Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, February 6, 2011

Akhirnya aku tertewas juga



Pagi2 nak pegi keje baru perasan yg spek tue dah terkulai layu patah. Panik sekejap. Pikir punya pikir, baru datang idea untuk selotep part yg patah tuh. As long as boleh sangkut kat mata, kira boleh laa kan. Klu tak meraba laa haku nak pegi keje pagi2.. :P


Lunch hour (hari yg sama), aku terus ajak member pegi Tesco Tebrau sebab kat situ ada Focus Point terdekat. Sampai sana terus tunjuk muka kesian spek yg dah terkulai kaki sebelah dia tu, minta diorang tolong check klu2 boleh repair. Diorang cakap, spring dah patah. So, memang takde harapan nak repair dek non.. Sebagai jalan penyelesaian (sementara), staff situ tolong sapu gam kasik kaki yg terkulai tu melekat balik. Okeh, cun! :P Tp, takleh nak lipat dah laa kaki spek tu. Tak kisahlah kan, janji mak boleh nampak.. :D


Benda (?) ni berlarutan sebulan lebey jugak laa. 2 kali jugak aku terpaksa minta tolong kat staff Focus Point gam kan balik kaki spek tue. Kali ke-3, aku dah tak sampai hati dah segan nak mintak tolong lagi.. :P Selotep toksah citer laa ntah berapa kali tukar yg baru semata2 nak bagi kaki spek tu tegak seperti biasa. Sesambil tu adalah jugak buat survey spek2 idaman qolbu yg hargenyer dlm lingkungan mampu-milik. :D


Selama sebulan lebey tu jugak, aku kerap sakit kepala. Esp. bila lama sangat mengadap anugerah skrin komputer. Mulalah malam2 ngengada minta tolong Hubby picit2 kepala. Klu Hubby takde disisi, Hadif laa yg jadik galang ganti untuk picit kepala mama dier.. :P Agaknyer, itu antara kesan pakai spek mata senget sebelah. Perasan tak spek tue senget?




Semalam, akibat kebosanan melepak depan tv, aku ajak laa Hubby gi Jusco sebelah rumah. :P Dengan tujuan utama, nak survey spek mata baru. Adik aku kata kat tingkat 3 ada kedai spek mata. Aku pon tak perasan sebab dah jarang pegi Jusco. So, semlm kami pergi 4 beranak sebab anak sorang lagi mengekor nenek ke rumah sedara. Lagik laa senang kan, mak pegang sorang, Hubby pegang sorang. :P Sampai2 Jusco, terus naik tingkat 3. Ramai giler orang kat Jusco semlm. Hubby carik parking dekat 40minit okeh. Naik letih pusing2 kat basement parking. Sampaikan Hadif pon bising2, 'bila nak turun niii..'. Almaklum, lama tak jejak Jusco. Tu yg excited sampai tanak tido siang. :D


Kedai spek pertama yg kami singgah adalah A-Look, sebelah kedai Converse. Tanya punya tanya, tau harga spek aku bape? Dekat RM600 nko... Mahal giler babashhhh!! Itu blom tanya transition lens lagik tuh. Terus letak balik frame dan blah. :P Klu gitu ler harganye, beli kat Focus Point je laa. Harga camtu boleh dapat siap transition lens tau klu kat Focus Point.


So, kami teruskan berjalan2. Kalini bukan misi mencari spek mata lagik dah. Selera dah tertutup bila dengar harga tadik. Niat hati nak pi carik makan terus sebab masing2 dah kebuluq. Then, tetiba terlalu :P sebelah satu lagik kedai spek. Nama kedai adalah Optical88. Terus laa singgah, dah alang2 lalu kan.. :P Tanya punya tanya, staff situ bitau, frame+lens RM238 aje. WHAT?? Aku tanya lagi skali sebab agak konfius terkejut tang harga. Rupanya ada pakej promosi. Ada 2 pakej, RM138 dan RM238. Nak tau lebih lanjut, sila terjah! :P


Lepas discuss baekkk punya dengan Hubby, aku terus ler sambar satu cecepat. Lepas check power bagai, bayar deposit, pastu kami cabut pi carik makan dulu. Power mak naik arh.. Dulu sebelah kiri 4.75, kanan 5.25. Sekarang, kiri sudah jadik 5.00, kanan plak 5.50. Dan, kebetulan lens (normally lens haku memang kena order dulu) aku memang ada stok, boleh amik terus haritu jugak. Memang dah tertulis yg aku kena beli spek haritu jugak gamaknyer kan.. :D


Lepas makan, kami ke sana semula untuk collect spek mata baru. Yeay!







































Haa, senget lagi tak? Ok laa tuh kan wlpon nampak cam kembang sket kat tepi.. :P Klu korang nak tau, dah nak masuk 3 tahun aku tak ganti spek mata baru. Kali terakhir adalah masa aku keje tempat lama. Ingat lagi, masa tu aku beli spek baru guna duit elaun pertama, attach dengan projek Seagate. Tp, baru pakai 3-4 bln, si Dhea dah patahkan spek baru mak. Sabau jek laa.. Sib baik boleh tukar frame  (lens kan baru lagik, tukar frame je ler). So, harap2 spek mata yg baru ni dapat bertahan lamaaaaaaaaaaaaa laa jugak ek.. Gud luck! :P







P/s: Nampak gaya kena tunggu dapat durian runtuh laa baru bley merasa pakai transition lens.. Sabar sabar.. :P

P/s/s: Gigih amik gambar guna webcam.. LOL!

2 comments:

Ealyie said...

Janji xsenget sudah la beb.. hihihi..:)

mamaDhea said...

ahaha.. itu penting.. klu tak, kepala pening..