Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, April 27, 2007

Merdeka!

Yeaaayyy! Merdeka! Hee.. Musti korang terkujat kan.. Ape kes laa pulak aku arini kan..?

Sebenarnya, arini aku xm last paper.. Paper 'Software Engineering'. Pergh! Bole tahan TOUGH gak laa soalannya. Sbbnya aku tak sempat cover 2 chapter. Hahaha.. Padan muka aku! Maklumlah, aku kan seorang ibu.. ecehwahh, mula laa nak buat alasan ek..! ;P

Semlm kebetulan cuti Hari Pertabalan Agong, dpt laa aku study. Itupon lepas aku hantar Dhea gi umah kak Za. Apakan daya, aku terpaksa. Patutnya time cuti camni laa nak manja² dgn Dhea, tp I'm so soOory sayang..! Klu tak mcm tu, tak dpt laa mama study jwbnya. Lepas Zohor, aku pon mulakanlah misi study aku tu sampai laa masuk waktu Asar. Then aku rest kejap & sambung pulak mengemas dapo yg bersepah tak hingat. Syok jugak dok umah sorang² sambil mengemas. Takde sape nak bising or komplen.. Aku punya suka laa nak wat gaya mana pon.. Janji beres! =)

~ edited ~

Yg aku nak abadikan kisahnya arini ialah...... Chewahhh! Arini aku last paper, Software Engineering (ulang suara!). Td balik dari UTM, on day way balik ofis, ofismate aku sms. Ajak gi JJ Tebrau City lunch hour arini. Ade projek baikkkk punya kata dia. Hee.. Dia nak gi 'investigate' laki dia kat sana. Uhh, ape kes plak nih?! Laki dia keje Kemen. Pertanian (govt laa ni) & arini pulak ada Majlis Perasmian Jualan oleh Kemen. Pertanian kat JJ Tebrau City. Alkesahnya, dolu² laki akak ni penah laa 'disuspek' ada affair dgn bini org a.k.a ofismate dia. Tu yg akak ni sibuk² nak pegi 'tgk' gak. Aku on aje. Maklumlah, dlm ramai² ofismate, aku mmg rapat ngan akak ni (Akak C) & sorang lg akak (Akak K). Tp Akak K arini cuti, balik KL, kg laki dia.

So, projek kali ni kitorang ber-2 saje laa nampaknya. Selalunya ape² projek mmg ber-3. Ala² 3 Stooges gitu. Yg kelakarnya, masa aku corner nak masuk parking berselisih pulak dgn keta laki Akak C ni. Aku tak perasan laa kan sbb bukan laki aku pon kan. Laki Akak C ni pulak nak kuar parking, nak pegi solat Jumaat agaknya. Tp dia tak perasankan kitorang pon. Sib baikkk! Suspek laa aku ngan Akak C ni, tajam btol penglihatan dia. Dari jauh lg dah bole cam keta laki dia. Akak C kata, laki dia sorang² je dlm keta. Puas laa hati Akak C ni kan, senyum pon lebarrr jek. Kitorang pegi laa round kat kawasan jualan tu. Mcm² adaaa.... Akak C beli mee siput Muar + Pencicah & aku pulak beli Minyak Kelapa Dara. Dah puas meronda, kitorang pegi pulak JJ Foodcourt, Arena utk lunch. Aku tgk Akak C ni sambil makan dok tertoleh kiri, toleh kanan. Rupanya Akak C ni tercari-cari kot laa ada kelibat pompuan yg disuspek syok kat laki dia. Tp tak nampak pon. Agaknya dia pegi ronda² tmpt lain kot, maklumlah JJ Tabrau City tu kan besauu..

Pewot pon dah kenyang, apalagi, kitorang bergerak turun ke parking. Sampai kat Main Ent. baru perasan yg kat luar tgh hujan lebat. Alamak, payung dlm keta laa pulak! Nampaknya terpaksa laa kitorang meredah hujan utk ke keta. Lepas bayar parking (tak bayo pon, sbb aku member JCard), aku pon berlari sekuat hati pegi kat keta. Habis lencun baju kurung aku (arini aku pkai baju kurung seyy..). Pastu Akak C pulak berlari² anak masuk ke keta. Sampai kat Exit, aku try laa masukkan parking ticket yg dah basah lencun tu. Cuba punya cuba, tak masuk² gak. Pastu aku reverse keta & try pegi kat Exit sebelah pulak. Pon sama. Agaknya machine tu tak bley nak detect parking ticket aku yg dah lembek kebasahan. Dah satu keje nak kena masuk dlm JJ lagik.

