Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 29, 2007

Kisah Aku dan Dhea...

Sepatutnya semlm kul 8mlm aku ada appointment check-up #2. Tp tak laratnyer nak bwk diri ke klinik. Huhu! Baru 5 bln dah tak larat bagai.. Ingat nak tunggu Hubby balik keje, then pegi ngan dia jek. Tp semlm Hubby balik pon dah kul 10++. Seblom ni Hubby dah byk kali ingatkan(sms) aku pasal appointment semlm. Tp sungguh mama tak larat... Bkn sengaja tak nak pegi tau yang!

Seminggu ni selain "havoc" dgn kisah sms panasssss tu, rumah aku jugak "havoc" mcm kena serang garuda. Tunggang langgang! Haha....ini sume angkara anak kesayangan aku sorang tu laa, Dhea Suraya. Pheww!! Tak cukup tgn kaki aku nak melayan kerenah si kecik ni sorang². Itupon sib baik adik, abg ngan parents aku nak tlg tengok²kan dhea sekejap.. Dpt laa rest kejap..

Last weekend, abg dgn parents aku gi KL. Tinggal la adik aku, adik sepupu (yg kebetulan cuti sekolah ni keje part-time dkt ngan umah kitorang), aku & Dhea. Siangnya, bdk berdua tu takde rumah. Dgn perut yg semakin membesar nih + backpain aku yg tak reda², terasa sungguh cabarannya bila aku kena handle sorang² anak aku yg terkenal dgn kelasakannya nih. Dah laa lasak, asyik minta aku dukung. Bila dah dukung, dia plak ngarah kita nak pegi sana, sini, situ... Amboi... Haa, mmg gini la perangai Dhea bila kat rumah sunyi sepi tak dak org lain. Aku masak pon ala kadar. Ahad tu, aku masak spageti jek. Tak larat punya pasal..

Masa² mcm ni, masa² tinggal aku dan Dhea berdua, biasanya aku "ignore" aje dlu menan Dhea yg bersepah tahap dewa tu, "ignore" dlu pinggan mangkuk yg bersusun kat dlm sinki, "ignore" jek dlu mana² yg patut & bole di "ignore" kan. Hahaha... Aku layankan dlu kerenah Dhea sampai dia sendiri kepenatan & tido. Masa Dhea tido ni laa aku kemas segala mala yg aku dah "ignore" td. Apalagi, mcm lipas kudung ler mak wat keje. Nak kejar masa laa katakan.. As for menan Dhea, aku kemas ala kadar je sbb confirm menan tu sume akan tertonggeng balik drp bakulnya sebaik saje anak aku tu bgn drp tido. Yahaha... ;P

Tp ada gak aku ajak Dhea join aktiviti mengemas, mana yg dirasakan sesuaiiii aje laa. Hahaha....paling best time nak sidai baju. Dhea punya laa semangat nak tlg mama angkat kain yg dah kering. Makanya, sehelai² laa baju aku pass kat Dhea soh letak atas kerusi. Sampai berpeluh satu badan anak mama ke hulu ke hilir angkut baju... Pastu time nak lipat baju plak. Ni lagi satu aktiviti yg Dhea bole join. Mama dah abis lipat, Dhea selai tak settle² lagik. Nmpk laa jugak usaha Dhea nak melipat tuh, wlpon dlm pada tu Dhea sempat lg main benda alah lain.... Ekekeke ;P

Masa ni mula laa terasa sgt dgn ketiadaan Hubby ku terchenta. Klu dia ade, musti aku tak penat sgt.. Ngee.. Hubby aku mana?? Hmm, ujung² thn mcm ni ape lagi klu bkn eksais. Masuk hutan ler, seminggu. Tp ketika kisah ni ditulis (ekeke!) Hubby aku dah balik dah pon.. Yahhoooo!

;P


Monday, November 26, 2007

Tak habis² dgn kisah sms!!

Last week (21hb) lebih kurang kul 7.24mlm… Aku tgh tunggu Hubby aku kat depan pintu masuk ofis. Tiba² masuk 1 sms ni...

"Woith! Kau xblh blik sndri ker? Tksi xda ke kau ngada2 r!"

Uikk!! Pastu aku pon dgn lajunyer reply..

"kau ni sape??? Ske ati aku laa.. Laki aku!"

Dan.. si peng’sms’ tu reply balik...

"Kau nk thu aku sape pduli aku r kau xpyh taw r.. nie nama nyer pmpuan ngada2 getik sgt"

Pergghhhh!!! Mata aku dah panasssss dah baca sms ni. Pehal plak bdk ni sibuk sgt laki aku amik ke hape ke..! Bknnya aku suruh dia yg dtg amik aku pon. Bodoh!!

Kebetulan masa aku tgh bz mereply sms tu, Hubby aku pon sampai. Parking btol² depan tmpt aku berdiri, terasa cam VIP sekejap. Ahaks! So, aku pon masuk ler dlm keta, mcm biasa bg salam seme.. Cehhh, control marah ni. Muka pon senyum je tgk Hubby sampai. Klu ikutkan marah, mmg masuk je keta aku nak terus tanya Hubby. Tp bila tgk muka Hubby yg letih, tak jadi aku nak tanya. Henpon aku masukkan dlm beg. Tp tak lama tu bunyik lagi, sms masuk. Aku buka, baca & reply. Bahasa si peng’sms’ pon dah start kurang ajar dah. Bkn tu aje, siap bahasa L***h! Ni yg aku malas ni. Aku ni, to be honest laa, mmg tak gheti nak mencarut ke hape ke yg sewaktu dgnya. Serius, aku mmg tak gheti!

Lepas dah 2-3 kali reply sms si psycho (no ni aku save n boh nama tuh..sesuai sgt kan!) ni, Hubby aku tanya sape yg aku dok sms tu. Bz & serius sgt aku mereply. So, ini laa masa yg sesuai nak citer & bertanya kan... Huh!! Pucuk di cita ulam mendatang. Berdasarkan cerita Hubby, dia takde pulak bgtau sesape yg dia nak amik aku balik keje. Lepas siap keje, dia jumpa Sarjan & bgtau nak balik. Itu aje... Kata Hubby aku laa! Tp bole percaya ker?????!! Sbb kepala hotak aku ni dah mula fikir yg bkn² masatu!!

Nak dijadikan cerita lagi, si psycho ni masih tak puas nyakitkan hati aku. Sampai Inbox aku penuh. Dah laa memory henpon murah aku tu kecik je pastu berderet penuh dgn sms bdk psycho tuh. Lastly, aku ckp kt bdk psycho tu klu tak puashati jugak jumpa je aku ataupon direct Hubby aku since dia ckp dia member rapat Hubby kat tempat keje. Aku pon stop reply & gi masak. Hubby plak awal² dah mandi & lepak depan tv. Lor....bole dia tertido depan tv tu!

Lepas dah siap masak seme, aku kejut dia soh makan. Korang tau laa (mane yg tau), aku ni dok ngan family. Ada satu sms tu, bdk psycho ni guna kod semboyan (Hubby aku kan bdk RSD). So, lepas kejut Hubby aku ajak dia dok luar teman aku sidai baju dhea. Saje je wat alasan tuu... Tujuan sebenarnya aku nak tunjukkan sms bdk psycho tu laa. Hubby aku yg tgh mamai ni malas ar nak layan. Aku ni dah laa tgh marah kan, dia wat dek je. Lagi ler bertambah marah aku dibuatnye. So, end up kitorang bergaduh. Besar jugak laa, sampai mak ayah aku perasan cam ade yg tak kena jek antara kitorang...

Mlm tu kat bilik, lebih kurang kul 1 lebih gitu, Hubby pujuk aku yg tgh dok menangis *sob *sob atas katil. Hubby aku ckp esok dia akan siasat hal ni. Dia pon nak tau jugak sape laa bdk psycho yg dah kacau bilau kan rumahtangga kitorang ni...

Sekrg ni Hubby tak dpt cari bdk tu. Dah puas dah tanya member² kat ofis, dia kata laa (again!!)! Tp still tak dpt cari pemilik no tu. OK, TAKPE! So, dgn itu aku decide nak wat polis report. Aku tanya pendapat Hubby, tp Hubby tak kisah. Terpulang kat aku sbb dia malas nak besar²kan hal ni. Tp aku tetap dgn kedegilan aku, AKU NAK WAT REPORT POLIS JUGAK!

Aku ade tanya member yg penah keje kat Maxis (aku kan pengguna setia Hotlink!), ttg prosedur kes² mcm ni laa. Dia bole tlg aku dptkan detail pemilik no tuh. Tp aku tetap jugak kena report polis sekiranya aku nak minta pihak Maxis print out kan sms² tu drp sistem. Aku plak seblom ni mcm malas jugak laa nak report polis seme. Ingatkan Hubby dpt laa cari bdk psycho tu. Tu yg aku pon delete laa sms² mana yg "bahasa dia bestttt sgt tuh". Tp pastu ramai pulak member aku advise soh wat report polis.

So, keputusan aku muktamad. Mmg akan amik masa jugak laa klu aku nak proceed dgn tindakan aku nih... Tp takpe, aku bole tunggu dgn sabar.. No way aku akan lepaskan bdk psycho ni mcm tu aje!!!


Friday, November 23, 2007

I need to plan....

Hahaha... Ni kes kesedaran diri sendiri laa nih. Sejak bbrp hari lepas aku dok ulang baca satu topik kat forum faveret aku.

Tajuk dia... budget tak cukup.....

Very very informative utk aku yg sememangnya tak pandai buat budget. Respon dari mommies lain pon sgt² menggalakkan. All this while, yg aku tau cuma allocation utk byr keta, bbsitter dhea, duit minyak, duit dapo, asb loan aku dan sedikit duit simpanan. Lepas dah bayar sume tu tinggal laa berapa kerat je utk aku wat belanja. Selama ni aku tak penah pon terfikir nak allocate some money for EMERGENCY! Ya Allah!! Mcm mana laa aku bole tak terfikir langsung.. Lagi satu INSURAN (yg cover hal² mcm sakit ke, masuk wad ke, education anak² ke...ape-ape aje laa yg patut di cover!).

INVESTMENT. Yg niiii pon aku tak penah amik pusing. Sahih aku dah tertinggal jauh!! Tp bila aku baca topik kat forum tu, ramai mommy yg ckp "invest sini, invest sana, public mutual la, unit trust la.. invest invest invest!" Wake up ler, Sya weihhh..... Toingggg toing!!! (ketuk dahi sendiri!)

Hmm.... Nampak gayanye aku ngan Hubby mmg kena re-construct (sesuai ke word nih?!!) balik ler financial planning kitorang. WAJIB! Tp cmane nak buat ek klu duit gaji kitorang mmg cukup-cukup takat tu aje..?? Pening-pening!!! :(

p/s: Kpd sesape yg ada cadangan.... tersgt dialu-alukan utk comment...! Bernas ke dok, belakang kira..

;P

Thursday, November 22, 2007

Sungguh aku tak paham!!

Recently aku tukar no fon. Ade laa dlm sebln lepas. Sebabnya, aku nak elakkan panggilan² & sms² sesat yg selalu dok kacau hidop aku selama nih. Tak tau laa mmg sesat ke atau mmg sengaja disesatkan. Tensi tensi! So, aku ngan Hubby sepakat nak tukar no. No fon kitorang ni mmg sebelah sebelah aje.. Takpon pusing² sket gitu je. Senang nak ingat kata Hubby aku. Maka, seperti yg dipersetujui kitorang pegi laa beli simkad baru. No kali ni pon sebelah sebelah jugak. No akhir je beza..

Seblom tu aku dah copy sume no fon dlm simkad aku ke henpon. So, bila aku activate no baru, aku just move back no² tu sume ke simkad baru. Yg tak bestnya, wlpon aku dah tukar no baru masih lagi ade gangguan drp makhluk² yg aku tak kenal.

Klu yg berbahasa tu ok lagik la. Tp yg tak paham bahasa tu... Eiii......dah laa tak paham bahasa, takde budi bahasa langsung pulak tuh!!


Semlm aku dpt lg satu sms yg ntah hape² ntah. Mmg aku tak layan klu msg yg merapu nih. Tp bila si peng'sms' tu gunakan bahasa yg kurang ajar, panasssss jek mata aku baca. Bkn panas sbb nak nangis tuh.. Ni panassss yg membara punya! Dah bape kali dah aku dpt sms yg bahasa mcm s**L nih! Aku tunjuk Hubby, dia pon baran bila baca sms² tu. Ke dia saje buat² baran (hee!). Rupanya nasib Hubby aku pon sama. Dia pon selalu dpt mcm ape yg aku dpt. Hadoiii laa... Takkan kitorang nak kena tukar no lagik kots??? Boring ar camni..

Byk jugak mamat & minah psycho kat Malaysia ni rupanyerrr... Sungguh aku tak pahammmmmmm!!

Monday, November 19, 2007

Long-lost cyber friends...

Rindunya aku kat member chatting.. Lama sungguh kami sume tak ber"chatting" beramai-ramai. Selalunya aku sorang je yg online. Ye laa, bila masing² dah ada komitmen lain mesti ler sibuk kan.. Aku aje yg tak penah sibuk gamaknyer.. Ahakss... ;P

Tp ntah angin mana bertiup tetiba aje sorang member chat aku, Eina, invite aku masuk chat room mcm dolu-dolu. Rupanya ramai dah yg dia invite kat dlm tuh. Hehehe.. Seronot wooo sembang ngan diorang ni. Kitorang ni kenal dah lama, chatting since 2003lagi tu.. Masatu ERA.fm ade buat contest teka selebriti. Masa tu laa kami kenal. Bermula dgn chat kat web ERA.fm, berlanjutan sampai ke yahoo messenger. Masa aku kahwin thn 2005 dlu, ade laa beberapa org yg sudi dtg. Memeber chat aku ade yg dari Pahang, Perak, KL, Selangor, Melaka & JB. Diorang ni byk laa tolong aku masa aku tgh preggy kan dhea dlu.. Masatu aku byk dilemma. Ye ler, masa tu aku tak ready lg nak jadik mommy. Diorang ler yg byk dgr luahan hati aku, nasihatkan aku mcm²..

Aku ni antara yg paling muda dlm group chatting ni. Leader kitorang Angah. Seorang bapa beranak 2. Hehehe... Angah baru je dpt 2nd baby gurl bbrp bulan lepas (tak ingat plak bln bape). Pastu ade Rozi, Zihan, Yana, Eina, Ucu, Fieza, Shila, Dot, Haikal & Azmi. Itu antara ahli yg aktif laa. Yg lain tu kureng sket. Skrg ni sume dah kawen.. Ops! Tinggal Zihan ngan Shila jek yg tak kawen lagi.. Haha..diorang ni masing² dah ada pasangan tp ntah bila laa nak langsung..

Bln Julai aritu, aku dpt kad jemputan kawen si Yana. Arini plak aku dpt berita yg Yana dah preggy 3 bln. Hahaha.. Fieza pon tgh preggy gak, nak masuk 4 bln. Aku, nak masuk 5 bln. Hahahaha.... Berderet jek. Mcm berjanji plak. Thn lepas pon kitorang bersalin lebih kurang same jek, masing² beza bape bln je.. Memula Rozi, pastu Fieza, pastu aku then last skali Ucu.. Hahahaha.. Yg paling latest, Eina..

Rozi ni part-time novelis. Tp full-time programmer. Byk gak novel dia dah keluar kat pasaran. Last year Rozi dpt baby gurl, Nurul Izzah. Hee, dah 3 org dah anak si Rozi. Si Eina pon baru jek naik keje 4 hari. Bln Jun ritu dia baru je bersalinkan baby boy, Muhammad Carlif. Eina ni pon anak dah 3 org jugak. Yg sulong twins, dedua gurl. Si Fieza, anak baru nak masuk 3 org. First gurl, yg 2nd pon gurl jugak. Darwisya klu tak silap nama anak dia yg 2nd. Erm.... Ucu takde khabar baru setakat ni sbb dia baru je resign last month. So, tatau laa update dia. Yg aku tau Ucu skrg ni mesti tgh sibuk jaga baby baru dia + 2 org anak dia yg lain.. ;)

Zihan ngan Shila tatau citer. Minah 2 org ni senyap aje, hilang tanpa khabar berita. Aku pon tak sempat nak tanya khabar diorang. Yg aku tau Han tgh bahagia dgn cinta barunya, Ikmal. Kitorang dlu mmg selalu laa jumpa lepak-lepak sampai tghmlm kat Starbucks. Kdg tu abis kuliah je aku lepak umah dia tgk cd. Hehe.. Shila pulak masih setia dgn Lan. Skrg ni Shila dah tukar company, tu yg jarang online tuh. Ntah diorang tau ke dak aku tgh preggy nih.. Biasanya berita² sensasi camni mmg cepat je diorang tau.. Dot pon baru kawen this year gak, tp tak pasti ler dah berisi ke blom..

Itu ler antara update yg aku dpt tau ttg diorang nih. Klu dah "berjumpa" dlm chat room tu mmg meriah laa... Dgn soalan yg ntah hape² ntah..... Seronot... Gamat... Masing-masing dgn ke"laser"an masing-masing.. Tp kitorang takde simpan-simpan dlm hati.. Dah mcm adik beradik dah pon.. Dah byk kali try nak wat reunion. Tp tak penahnyer jadik. Nanti laa kots, satu hari nanti... Insyaallah..

Eh...rasa mcm ada tertinggal ler.. Ooo.. Haikal ngan Azmi. Haikal dah jadik bapak org dah. Masa kitorang kenal dia ni bujang trang tang tang lagi. Tp skrg ni dah ada cahaya mata sendiri, baby boy named Atif. Azmi pulak mmg dah beranak 5 (klu tak silap aku ler..). Azmi jarang laa online, tp dia ni sanggup tuu dtg kenduri kahwin aku dlu. Kebetulan cuti sekolah masatu. So, satu family laa si Azmi ni dtg... Hee....cmane laa aku bole lupa kat korang ni. Padahal korang ni ler pak lawak dlm chat room tuh... ;)

p/s: Wlpon kita jauh di mata, tp tetap dekat di hati... kan korang kan...!! Weihhh....cepat ler wat reunion. Teringin aku jumpa korang sume esp. mommy² yg tgh memboyot.... ;P

Tuesday, November 6, 2007

Govt. vs Private

Hehehe.. Pg td 1st time aku gi check-up kat Klinik Kesihatan @ Klinik Desa. Kat area umah aku, KD yg terdekat ialah di Kangkar Tebrau. Aku pegi ngan Hubby. Kitorang sampai sana dlm kul 9pg gitu, lambat sket sbb hujan lebat giler babasss. Terkezut gak kitorang bila tgk punya laa ramai patient. Most of them ibu-ibu mengandung & kanak-kanak. Seblom ni, masa peknenkandhea dlu skali pon aku tak penah wat check-up kat mana² KD. Masatu aku gi private clinic je (CSM, Pelangi).

Alkisah.... Aku pon letak ler IC dlm bakul yg disediakan. Tunggu punya tunggu, tak panggil² gak nama aku. Jam dah kul 11 lebih dah. Aku soh Hubby gi tanya kat konter pendaftaran. Tp misi kat ctu soh kitorang tunggu lagi. Dia kata lambat lagi nak panggil nama aku sbb diorang nak settlekan dlu appointment ibu-ibu lain. Aku ingatkan harini ngan Khamis je hari utk buat check-up. Rupanya skrg ni sistem dah tukar. Diorang buka setiap hari drp Isnin-Khamis. Ibu-ibu akan disetkan appointment cam kat private clinic. So, senang sket la kots sbb kita bole tau bape haribulan kita kena gi check-up.

So, nak dijadikan cerita... dlm kul 11.30pg camtu baru aku dipanggil utk pendaftaran. Ada laa soal jwb sket, especially ttg previous pregnancy aku & pasal anak sulung aku, Dhea. Bla bla bla... Selesai register, aku masuk pulak bilik No.8 utk amik darah. Yg tak bestnya masa nak amik darah ni, misi susah nak jumpa urat aku. Sudahnya 3 kali cucuk baru dpt. Itupon tak sampai 2ml. Sib baik misi tu lemah lembut jek cucuk. Lepas tu aku kena gi kencing plak. Ooo ye.. Kat cni pesakit disediakan dgn satu botol kosong. Tiap kali dtg buat check-up kena bwk botol masing-masing, sampai laa bersalin. Hee...klu pecah ke hape, kena beli lagi. RM2.00 aje.

Lepas tu, aku dipanggil pulak ke sudut lain utk timbang berat bdn & test tekanan darah. Hehe...mcm biasa laa, tekanan darah aku mmg rendah. Tak penahnya normal. Berat bdn pon kali ni turun giler. Mungkin kesan bln Ramadhan aritu kots. Hahaha.. Byk plak alasan aku. Then, aku masuk plak bilik makmal. Misi kat cni tak ramah cam yg lain. Ape dia cek pon aku tatau. Yg aku tau dia cek air kencing aku, pastu dia cucuk ujung jari telunjuk aku ngan jarum. Amik darah setitik 2, masuk dlm alat dia. Tatau ler alat utk ape. Pastu misi tu tulih ape yg patut kat buku rawatan aku.

