Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 10, 2007

Ook.. ook..!

Dhea demam. Since ptg Ahad ritu. Bila mlm je suhu bdn Dhea naik sedikit.. Klu tak silap aku, dah lama juga anak aku sorang ni tak demam. Sejak umur 4/5 bln gitu laa rasanya. Nenek kata mungkin Dhea rindukan atok..

Semlm Johor cuti umum, sempena Hari Keputraan Sultan Johor (8hb April). Mlm minggu aritu, aku & Hubby gi hantar bapak ke bus stand Larkin. Dhea pon ikut skali. 'Atok nak pegi KL, ziarah nenek (moyang dhea). Atok pon rindukan 'mak dia'. Sama mcm dhea rindukan atok..'

Pagi-pagi Ahad lagi Dhea dah melilau cari atok. Dhea cari atok sampai ke dapur. Nampak aje van atok kat depan rumah, tgn Dhea dah menunjuk² van sambil panggil atok.

"Ook.. ook..!", gitu laa bunyinya Dhea panggil atok.

Biasanya pagi² Ahad mcm ni, atok akan bawa Dhea jln kat luar. Tgk burung, tgk flower.. Aku biasa la, lepas siapkan Dhea, mulalah sibukkan diri dgn dapur & baju² kotor. Cuti² hujung minggu mmg mcm ni laa rutin aku. Biasanya mak aku akan bgn lewat sedikit. Maklumlah, on weekdays dah penat berniaga. Hubby aku pulak klu hujung minggu biasanya pagi² lagi dah bgn cuci kereta. Tp sejak berkursus ni, dah bape weekend asyik qada' tido aje laa kejenya! Penat sgt laa tuh.. Tp, weekend kali ni aku rasa mcm boring pulak, rumah ni sunyi jek rasa. Atok takde, nenek pon takde. Nenek Dhea pagi² lagi dah minta tlg Hubby hantarkan ke rumah saudara, ada kenduri arwah. Kesian Dhea, rindukan atok..

Malamnya, aku bawa Dhea gi pasar borong ngan mak & adik aku, An. Kali ni adik aku laa jadi driver sbb bapak aku tak sampai lagi dari KL. Hubby aku plak tak ikut sbb dah kena masuk lapor diri ke kem semula. Bukan main bersemangat lagi Dhea bila nampak 'fish & chicken'. Sume benda Dhea tunjuk, ade tu siap nak pegang skali. Mulut pon bising sama. Hee.. Masa ni laa aku tunjukkan pd Dhea sayuran yg ade kat pasar tuh. Sayo yg paling Dhea suka skali, lobak merah dgn terung bulat. Apsal ntah, aku pon tak tau. Mungkin Dhea tertarik dgn warna sayo² tu. Sambil tu aku tunjuk gak laa udang, sotong, ketam, etc.. Sebut aje 'squid' (ala² kartun Spongebob), sakan laa Dhea tunjuk sotong. Ahahaha.. Baik laa sekejap demam anak aku ni. Dah siap belanja brg basah, kitorang pegi pulak beli brg kering. Sementara mak aku shopping brg kering, aku bawa Dhea ronda² cari farmasi. Tp tak jumpa pon. Nasib baik ada kedai ubat cina. Aku beli 'kool fever'. Saje nak buat spare kat rumah, incase suhu bdn Dhea tetiba naik lagi. Skali tu Dhea nampak pulak bola bergantungan.

"Aaa.. aaa.., haaahh..," Dhea mula bersuara sambil tgn tu tak henti² tunjuk bola. Aku pon belikan laa sebiji. Mak aku punya laa gelak sakan.

"Ada ka anak pompuan dibelikannya bola..", :D.

"Ha'ah ek!", baru aku terdetik dlm hati. Takpa laa, dah bayar dah pon. Suka laa dhea dpt bola. Kat umah, adik aku ler yg melayan Dhea main bola. Sampai berpeluh mcm baru lepas mandi..

Dah penat main bola, Dhea merengek nak nenen. Aku pon 'bfeed'kan dhea sampai laa si kenit ni tertido. Kul 12.30mlm camtu, aku kejut adik aku soh dia gi amik bapak kat Larkin. Lebih kurang kul 1pg, bapak ngan adik aku pon sampai. Masa tu aku tgh cbuk siapkan bahan² utk bubur Dhea. Terdengar pulak suara Dhea merengek. Ni kes biasa laa, klu Dhea 'bangun/terbangun' drp tido & masa tu aku takde kat sebelah mmg Dhea akan menangis. Bapak aku yg baru sampai tu, kelam kabut laa nak dukung si Dhea ni. Tp Dhea telah me'reject' pelawaan atok sambil merengek-rengek. Wahh, dah pandai merajuk dah anak aku nih! Merajuk ngan atok laa tu. Ala, kejap je tu. Fee mins later, dhea sendiri huluq tgn minta galih ke pangkuan atok. Atok yg mmg tgh perati aku dukung Dhea, apelagi, terus aje laa sambar Dhea. Mcm tu skali rindunya Dhea pd atok..

DAN akhirnya Dhea terlena dlm dakapan & dodoian atok... Atok pon tak henti² cium Dhea.. Syayangg cucu atok.. :)

No comments: