Pagi ni Dhea MENGAMUK lagi..! Tatau laa kenapa lately Dhea selalu sgt mengamuk. Kul 6.30pg td aku tgk seluar tido Dhea basah sket. Bila aku check btol², bkn takat penuh dgn kencing, siap poo poo lagi tu. Bila masa ntah Dhea projek & mcm mana pulak aku bole tak perasan. Haduhhh..! Kesian pulak nak kejut cebok pepagi buta. Bila aku kejut, payah btol Dhea nak bukak mata. Aku pujuk² dlu, baru bwk gi bilik air. Pastu aku bg Dhea main ngan toys, wlpon masa tu Dhea masih mamai lagi. Bila tgk cam Dhea dah ok sket, aku pon jirus laa air kat bon² dia. Uuwwaaaaa, Dhea terus nangis tak hingat punya! Sejuk ke..?! Bknnya Dhea tak penah mandi pagi pon seblom ni. Lagi awal drp 6.30pg pon penah. OK jekk.. Btol laa kata kak Za (BS Dhea) aritu. Lately, susah btol nak mandikan Dhea, baru siram sikit dah menangis. Haru haru.. Nak tak nak, terpaksa jugak aku mandikan Dhea pagi td, wlpon Dhea nangis² mcm kena pukul. Mmg mandi 'koboi' je laa anak aku tu pg td. Bila dah selesai mandi, aku balut Dhea ngan tuala tebal & dukung dia. Dhea plak senyum lebar je bila aku dukung.. Lerr.. Sabo aje laa aku..
1st Mei 2007 nanti Dhea akan genap setahun. Melalui pemerhatian aku laa, Dhea ni nampak mcm 'semcm' sket. Nampak mcm ada tanda² 'keras kepala' pon iye jugak. Ape yg dia nak, klu tak dpt musti nak ngaruk; merengek sambil hentak² kaki, takpon Dhea geleng² kepala sambil pukul kita ngan tgn dia yg comey tuh. Alahai.. Latest, Dhea suka sgt menjerit. Bkn jerit nangis ke hape. Jerit sesaje gitu, test power sore dia agaknya. Sambil jln, sambil tu laa Dhea menjerit. Bila geram je Dhea jerit. Bingit tinger mak. Kdg², aku pon jerit sama. Kuikuikui.. Mak tgh tensen laa tuh! ;P
Di manakah silapnya ek?! Sampai Dhea jadi mcm tu.. Puas aku & Hubby fikir. Most important, mcm mana nak ubah perangai Dhea tu?! Kang terbawa² sampai dewasa pulak. Mungkin sbb ramai sgt yg dok manjakan Dhea ni. Especially ATOKK. Mentang ler Dhea CUCU SULONG. Yg pastinya, family members aku mmg semuanya manjakan Dhea. Hubby pon naik pening ngan 'pe'el' anak dara dia sorang nih. Nak marah sgt pon kesian jugak sbb budak belum pon setahun jagung. Karang terbantut pulak proses tumbesaran Dhea kan.. Lagi pon aku mmg tak sampai hati laa nak marah 'sweet lil' angel' aku nih. Ada aje telatah Dhea yg bole buat aku 'cool down' balik... ;P
Eventho' anak aku ni nakal & lasak, tp Dhea juga bijak & cepat belajar. Fast learner laa gitu (aku rasa laa). Seblom tu aku nak sentuh sket ttg kelasakan dhea.. Dhea ni gaya lasak dia tak mcm bb gurl yg lain. Dah sebijik mcm bb boy. Atok aje laa yg bole sabar dgn kelasakan Dhea ni. Aku?! As her mother, nak tak nak mmg laa kena sabar juga kan.. Tp penah juga sampai satu tahap dimana aku tak mampu lagi menahan sabar. Stress aku dibuatnye! What I do is, quickly pass her to atok tak pon Hubby. Klu tak, ntah ape ler aku 'buat' kat si kenit tu. Hee..
Mcm aku ckp tadi, Dhea ni fast learner laa jugak. Ape yg kita tunjuk & ajar Dhea akan cepat kenal dan faham. Cthnya laa kan, baru² ni aku ajar dia 'flower', tunjuklah kat Dhea ape itu 'flower'. Sekali dua je aku tunjuk, Dhea dah bole kenal dah dgn ghupe sang bunga ni. Bila main kat luar rumah, Dhea tunjuk laa flower² yg dia nampak. Masa awal² dlu, bapak aku ajar tgk 'bird' kat depan rumah setiap pagi. 2-3 days later, bila kita sebut aje bird immediately Dhea akan dongak atas tiang lampu; tmpt bird sllu bertenggek. Siap dgn jari dia buat cam panggey bird (cam kira duit tuh..). Haa, yg tu atok tak ajar. Tp dek kerana Dhea asyik tgk atok wat camtu je each time atok tunjuk bird kat Dhea, maka Dhea pon tiru laa. See..
Btol la kata pepatah (is it pepatah?), bayi yg baru lahir ini diibaratkan seperti kain putih & kita as parents yg akan mencorakkannya... ;)
Somehow, we will give our best shot to raise & fill her life with colours.. Colours of life.. Most important, with our very own way.. Ahahaha.. No compromise on that!
Friday, April 13, 2007
Poning den aih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment