Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 13, 2008

BAKAT??

Korang tau tak ape itu BAKAT?? Aku tak tau BAKAT tu singkatan utk ape. Tp yg aku tau BAKAT tu adalah persatuan bagi isteri-isteri tentera Malaysia.

Last week, aku "terpaksa" menghadiri satu majlis yg diadakan oleh BAKAT. Kelakar pon ade. Tak penah²nyer aku berpersatuan lepas kawen ni, tetiba je kena hadir. Nak tak nak aku hadir juga. Klu tak pegi, kesian plak nanti Hubby yg kena... Majlis diadakan di Kem Mahkota Kluang, tempat Hubby aku bertugas. Tujuan majlis diadakan adalah sempena menyambut lawatan ulung Pengerusi BAKAT 7 Briged RSD. Ekekeke... Ape-ape aje laa..

Agenda hari tu selain drp ucapan Puan Pengerusi, termasuklah majlis potong jambul anak² ahli yg dilahirkan drp Januari - Jun 2008. So, secara tak langsung anak aku, Hadif, tersenarai. Ok laa, dpt hadiah beg baby ngan duit. Hehehe.. Yg bestnyer Hadif tak meragam langsung. Budak² lain ade yg dah menangis, merengek nak tido. Tp Hadif rileks je duduk ngadap Puan Pengerusi.. Barisan hadapan lagi tuh. Bila Hadif haus, aku selak je baju kurung & breastfeed Hadif tanpa segan silu memandangkan yg dok dlm tu semua para isteri. Ekeke.. Masa turn Hadif potong jambul, anak aku ni siap sengih-sengih kat org keliling dia. Puan Pengerusi plak yg gelihati tgk Hadif menyengih.. Tp yg tak tahannyer kena pangku Hadif laa.. Sungguh aku tak larat nak dukung lelama anak aku yg sorang nih. Berat dah 6.8kg beb.. Perghh!! Lenguh tgn mak. Malam tu kat umah, paksa Hubby tlg urutkan tgn.. Bole gitu.. ;P

Majlis tu tak lama. Lepas acara potong jambul, ade ucapan oleh sape aku pon tak ingat. Lepas ucapan, sesi makan. Hahaha.. Aku memang dah kebulur dah masatu. Mana taknyer, kul 6.15pg lagi kitorang dah bergerak dari JB ke Kluang. Dhea dgn Hadif pon lena je sepanjang perjalanan. So, lepas habis ucapan (oleh sape eh??) aku terus keluar dewan pegi cari Hubby & Dhea. Aku pass hadif kat Hubby & pimpin Dhea plak pegi amik makanan. Makan laa kami 2 beranak. Yg 2 beranak lagi, tunggu kat area situ-situ jugak. Hehehe...

Tgh² makan, nampak pulak helikopter. Kecoh sekejap anak dara aku tue. JAKUN! Tak penah nampak heli laa katakan.. Ekeke.. Gedebak gedebuk kul 11.30pg jugak majlis selesai. Seblm tu ade sesi soal jawab, tp aku kurang berminat nak join sakan. Ade ke pegawai Hubby soh kami yg mak-mak ni main netball. Ape daa.. Ingat aku takde keje lain ke weihhh... Pastu bln depan ade lawatan ke kilang seramik. Sape nak pegi bole tulis nama masatu. Huhuhu, mcm zaman sekolah laa pulak.. Tak kuasa laa nak join. Klu ade kaitan ngan susuibu ke, keja amal ke, nak laa jugak join...

Lepas majlis tamat, kitorang balik JB semula. Kat JB dah ade agenda lain menanti.. Ekekeke.. Haritu aku ade appointment ngan Ely susuibudotcom. Pastu gi attend majlis kawen member sekolah menengah. Hujan lebat giler ptg tuh... Redah aje laaa...

Malam tu masing² kepenatan. Anak beranak tido awal.... ;)

p/s: Teringat plak kata-kata Ely.... "Berbakat ke ngko sya???" Cehhss! Jgn pandang mak sebelah mata hokeyyy.. Kui kui kui.... ;P

4 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Salam singgah dari Mimi aka Sufira SI.com member. By the way, Mamadhea JB kat mana ek? susah gak nak jumpa member SI.com orang Johor.. Husband accident kat mana boleh warded kat spital Kulai? Umah saya dah dekat sangat dah tu ngan Hospital kulai..hihi...

Fid said...

sya
ko BAKAT lah ya heheheee

it me said...

sya

selamat berBAKAT kui kui kui

aku dah lama takde bakat-bakat nie..lega sesangat

masa hb kat sg besi huh jenuh.. tiap minggu ada..tahlil laa, melawat org bersalin laa, kelas memasak laa.. paling tak tahan POCO-POCO sampai skrg aku fail POCO-POCO

oppss terlebih sudah...

mamaDhea said...

hye..

mimi,

welcome welcome..

sya JB kt austin perdana.. dkt je ngan Jusco Tebrau City tuh.. klu gi Jusco, calling² laa sya.. mana tau bole jumpe ke.. hehe.. tak silap ramai gak mommies SI yg drp Johor.. mostly dr Pasir Gudang.. tp sorang je yg sya sllu jumpa, nick dia ealyie.. kitorang sllu dating lunch hour...

asben aritu eksiden kt area Felda Sg. Besar klu tak silap.. kuikuikui.. baru bape bln dh tak ingat.. tu pasal warded kt spital Kulai. Klu laa kenal, bole tumpang tido memlm.. Ekekeke.. sakit pinggang woo tido spital.. dah laa masatu tgh sarat 7/8bln..


Fid,

aku "terpaksa" laa tunjuk BAKAT aku.. tu yg selamba selak baju bfeed Hadif.. kira berBAKAT laa jugak tu ;P


mama adib,

fuiyoo.. siap ngan POCO-POCO skali eh.. ekekeke.. sya dh lama di paksa hadir, tp pandai laa asben bg alasan.. tp kali ni tak bole nak lari lg dh, tu yg "terpaksa" gak dtg..

kirenyer mama adib ni berBAKAT laa jugak ye.. ;P