Then, Akak C dgn sukarelanya menawarkan diri utk pegi tukarkan parking ticket tu kat kaunter dlm JJ. Aku pon park ler keta kat tepi & tunggu Akak C. Bila Akak C sampai, spontan dia kata "Agaknya sbbkan niat kita arini kureng baik, tu yg jadi mcm ni kot..". Yang aku pulak tersenyum² kambing. Dlm hati aku, "Mungkin juga kan...."

Friday, April 13, 2007

Poning den aih..

Pagi ni Dhea MENGAMUK lagi..! Tatau laa kenapa lately Dhea selalu sgt mengamuk. Kul 6.30pg td aku tgk seluar tido Dhea basah sket. Bila aku check btol², bkn takat penuh dgn kencing, siap poo poo lagi tu. Bila masa ntah Dhea projek & mcm mana pulak aku bole tak perasan. Haduhhh..! Kesian pulak nak kejut cebok pepagi buta. Bila aku kejut, payah btol Dhea nak bukak mata. Aku pujuk² dlu, baru bwk gi bilik air. Pastu aku bg Dhea main ngan toys, wlpon masa tu Dhea masih mamai lagi. Bila tgk cam Dhea dah ok sket, aku pon jirus laa air kat bon² dia. Uuwwaaaaa, Dhea terus nangis tak hingat punya! Sejuk ke..?! Bknnya Dhea tak penah mandi pagi pon seblom ni. Lagi awal drp 6.30pg pon penah. OK jekk.. Btol laa kata kak Za (BS Dhea) aritu. Lately, susah btol nak mandikan Dhea, baru siram sikit dah menangis. Haru haru.. Nak tak nak, terpaksa jugak aku mandikan Dhea pagi td, wlpon Dhea nangis² mcm kena pukul. Mmg mandi 'koboi' je laa anak aku tu pg td. Bila dah selesai mandi, aku balut Dhea ngan tuala tebal & dukung dia. Dhea plak senyum lebar je bila aku dukung.. Lerr.. Sabo aje laa aku..

1st Mei 2007 nanti Dhea akan genap setahun. Melalui pemerhatian aku laa, Dhea ni nampak mcm 'semcm' sket. Nampak mcm ada tanda² 'keras kepala' pon iye jugak. Ape yg dia nak, klu tak dpt musti nak ngaruk; merengek sambil hentak² kaki, takpon Dhea geleng² kepala sambil pukul kita ngan tgn dia yg comey tuh. Alahai.. Latest, Dhea suka sgt menjerit. Bkn jerit nangis ke hape. Jerit sesaje gitu, test power sore dia agaknya. Sambil jln, sambil tu laa Dhea menjerit. Bila geram je Dhea jerit. Bingit tinger mak. Kdg², aku pon jerit sama. Kuikuikui.. Mak tgh tensen laa tuh! ;P

Di manakah silapnya ek?! Sampai Dhea jadi mcm tu.. Puas aku & Hubby fikir. Most important, mcm mana nak ubah perangai Dhea tu?! Kang terbawa² sampai dewasa pulak. Mungkin sbb ramai sgt yg dok manjakan Dhea ni. Especially ATOKK. Mentang ler Dhea CUCU SULONG. Yg pastinya, family members aku mmg semuanya manjakan Dhea. Hubby pon naik pening ngan 'pe'el' anak dara dia sorang nih. Nak marah sgt pon kesian jugak sbb budak belum pon setahun jagung. Karang terbantut pulak proses tumbesaran Dhea kan.. Lagi pon aku mmg tak sampai hati laa nak marah 'sweet lil' angel' aku nih. Ada aje telatah Dhea yg bole buat aku 'cool down' balik... ;P

Eventho' anak aku ni nakal & lasak, tp Dhea juga bijak & cepat belajar. Fast learner laa gitu (aku rasa laa). Seblom tu aku nak sentuh sket ttg kelasakan dhea.. Dhea ni gaya lasak dia tak mcm bb gurl yg lain. Dah sebijik mcm bb boy. Atok aje laa yg bole sabar dgn kelasakan Dhea ni. Aku?! As her mother, nak tak nak mmg laa kena sabar juga kan.. Tp penah juga sampai satu tahap dimana aku tak mampu lagi menahan sabar. Stress aku dibuatnye! What I do is, quickly pass her to atok tak pon Hubby. Klu tak, ntah ape ler aku 'buat' kat si kenit tu. Hee..