Next, baru laa aku dpt jumpa Dr. Pheww!! At last.... Ingatkan Dr. laa kat dlm Bilik Pemeriksaan tu. Rupanya Staff Nurse jek. Hubby aku yg kata camtu, sbb reben kat tudung dia kaler purple. Tp misi ni baik. Misi ni pon tgh sarat preggy, tunggu hari nak bersalin jek. Hahaha... Kat sini takde laa nak scan ke hape cam kat private clinic tuh. Tp misi tu siap ajar aku cmane nak check pa**da** sendiri kat rumah. Selain tu misi tu ada laa explain ttg breastfeeding sket, eclampsia sket, ada laa perkara² lain yg dia bgtau. Aku pon dah lupa dah.. Misi tu ckp laju giler, mcm dah hafal skrip. Risauuu jek aku tgk dia termengah-mengah. Hahaha..

Beza kan govt. ngan private clinic. Rasanya tak perlu la kots citer cmane situasi/prosedur kat private clinic, sbb kompem most mommies dah tau kan... So, which one korang prefer??? Hehe...tepuk dada tanya selera...



Dannn yg penting skali, jgn lupa tgk bajet jugak... <<< yg ni ditujukan kpd empunya blog ni.. ;P

Friday, November 2, 2007

My aim, my target.

Tajuk aku mcm iye iye jek.. ahakss!!

Since aku join satu forum ni aku ade set satu target. Dan skrg ni rasanya aku bole cuba utk achieve what i've aim before. Hehehe.. Korang jgn ler terkejut pulak. Sebenarnya, aku sgt² menyesal sbb dlu aku tak cukup ilmu ttg BREASTFEEDING nih. Sampaikan anak aku yg pertama, Dhea, awal² dah ku sumbatkan dgn formula milk. Hmm...sian dhea. But, at least dhea still breastfeed sampai harini wlpon siang aku top-up ngan formula. Still aku puashati. Tp utk anak yg bakal lahir beberapa bln lagik ni, aku dah set target aku...

Mula², aku aim utk exclusive breasfeed #2 nanti. 6 bln jek nih.. Klu berjaya, aku nak teruskan sampai sethn. Klu berjaya lagik, sambung lagi 6 bln. Klu larat, sampai laa #2 umo 2 thn. Buleh ke aku??? YAKIN BULEHHH!! ;)

Utk mencapai target, aku kena laa wat sedikit (bkn sikit beb, bykkkk..) preparation dr segi peralatan dan yg paling UTAMA skali mental & fizikal. Sebenar-benarnya aku JELES ngan otai-otai kat SI yg most of them dpt breastfeed anak masing², at least 1 year. Ade jugak yg umo anak dah lebey 2 thn pon still breastfeed gak. KAGUMMM! Mmg salute dgn kekuatan mental & fizikal diorang. Especially, dgn mentaliti masyarakat keliling yg tak byk menyokong. Dah laa tak menyokong, tlg kondem lagi ade laa. Tp bkn semua, but most of them laa..

Dan utk itu..... Aku persembahkan, sumething yg telah menambat jiwa raga aku... Jeng jeng jenggggg....




Idaman kalbu kuss....... MEDELA SWING.. Elektrik bole, guna bateri pon bole.. ;)



Seblom ni aku berkenan dgn yg nih...




Avent Isis (Manual)...



Tak lama tuh aku jumpa satu kedai kat Jusco yg jual brand lain selain Avent. Belek punya belek, aku jatuh hati gedebuk gedebuk kat yg nih pulakkk....




Medela Harmony (Manual)...



Ngee... Saje je aku nak bakar semangat aku supaya lebih terbakar.. PANASSSS jekkk bile tgk gambo² breastpump ni sume.. Skrg ni aku mmg aim yg ATAS skali tuh. Klu tak dpt yg tu, terpaksa ler aku pilih antara yg 2 lagi tuh.. Hahaha.. Kena laa tgk bajet aku jugak kan....

;P