Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, April 16, 2011

Minggu Tom Yam sedonia

Sejak 2-3 minggu ni, tekak haku ni asyik nak makan tom yam jek. Hep!! Heeeeeeepppp!! Sukacita dimaklumkan, haku TIDAK mengidam eh.. :P Tapi, dah seminggu lebih jugaklah aku batuk2.. Makanan lain agak kurang selera untuk dijamah. So, layan tom yam adalah terbaekk.. :D


Klu keje weekdays tu biasanya aku ngan partner akan tapau lunch drp Tesco Tebrau. Tom yam Tesco Tebrau sedapp weih!! Bukan kat food court tau. Ni kat kedai makan DALAM Tesco tu sendirik. Klu tak caya, cer try test.. :P


Speaking of tom yam, korang suka tom yam yang macam mana? Aku suka yang masam2 dan tak pedas sangat sebab sejak2 beranakkan si kecik tu aku tak berapa nak tahan makanan pedas. Tak tau laa apsal ek. :D







Pinjam gambaq2 sat naa Cik Mat Gebu :D


Sekarang ni memang musim batuk2 ek.. Kat ofis aku sekarang ni majoriti staff cc dah start batuk2. Dah macam pertandingan lawan batuk sape paling dahsyaaaaaatt pon ader.. :P Nak telan ubat batuk, kang tertido plak time keje. Jadi, kepada sesiapa yang belum terkena jangkitan virus batuk tue, sila2lah jaga kesihatan anda. Batuk adalah memeritkan. Terasa nak masukkan tangan dalam tekak dan garu sampai lebam sepuas hati..


Okehlah, nak makan tom yam. Uhukk! Uhukkkk! ;)




5 comments:

Anonymous said...

Ngeeeee... Baru semalam aku masak tomyam nyah :p
Tapi sejak ada anak kecik, aku buat tomyam putih je la.. Kurang pedas bebudak pon boleh belasah... Ngeeeeh

mamaDhea said...

aku tak gheti masak tom yam tau.. selama hidup ni klu rasa nak makan mmg beli kat kedai terus.. haha..

Unknown said...

sangat mengiurkan..yummmm

maya amir said...

aku masak tomyam kalau tibe time malas..campek jek pes tu, campar sume sayur..dah siap:)

Anonymous said...

lamanyerrrr tomyam weih...bila nak hapdet? :p