Mcm aku ckp tadi, Dhea ni fast learner laa jugak. Ape yg kita tunjuk & ajar Dhea akan cepat kenal dan faham. Cthnya laa kan, baru² ni aku ajar dia 'flower', tunjuklah kat Dhea ape itu 'flower'. Sekali dua je aku tunjuk, Dhea dah bole kenal dah dgn ghupe sang bunga ni. Bila main kat luar rumah, Dhea tunjuk laa flower² yg dia nampak. Masa awal² dlu, bapak aku ajar tgk 'bird' kat depan rumah setiap pagi. 2-3 days later, bila kita sebut aje bird immediately Dhea akan dongak atas tiang lampu; tmpt bird sllu bertenggek. Siap dgn jari dia buat cam panggey bird (cam kira duit tuh..). Haa, yg tu atok tak ajar. Tp dek kerana Dhea asyik tgk atok wat camtu je each time atok tunjuk bird kat Dhea, maka Dhea pon tiru laa. See..

Btol la kata pepatah (is it pepatah?), bayi yg baru lahir ini diibaratkan seperti kain putih & kita as parents yg akan mencorakkannya... ;)

Somehow, we will give our best shot to raise & fill her life with colours.. Colours of life.. Most important, with our very own way.. Ahahaha.. No compromise on that!

Tuesday, April 10, 2007

Ook.. ook..!

Dhea demam. Since ptg Ahad ritu. Bila mlm je suhu bdn Dhea naik sedikit.. Klu tak silap aku, dah lama juga anak aku sorang ni tak demam. Sejak umur 4/5 bln gitu laa rasanya. Nenek kata mungkin Dhea rindukan atok..

Semlm Johor cuti umum, sempena Hari Keputraan Sultan Johor (8hb April). Mlm minggu aritu, aku & Hubby gi hantar bapak ke bus stand Larkin. Dhea pon ikut skali. 'Atok nak pegi KL, ziarah nenek (moyang dhea). Atok pon rindukan 'mak dia'. Sama mcm dhea rindukan atok..'

Pagi-pagi Ahad lagi Dhea dah melilau cari atok. Dhea cari atok sampai ke dapur. Nampak aje van atok kat depan rumah, tgn Dhea dah menunjuk² van sambil panggil atok.

"Ook.. ook..!", gitu laa bunyinya Dhea panggil atok.

Biasanya pagi² Ahad mcm ni, atok akan bawa Dhea jln kat luar. Tgk burung, tgk flower.. Aku biasa la, lepas siapkan Dhea, mulalah sibukkan diri dgn dapur & baju² kotor. Cuti² hujung minggu mmg mcm ni laa rutin aku. Biasanya mak aku akan bgn lewat sedikit. Maklumlah, on weekdays dah penat berniaga. Hubby aku pulak klu hujung minggu biasanya pagi² lagi dah bgn cuci kereta. Tp sejak berkursus ni, dah bape weekend asyik qada' tido aje laa kejenya! Penat sgt laa tuh.. Tp, weekend kali ni aku rasa mcm boring pulak, rumah ni sunyi jek rasa. Atok takde, nenek pon takde. Nenek Dhea pagi² lagi dah minta tlg Hubby hantarkan ke rumah saudara, ada kenduri arwah. Kesian Dhea, rindukan atok..

Malamnya, aku bawa Dhea gi pasar borong ngan mak & adik aku, An. Kali ni adik aku laa jadi driver sbb bapak aku tak sampai lagi dari KL. Hubby aku plak tak ikut sbb dah kena masuk lapor diri ke kem semula. Bukan main bersemangat lagi Dhea bila nampak 'fish & chicken'. Sume benda Dhea tunjuk, ade tu siap nak pegang skali. Mulut pon bising sama. Hee.. Masa ni laa aku tunjukkan pd Dhea sayuran yg ade kat pasar tuh. Sayo yg paling Dhea suka skali, lobak merah dgn terung bulat. Apsal ntah, aku pon tak tau. Mungkin Dhea tertarik dgn warna sayo² tu. Sambil tu aku tunjuk gak laa udang, sotong, ketam, etc.. Sebut aje 'squid' (ala² kartun Spongebob), sakan laa Dhea tunjuk sotong. Ahahaha.. Baik laa sekejap demam anak aku ni. Dah siap belanja brg basah, kitorang pegi pulak beli brg kering. Sementara mak aku shopping brg kering, aku bawa Dhea ronda² cari farmasi. Tp tak jumpa pon. Nasib baik ada kedai ubat cina. Aku beli 'kool fever'. Saje nak buat spare kat rumah, incase suhu bdn Dhea tetiba naik lagi. Skali tu Dhea nampak pulak bola bergantungan.

