhh.. ;P
Lepas tamat segala sesi kat pejabat lawyer, kami anak beranak plan nak terus balik amik Hadif. Masatu dah jam 5ptg okie!! So, pempaham aje laa situasi jalan raya di ketika itu. Abg aku plak terus gi amik SIL kt ofis dia. Bila dah setgh perjalanan, aku ajak Hubs gi jenguk member SI kat HSI. Aiks, cam pantun... ;P
Yerr korang... Aku tak sangka pulak Iris, anak Ealyie, terkena penyakit kaki tgn & mulut. Aku pon sebenarnyer tak berapa tau pasal penyakit nih. Betapa ignorantnyerr laa aku bab sakit-sakit nih!! Mula-mula si Ealyie ni suspek anak dia demam campak sbb satu bdn keluar merah-merah mcm rashes.. Tp bila bwk gi klinik, Dr. terus suspek penyakit lain & refer ke HSI. Ahad tu si Ealyie telah membawa Iris ke HSI utk follow-up & end-up WARDED. Menurut cerita Ealyie, klu nak ikutkan tak perlu warded sbb kondisi masih terkawal & tak berapa teruk lagi. Tp disebabkan Iris ni tanak nenen, apetah lg makan, maka Dr. kt HSI takut Iris ter"dehidrated". Itu pasal laa kena tahan jugak tu. Masuk laa drip.. Yg kelako, kat spital nak pulak si Iris makan. Hubs si Ealyie apelagi, itu jam laa komplen ckp mama Iris masak tak sedap.. Ekekeke..
Masa kami sampai kat wad, baba Iris tgh bwk Iris jenjln keliling wad. Hahaha... Time tu ternampak laa aku balutan kat tgn kecik Iris, balutan utk masukkan drip tu laa. Sedeyy beb.. Aku mmg tak sampai hati tgk bdk kecik dgn tangan berbalut camtu. Terbayang-bayang cmane laa Iris "struggle" nak lepaskan diri masa misi nak setkan balutan tu sume kan.. Huhuhu.. Sian kan kan...
Apepon, masa kami sampai tu Iris dah ok. Rashes tu dah kering. Iris pon dah poo (infact tgh poo laa tu masa baba dia bwk berjln). Mungkin harini dah boleh kuar spital. Makan pon dah selera sket. Nenen pon dah start demand mcm biasa.. Ok laa tuh kan Iris.. Semoga cepat sembuh & dpt kuar spital cepat....
Dlm kul 7 camtu, kami beransur pulang ke rumah. Sampai rumah semua dah keletihan. Lepas mandikan anak-anak, aku & Hubs lepak depan tv. Layan CUCI plak. Dhea, lepas sumbat sebotol susu dah tertido. Hadif plak, sambil aku layan CUCI aku layan aje laa dia nenen.. Pon sampai tertido....
Phewww!!! Penat tak korang baca??? ;P
p/s: Semlm seharian mmg tak sempat laa nak pam kan. So, once sampai rumah alat paling penting aku carik ialah PISA aku tuh. Lepas mandi & solat etc, terus pam. Fuhhh, legaaa! Sib baik tak demam...