Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

Love Letter

Hi hi hi...  Saye kini bersiaran live :P melalui email... So far so good. At least, berupdate laa jugak blog saye ni kan.. Tp yg agak kurang bestnya klu guna email, takleh nak justify kan alignment..   Yang bestnya pulak (baru jer discover sat tadik :P ), ada application My Cool Font.   Amacam? Cool tak font syaye.. :P


Personalize your messages with original hand-drawn fonts. From Yahoo! Mail, click on the "Use My Cool Fonts" application to get started. Otherwise click here to Send yours now!

If you can't read this message, click here for more information.

Jam-Pack your way to RM40,000!


The Unconscious Mind


Pagi tadi semasa sesi terapi minda bloghoping, aku klik satu link yg dikongsi oleh Cikgu Intan, iaitu The Unconscious Mind. Tertarik dengan satu soalan dan jawapan dalam post tersebut..




SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?


JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.


Happy Monday ols!

Sunday, February 27, 2011

Testing jugaklah :)

Klu laa jadik, boleh ler layan kat ofis esok.. :)

Macam bagosss! Pffttttt!!

Sejak kebelakangan ni, aku kerap melenting marah2 kat ofis. Ade jer hal yg buat haku naik angin. Sesape yg dah kena tue, anggap je laa nasib korang malang tak baik aritu. Sape soh carik pasal dengan aku kan.. :P


Latest, sorang budak sudah bikin hati aku panassssss. Memang bengang giler hokeh dgn sorang ahkak ni. Keje berkira wa cakap lu. Bajet ko sorang je la bz? Waddehel!! Kelik2 haku seme dah tak tahan laa weih dengan perangai ko yg mcm-bagos-tp-takde-la-bagos-sgt-pon tue. Tunggu hari je nak 'blasah' ko tau tak. Elaun ko nak, tp keje mcm haremmmmmmmmmmmj! Rasanya tak penah lagi ko tak suruh kitorang call orang lain untuk settle issue ko. Itupon setelah ko membebel sampai kitorang panas telinga, tp satu habuk pon tarak. Pfftttttt!! Ape guna company bagi ko elaun hah? Lebih baik ko derma duit elaun tu pada orang yg selalu tolong ko.


Lu fikirlah sendiri wahai ahkak!! Sekain Sekian, terima kasih.




Wednesday, February 23, 2011

Wordless Wednesday



Jumaat @ 9.15mlm /sweat




Hari-hari

yang SANGAP.


Bermula sejak petang semalam sehingga diberitahu kelak. :D Wild wild west Well, klu itu sudah menjadi keputusan nekad muktamad, kami ai pasrah uols.. :P Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sejahtera hendaknyer. Amin..


Kesian Sekian, terima kasih daun keladi.. /hihi




Sunday, February 20, 2011

Authentic Penang Assam Laksa



Only RM6 with any drinks at Sbread, The Gardens. Original price is RM14. :)


Sbread ni ala2 kopitiam konsep. Specialties kat Sbread adalah Bamboo Charcoal Bread. Nak tengok camne ghoper roti arang batu tuh? Haaa, klik la kat sini.


Cepat! Cepat! Hanya di Milk-A-Deal. :D




Friday, February 18, 2011

Salam Jumaat

Selalu bagi salam kat FB jek kan.. Harini tukar stesen plak ek. :P


Ape aktiviti Jumaat korang? Aku? Baru sahaja pulang drp membanting tulang empat kerat. Harini aku cuti okeh. So, tulang aku dibanting2 kat mana plak klu coti? Kat rumah? Itu tetiap hari okeh. :P Actually, kat kedai mak pak aku laa.. Kata anak mithali.. :P


Tadi pagi aku dah pasang niat untuk baking2 lagik. Yelah, anak dara aku dah komplen dah semalam. Bukak2 petiais, takde kek untuk dimakan katanya.

'Kek takde, kita nak makan ape ni mama.' *hamboiiiiii*


Sabau aje laa budak ni kan.. Macam laa mama tak masak nak oii.. So, arini kununnya nak baking laa kek coklat untuk anakanda2 terchenta. Tp, cam tak jadik jek. Letih ar balik drp kedai. Tengok laa malam2 sket karang ker (klu rajin :P).


Semalam, masa jenjalan ziarah blog2 masakan, terjumpa resepi kek coklat tanpa tepung kat blog Lemongrass. Nampak cam sedap je kan kek coklat tue. Apelagi, bookmark ler dulu. Itu penting.. Buatnyer kendian. :P



















Tepek gambo tue dulu ek. Aku punya tak buat lagik.. :P




Wednesday, February 16, 2011

Wordless di petang Wednesday


#muhasabah Mmuuaaacchhhhhhsss!! /please




Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Harini adalah hari bekerja seperti biasa bagi aku and partner, wlpon kome2 sedang seronok lepak2 kat rumah dengan keluarga. :)


Pagi2 tadi ada user sudah bikin aku panasss.. Rasa nak lempang laju2 pipi user yang gebuss itu. Alhamdulillah, aku berjaya tepuk dahi menyabarkan diri sendiri. Dah puas mengomel sendiri kat konti opis, baru tersedar. Astagfirullahal'azim..


#muhasabah /please


Salam Maulidur Rasul. Ape aktiviti hari ini? :D




Wednesday, February 9, 2011

My 1st Wordless Wednesday

Nak jugak buat.. :P




Last, but not least..
































Gambar freshh masa terkantoi dgn bos. Khusyuk sangat berwebcam sampai tak perasan bos dah terpacak kat blakang, boleh? Kahkahkahkahkahkah! :P




Monday, February 7, 2011

Pengubat stress

Harini aku ada dapat call drp sorang user lelaki yg bersuara macho. Sudah laa suaranya macho, friendly pulok tuh. Hadoihhh, rasa macam nak borak lame2 dengan user ni, boleh? :P


Friendly si user ni sampai ke tahap buat lawak yg boleh buat aku ketawa berdekah okeh. Aku siap gelak2 gatal sambil berusaha gigih untuk resolvedkan issue dia. Eh, klu dapat user yg macam tue kompem laa korang akan coba sedaya upaya untuk selesaikan segala masalah dia (yg berkaitan aje :P).


Nak menambahkan lagik kegatalan yg datang tiba2 dijadikan cerita, pc user tue tak dapat nak di remote pulok. Jalan terakhir untuk membantu adalah dengan memberi guidance macam mana nak add network printer. Ala, add printer je pon. Mak sukak sebab dapat cakap lelame lagik!! Rezeki tak baik tolak okeh.. :P


Si user tu pon boleh tahan gatal manje jugak. Siap minta akak naik atas lagi untuk settle isu dia. Alasan, sebab takleh remote drp bawah. :P Elelelele.. Kitorang ni selagi boleh settle drp bawah ni, jangan harap laa nak naik atas ek. Tak koser tau! :P Perbualan akhirnya terpaksa juga diputuskan. Ye laa, problem dah settle takkan nak gayut lagik? :P Memang saje je carik pasal laa tue kan. Hahaha.. Takpe, ada rezeki nanti kita sembang lagik eh. Rerajin ler kol kitorang. :P


Selain drp user itu, ada beberapa user lain yg mak sukak dengar sore dia. Antaranya Doktor D (initial sudey :P). Doktor ni memang haku sukak dengar sore dia. Dia pon klu tepon tak penah lagik marah2. Macho2 ko doktor2 kat sini. PT mak tak pandang okeh. :P Eh, bukan yg lelaki saje mak sukak layan tau. Ada jugak user fomfuan yg berbudi bahasa. Ramai jugak esp. yg dah pangkat Matron or Sister.  Mereka2 ni kadangkali lebih berbudi bahasa drp yang berpangkat Staff Nurse. Ntah pape. Bukan ke yang muda je sepatutnya lebih berbudi bahasa? Haih..


Gambar selingan :P


Keje macam aku ni memang kena tahan telinga. Bak kata member aku, TAHAN MAKI. Itu requirement penting tu klu nak letak dlm jobstreet. :P Bila sesekali dapat user yg friendly dan berbudi bahasa tue, sejokkkkkk sket hati kan. Semangat nak settle issue diorang. Klu gitu, sape jugak yg senang? Diorang jugak kan.. So, lenkali klu nak minta tolong tu sila laa susun pantun 4 kerat bahasa cantek2 sket okeh.. :)




Sunday, February 6, 2011

Comeyyy je rasa bila Hadif bersembang

Tengahari tadi aku call Hubby drp ofis. Yerr, mak kan keje harini. :D Elok je time tu Hubby tgh menyiapkan anak2 (read: mandikan). Hamboi anak2 mama, pandai amik kesempatan mandi lambat yerr.. :P


Lepas berbual sekerat dua dengan Hubby, tetiba dengar suara si Hadif..

'Hadif, buat ape tue?'
'Kat umah nie. Dif aru pash andi.'
'Dah makan?'
'Dah. Nenek uwap.'
'Hadif jangan lompat2 ea. Nanti jatuh lagi.'


Pause sekejap. Tak dengar suara Hadif menjawap.


'Hadiffff, dengar tak mama cakap nie?!!' *2 kali mak ulang suara okeh :P*
'Auuu laa..' *hamboiiiiiiiii*


Kat blakang aku dengar suara mak ngan bapak aku gelak sakan. Diorang tak bley tahan kot dengar jawapan Hadif tue.. :P


'Kakak mana? Mama nak cakap dengan kakak kejap laa.'


Dengar suara Hadif jerit2,

'Tatakkkkkk! Nih atap. Atapppplah!!.'


Kat blakang dengar pulak suara si kakak,


'Tanaklahh! Kakak tanak cakap. Hadif je cakap.' *sentap mak hokeh :P*


Dengar jugak suara mak,

'Haaa, dia takut mama suh wat keje skolah laa tue..' *ish ish ish, sabau aje laa mak dengan anak dara yg sorang nih..*


Apelagi, mak pon sambung ler bersembang dengan Hadif jer. Last2 bila dah penat sembang,
'Mama, Dif nak ngok vee laa..'
'Haa, ok laa. Bye..'
'Bye..'
'Assalamualaikum..'
'Allaitomm..'




Sooooo cute eh, 'allaitomm'.. :D


'Salah tue. Hadif kena jawab waalaikumussalam.'
'Otteh mama!' *okeh mama*


Haiyohhh! Miss my kiddies oredi. Cepatlah habis shift..




Akhirnya aku tertewas juga



Pagi2 nak pegi keje baru perasan yg spek tue dah terkulai layu patah. Panik sekejap. Pikir punya pikir, baru datang idea untuk selotep part yg patah tuh. As long as boleh sangkut kat mata, kira boleh laa kan. Klu tak meraba laa haku nak pegi keje pagi2.. :P


Lunch hour (hari yg sama), aku terus ajak member pegi Tesco Tebrau sebab kat situ ada Focus Point terdekat. Sampai sana terus tunjuk muka kesian spek yg dah terkulai kaki sebelah dia tu, minta diorang tolong check klu2 boleh repair. Diorang cakap, spring dah patah. So, memang takde harapan nak repair dek non.. Sebagai jalan penyelesaian (sementara), staff situ tolong sapu gam kasik kaki yg terkulai tu melekat balik. Okeh, cun! :P Tp, takleh nak lipat dah laa kaki spek tu. Tak kisahlah kan, janji mak boleh nampak.. :D


Benda (?) ni berlarutan sebulan lebey jugak laa. 2 kali jugak aku terpaksa minta tolong kat staff Focus Point gam kan balik kaki spek tue. Kali ke-3, aku dah tak sampai hati dah segan nak mintak tolong lagi.. :P Selotep toksah citer laa ntah berapa kali tukar yg baru semata2 nak bagi kaki spek tu tegak seperti biasa. Sesambil tu adalah jugak buat survey spek2 idaman qolbu yg hargenyer dlm lingkungan mampu-milik. :D


Selama sebulan lebey tu jugak, aku kerap sakit kepala. Esp. bila lama sangat mengadap anugerah skrin komputer. Mulalah malam2 ngengada minta tolong Hubby picit2 kepala. Klu Hubby takde disisi, Hadif laa yg jadik galang ganti untuk picit kepala mama dier.. :P Agaknyer, itu antara kesan pakai spek mata senget sebelah. Perasan tak spek tue senget?




Semalam, akibat kebosanan melepak depan tv, aku ajak laa Hubby gi Jusco sebelah rumah. :P Dengan tujuan utama, nak survey spek mata baru. Adik aku kata kat tingkat 3 ada kedai spek mata. Aku pon tak perasan sebab dah jarang pegi Jusco. So, semlm kami pergi 4 beranak sebab anak sorang lagi mengekor nenek ke rumah sedara. Lagik laa senang kan, mak pegang sorang, Hubby pegang sorang. :P Sampai2 Jusco, terus naik tingkat 3. Ramai giler orang kat Jusco semlm. Hubby carik parking dekat 40minit okeh. Naik letih pusing2 kat basement parking. Sampaikan Hadif pon bising2, 'bila nak turun niii..'. Almaklum, lama tak jejak Jusco. Tu yg excited sampai tanak tido siang. :D


Kedai spek pertama yg kami singgah adalah A-Look, sebelah kedai Converse. Tanya punya tanya, tau harga spek aku bape? Dekat RM600 nko... Mahal giler babashhhh!! Itu blom tanya transition lens lagik tuh. Terus letak balik frame dan blah. :P Klu gitu ler harganye, beli kat Focus Point je laa. Harga camtu boleh dapat siap transition lens tau klu kat Focus Point.


So, kami teruskan berjalan2. Kalini bukan misi mencari spek mata lagik dah. Selera dah tertutup bila dengar harga tadik. Niat hati nak pi carik makan terus sebab masing2 dah kebuluq. Then, tetiba terlalu :P sebelah satu lagik kedai spek. Nama kedai adalah Optical88. Terus laa singgah, dah alang2 lalu kan.. :P Tanya punya tanya, staff situ bitau, frame+lens RM238 aje. WHAT?? Aku tanya lagi skali sebab agak konfius terkejut tang harga. Rupanya ada pakej promosi. Ada 2 pakej, RM138 dan RM238. Nak tau lebih lanjut, sila terjah! :P


Lepas discuss baekkk punya dengan Hubby, aku terus ler sambar satu cecepat. Lepas check power bagai, bayar deposit, pastu kami cabut pi carik makan dulu. Power mak naik arh.. Dulu sebelah kiri 4.75, kanan 5.25. Sekarang, kiri sudah jadik 5.00, kanan plak 5.50. Dan, kebetulan lens (normally lens haku memang kena order dulu) aku memang ada stok, boleh amik terus haritu jugak. Memang dah tertulis yg aku kena beli spek haritu jugak gamaknyer kan.. :D


Lepas makan, kami ke sana semula untuk collect spek mata baru. Yeay!







































Haa, senget lagi tak? Ok laa tuh kan wlpon nampak cam kembang sket kat tepi.. :P Klu korang nak tau, dah nak masuk 3 tahun aku tak ganti spek mata baru. Kali terakhir adalah masa aku keje tempat lama. Ingat lagi, masa tu aku beli spek baru guna duit elaun pertama, attach dengan projek Seagate. Tp, baru pakai 3-4 bln, si Dhea dah patahkan spek baru mak. Sabau jek laa.. Sib baik boleh tukar frame  (lens kan baru lagik, tukar frame je ler). So, harap2 spek mata yg baru ni dapat bertahan lamaaaaaaaaaaaaa laa jugak ek.. Gud luck! :P







P/s: Nampak gaya kena tunggu dapat durian runtuh laa baru bley merasa pakai transition lens.. Sabar sabar.. :P

P/s/s: Gigih amik gambar guna webcam.. LOL!

Saturday, February 5, 2011

Tolonggggglah, jangan ikut pe'el si Emir ni..

B A H A Y A !




Sekarang, ini budak suka bikin panasss.. Klu nak tidokan kena bagi dia betul2 mengantuk, baru boleh masuk buai. Klu tak, korang tengoklah ape dia buat tuh.


Dia boleh tersengih2 mcm kerang busuk kat dlm buai tue. Dia tak tau mama dia mcm nak pecah dada nengokkan pe'el dia yg semakin hari semakin notty keletah nih. Seriously, aku memang cuak giler masa first time ternampak aksi si Emir yg mcm nih. Ingatkan apsal laa kan bila tetiba dia pusing dan meniarap dlm buai. Dlm buai tu nak oii. Klu atas lantai ke, atas toto ke, atas tilam ke, takpelah jugak. Mak mana tak pecah dada menengok pe'el yg mcm tue? Cer bitau mak?




Emir ni klu dia terbangun drp tido, terus dia meniarap walaupon dlm buai. Kat bawah buai tu kami memang kena bentang toto dengan harapan dapat mengurangkan sebarang kecederaan (alhamdulillah, so far tak pernah jadik pape lagi). Sebab tu kami memang cukup berjaga2 klu si kecik ni tido dlm buai.


Semoga anak2 aku sentiasa dlm lindunganNya. Amin.




Friday, February 4, 2011

Misi berkhidmat untuk negara

Isnin aritu Hubby cakap nak tinggal seminggu, but it was officially off petang Rabu. So, malam tu Hubby dah sampai rumah. :P Balik2 rumah dengan muka seplohsen monyok sebab demam, selsema dan sakit kepala. Haaa, pakej terus.. Kesian Hubby. Ingatkan dia yg pegi bagi bantuan, rupanya dia yg perlukan bantuan. :P


Semlm, seharian Hubby melepek depan tv. Kesian, tp ajak pi klinik pon taknak. Maka, telanlah panadol saje. Hubby try mintak picit ngan Dhea dan Hadif, tp yg melayannyerr Hadif sorang jer.. :D Amboi kakak, ayah minta picit sket berderetttt alasan dia bagi. Sabau jek laa yang.. Alhamdulillah, malam semlm demam dan sakit kepala sudah kebah. Tinggal selsema sketttt je lagi.


Semlm jugak, patutnya adalah misi untuk aku menggodek molten chocolate cake. Or, at least moist chocolate cake. Dah 3 minggu tak baking2, rinduuuu okey. :P Tapi, kau tipu tipu tipu aku lagik rancangan tergendala lagik. Bahan2 semua dah cukup. Cuma, masa je tak cukup. Sehari suntuk haku sibuk dengan aktiviti membasuh, menyidai dan melipat baju2an yg dah tinggi menggunung. Sementelah hari tengah panas kan, gasaklah basuh sidai basuh sidai sampai dah takde ruang untuk menyidai. Kang klu hujan balik kang, takut tak sempat nak kering lagik baju2an. Owh yer, aku sempat jugak basuh comforter bebudak berdua tue. Dah pakai balik dah pon.. :P


Malam semlm, lepas Isya', kami satu rumah ke Ulu Tiram, melawat (buat kali ke-2 :P) anak saudara haku yg dah selamat melahirkan seorang baby girl. Alahamdulillah dah sepasang dah. Walaupon terpaksa c-sect, both are doing fine. Ni dah kali kedua anak sdare aku tu operate tau. Ada satu lagik chance untuk preggy. Klu c-sect gak kali ke-3 sok, terpaksa lock terus ek.. :) Eh, cop! Klu anak sdare aku punya anak, kira cucu aku laa kan? :D Kiranya haku ni imam nenek muda laa nih.. Vangga! Vangga! :P


Satu statement drp makcik aku, yg cukup tak disangka2,

'Tak sangka ko (akulah tue :P) rajin dgn budak2 (anak2 aku).'


Korang paham tak statement brani mattey makcik aku tue? Maksudnya, lebih kurang mcm ni laa.. 'Being me, anak bongsu yg spoilt tak gheti pape langsung, dia tak expect yg aku akan sukak dengan budak kecik. And, now I'm a mother of three?!!!'. Actually, aku sendiri pon tak sangka hokeh! Me, mother of three??? :P


Nak tau apsal dia bley kluar statement kejis camtu? Semunya bermula dengan satu soalan kejis ini,

'Pasni ko nak beranak lagik ke?'


Agak2 korang, ape aku jawab?










Yaa, tepat. Itulah jawapan aku. :P










Ala, mesti korang boleh agak jawapan hakak. Nak tau jugak?





















'Mestilah nak, tp bukanlah sekarang. Cuti dulu setahun dua (insyaallah).'


Puashati? :P Makcik haku terus rasa nak pitam geleng kepala dan kluarlah statement kejis itu tanpa disangka2. Dia ingatkan aku dah cukup dgn 3 henbag, rupanya nak lagi. Tamak! Klu ikutkan mak aku, dia suh buat lagi sampai cukupkan 6. Boleh? Tp kitorang plan (plan je, tak tau laa hasilnya berapa kan.. :P) 4 cukuplah, demi memenuhi kuota D to the H to the E to the A, D.H.E.A.


Korang camne plak? Cukup ke dengan yg ada sekarang ni atau mmg tengah plan nak tambah zuriat lagik? :)