"Aaa.. aaa.., haaahh..," Dhea mula bersuara sambil tgn tu tak henti² tunjuk bola. Aku pon belikan laa sebiji. Mak aku punya laa gelak sakan.

"Ada ka anak pompuan dibelikannya bola..", :D.

"Ha'ah ek!", baru aku terdetik dlm hati. Takpa laa, dah bayar dah pon. Suka laa dhea dpt bola. Kat umah, adik aku ler yg melayan Dhea main bola. Sampai berpeluh mcm baru lepas mandi..

Dah penat main bola, Dhea merengek nak nenen. Aku pon 'bfeed'kan dhea sampai laa si kenit ni tertido. Kul 12.30mlm camtu, aku kejut adik aku soh dia gi amik bapak kat Larkin. Lebih kurang kul 1pg, bapak ngan adik aku pon sampai. Masa tu aku tgh cbuk siapkan bahan² utk bubur Dhea. Terdengar pulak suara Dhea merengek. Ni kes biasa laa, klu Dhea 'bangun/terbangun' drp tido & masa tu aku takde kat sebelah mmg Dhea akan menangis. Bapak aku yg baru sampai tu, kelam kabut laa nak dukung si Dhea ni. Tp Dhea telah me'reject' pelawaan atok sambil merengek-rengek. Wahh, dah pandai merajuk dah anak aku nih! Merajuk ngan atok laa tu. Ala, kejap je tu. Fee mins later, dhea sendiri huluq tgn minta galih ke pangkuan atok. Atok yg mmg tgh perati aku dukung Dhea, apelagi, terus aje laa sambar Dhea. Mcm tu skali rindunya Dhea pd atok..

DAN akhirnya Dhea terlena dlm dakapan & dodoian atok... Atok pon tak henti² cium Dhea.. Syayangg cucu atok.. :)

Friday, April 6, 2007

Rama-rama..

Before lunch hour td, my dear Hubby called ajak lunch sama. Vahh! Lame juga kami tak lunch sama. Except on weekend laa kan.. So, agreed. Around 1pm Hubby fetch me at my office. Then, off we go to SMART. The nearest place for us to have lunch. Dlm keta mcm biasa laa, Hubby on kan siaran radio favourite kitorang. ERA.fm ler, ape lagi.. Then aku dgr satu lagu baru nih. Lagu dari album baru ratu rock Malaysia, Ella. Kerap juga lagu ni dikeudarakan sejak akhir² ni. Ada satu word yg menarik perhatian aku.. The word is 'antologi'.

After lunch td, aku try search the meaning of that word. But until now I still can't find it. Takpe takpe, aku akan cuba juga cari maksudnya. Memandangkan aku tak dpt lagi maksudnya, aku paste kan the lyrics of the song.. Enjoy..

Judul Lagu: Rama-Rama

Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspidisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
kerana yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.

Hasil karya,
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd


Wednesday, April 4, 2007

Kena marah!

Last nite, I get scolded. Some ppl might call him abah, ayah or papa. Some ppl might think I'm rude to call him that way. But we (my brother & I) have been trained to used that word since we were born. So, I don't think it's rude.

Fyi, aku mmg still duduk ngan my parents sejak lepas kahwin lagi. Since husband aku pon selalu ade kursus/latihan & kerja luar, nak tak nak aku duduklah dgn parents. At the same time, terpaksalah berjauhan dgn suami tercinta

Arrgh! Semlm aku selisih faham skit ngan bapak. It's all b'coz of my wonderful daughter. Yeah! She's wonderful to me, eventho she's quite notty now. Citernya camni.. Semlm, aku & mak plan utk pack & seal kecik² kerepek pisang yg mak dah goreng kelmarin, utk dijual 50 sen/pack. So, tgh² pack tu tetiba nampak kt tv favourite show kitorang dah nak mula. Slot Samarinda di TV3. Hee.. So, we decided to continue later laa kan. Tgh leka tgk tv, Dhea quitely crawl pegi kat kerepek² yg dah siap masuk plastik tu & tonggeng²kan. Apelagi, berteraburlah sume kerepek² tu. Bapak aku pulak masa tu baru nak makan mlm (kami mmg jarang mkn sama on weekdays). So, bapak aku pon jerit laa kat kitorang yg tgh leka melayan Samarinda. Bapak aku ni suara mmg kuat klu bercakap, apetah lagi klu menjerit. Sape yg blom kenal dia mesti akan kata dia garang. Aku pon cecepat ler angkut si Dhea ni & dudukkan dia kat sofa, sebelah aku je. Adik aku pulak angkut kerepek² tu sume & letak kat atas meja, tempat tinggi sikit, so that Dhea can't reach them. Kunun..

10 mins later, bapak aku jerit lagi! Kali ni mmg kuat laa & aku boleh nampak riak wajah bapak yg tgh berang. Rupanya si Dhea buat hal lagi. Bila masa ntah si Dhea ni turun drp sofa & crawl sampai kat ctu. Nampak sgt laa aku ni khusyuk abis layan Samarinda. Adik aku ni pon satu hal gak, boleh pulak dia tertinggal 2 plastik besar (1/2kg each) kerepek tu kat bawah! Hadoi laa.. Dan aku pon (bkn aku sorang je, adik ngan mak aku pon terkojut!) tak sangka yg bapak akan marah aku sampai mcm tu sekali. Dgn muka kelat², aku angkut Dhea & terus naik atas masuk bilik. Kat bilik aku menangis ler puas². Dhea pon mcm faham je tgk mama dia nangis masa tu. Kejap² Dhea kiss pipi mama. At least terubat juga laa kesedihan aku masa tu. 'Kenapa aku menangis ek?!..' Seingat aku, bapak tak pernah marah aku sampai mcm tu sekali. Aku mmg manja dgn bapak sejak kecik lagi. Mungkin sbb itulah aku terasa hati sgt. Tp... mmg salah aku pon! Yessza, aku ngaku! Tp patut ke marah aku sampai mcm tu sekali?!..

Pagi td aku mcm tak nak berckp ngan bapak. Kunun merajuk laa. Tp bila bapak tegur aku mcm biasa, naturally perasaan marah yg aku simpan semlm terbang mcm tu je. Bapak pon selamba je amik Dhea dari pangkuan aku & bawa jln kat luar, mcm pagi² yg sebelumnya...

Well, I'm happy now. Hubungan aku dgn bapak pon sudah jernih seperti sediakala. Begitulah pasang surutnya sesuatu perhubungan. Samada hubungan kekeluargaan ataupon persahabatan...

**Moralnya: JGN LEKA tgk tv sampai anak main ape pon tak perasan! Hahaha... ;P

Tuesday, April 3, 2007

Here I Am..

Hee.. At last! "Unsangkarable!"

This is my very first serious attempt of writing a blog of my own. Persoalannya, boleh ke aku menulis?!.. Menulis tu boleh kots, cumanya tak pasti samada ape yg akan aku tulis nanti "berkualiti" atau sebaliknya. Haa, menulis pon kena ada kualiti juga ke?! Well, I guess I'm a natural story teller. ;P

Anyway, aku sgt bangga dgn bbrp org rakan siber yg menulis dgn baik sekali di blog masing². Bangga dgn konsistensi, gaya & idea penulisan mereka. Itu yg membuatkan aku terdetik utk menulis di sini. Hopefully, blog aku ini bukan sekadar 'hangat² t.a.i.k. ayam'. Kdg² kita ni mudah terpengaruh dgn persekitaran. Bila org tu ada 'fotopages', kita pon nak buat juga, tp 'halfway' je rajin update. Well, I've created one too, which I've dedicated it to 'My sweet lil' angel'. Dah lama tak update pon.. ;P Bila baca 'blog' org lain, kita pon teringin juga ada blog sendiri, then 'halfway' kosong begitu saja.. Peringatan ni utk diri aku sendiri juga sebenarnya! Ahahaha.. ;P

Wokey la, tak nak berpanjang lebar lagi. So ppls, welcome onboard....! ;)