Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, April 16, 2011

Minggu Tom Yam sedonia

Sejak 2-3 minggu ni, tekak haku ni asyik nak makan tom yam jek. Hep!! Heeeeeeepppp!! Sukacita dimaklumkan, haku TIDAK mengidam eh.. :P Tapi, dah seminggu lebih jugaklah aku batuk2.. Makanan lain agak kurang selera untuk dijamah. So, layan tom yam adalah terbaekk.. :D


Klu keje weekdays tu biasanya aku ngan partner akan tapau lunch drp Tesco Tebrau. Tom yam Tesco Tebrau sedapp weih!! Bukan kat food court tau. Ni kat kedai makan DALAM Tesco tu sendirik. Klu tak caya, cer try test.. :P


Speaking of tom yam, korang suka tom yam yang macam mana? Aku suka yang masam2 dan tak pedas sangat sebab sejak2 beranakkan si kecik tu aku tak berapa nak tahan makanan pedas. Tak tau laa apsal ek. :D







Pinjam gambaq2 sat naa Cik Mat Gebu :D


Sekarang ni memang musim batuk2 ek.. Kat ofis aku sekarang ni majoriti staff cc dah start batuk2. Dah macam pertandingan lawan batuk sape paling dahsyaaaaaatt pon ader.. :P Nak telan ubat batuk, kang tertido plak time keje. Jadi, kepada sesiapa yang belum terkena jangkitan virus batuk tue, sila2lah jaga kesihatan anda. Batuk adalah memeritkan. Terasa nak masukkan tangan dalam tekak dan garu sampai lebam sepuas hati..


Okehlah, nak makan tom yam. Uhukk! Uhukkkk! ;)




Friday, April 15, 2011

3 tahun dan kek merah

Entry ni patutnyer publish semalam, tp berukband dah tahap puake. Kejap2 connect, kejap2 disconnect. So, korang sudi2kanlah baca ek.. Layanzzz.. :D


******************************************************


Harini, 14 April 2011, adalah hari lahir Hadir Irfan yang ke 3 tahun. :)




Actually, malam semalam lagik haku dah bgtau dia yang esok (harini) adalah harijadi dia.

"Esok birthday Hadif tau.." *sambil kenyit2 mata kat dia*
"Iye ter mama? Ape aun eh?" *senyum2 kamben sambil angkat2 bahu tanda gedik. siap tutup2 mulut cover gelak okeh. very the cheeky one heh*
"3 tahun laa.."
"Owhhh.."
"Hadif nak kek ape? Esok mama buatkan eh?"
"Ermmmmmm aaaaaaaa errmmmm aaaaaa, tet eyah je laa." *punyalaaa lame dia memikir*
"Ai ai sir!"


Wahhh, boleh tahan taste ko ye nak. Yang mama tak gheti tu laa yang ko mintak. Klu korang nak tau, inilah dia 'tet eyah' yang dimaksudkan..


Tet eyah aka kek merah aka rv dari cc


Meh tengok plak wajah2 gumbira hanak2 ketika menikmati 'tet eyah' itu.. :P






Haaaaaaaaaaa, gumbira tak gumbira laa kan.. :P Masa memula pi amik drp YB @Inarshad (jumpa kat Petronas Austin jek), haku baru terima nikahnyer kotak 'tet eyah' si kakak sudah sambar itu kotak sampai nak tergolek isi dalam tue. Lepas tu, terus dia kidnap sebijik. Bila masa dia selit tangan masuk dalam kotak tue pon haku tak perasan. Tak nyempat sampai rumah yang sepelaung tue, 3 bijik skali settle. :D


Tapi, ada tapinyerr.. Anak2 haku memang kalah dengan cuka. So, lepas diorang bedal seme rvcc tue esoknyer diorang start cerry berry. Yang peliknya, takde plak rasa memulas ke hape (mengikut kata Hadif). Cuma bila diorang membuang, bahan buangan adalah berwarna merah. Itu kata #lakisya laa kan sebab masatu memang dia jek yang tukang cuci montot bebudak ni. :P


Setelah aku buat sedikit gugelan (?) :P, ghoper2nyer dalam itu rvcc sudah letak cuka. No wonder laa.. Mengikut kata Pn. Jua, ada resepi rvcc yang tak guna cuka. Tapi, haku tak jumpa pulak setakat ni. Berukband pon dah tahap puake (dem!!). Klu sampai petang2 karang tak jumpa jugak resepi kek baldu merah yang tak guna cuka, mama buat kek cokelet je laa nak yer. Takpon kek feberet Hadif, kek oren. Atau kek wanewani ke? Okeh sayang? :D




Selamat ulang tahun cheeky boy mama dan ayah, Muhammad Hadif Irfan! Semoga membesar dengan sihat dan kuat.. Syayanggggg abg banyak2.. :D



Sunday, April 10, 2011

Bersantai dihujung minggu

Minggu lepas, kami bawak anak2 main pasir kat tepi laut. Tp bukan di Danga Bay yer.. Sana luas sangat, tak daya kami nak kepung askar2 kecit kami. :P Kami dengan bijaksananyer telah membawa askar2 kecit kami ke Stulang Laut. Yeay! Bijak kan kami? :P


Kebetulan orang tak ramai lagi petang tue, so senang laa dapat parking port baekkk punya. #lakisya parking btol2 dekat dengan laut. Jalan sket je dah boleh main air tepi laut..


First time bawak anak2 ke situ..

"Mamaaaaaaa, acam aner nak alan ni. Acer acok alam acot Adif arr.." Sambil kaki jenjet kaki sebelah.. Buleh? #lakisya geleng paler uols.. :P


Hilang stress bila dapat sedut (?) udara segar tepi laut, kan? Sambil makan steambot cucuk, sambil tue melayan kerenah Dhea ngan Hadif meniup bubble.. Emir pulak takut nak pijak pasir. Berdukung je laa dgn si ayah. Mentang laa hari2 ko pijak simen ye dik. Jakun btol anak2 aku.. Hahahahahahahaha..


Masa nak pegi Stulang Laut tue, husband sudah lalu depan zoo. Apelagi, Dhea pon menjerit2 ajak pegi zoo. Tp, tak dapek laa kan. Dah petang2 tak koser laa nak keliling zoo nak oi. So, kami telah berjanji untuk bawak askar2 kecit kami ke zoo minggu depan which is yesterday.


Yerrr, kami telah ke zoo pulak semalam. :D




Puas tengok haiwan2 semalam weih. Satu zoo kami pusing abis. Haiwan2 yang ada mostly dah tua2 bangka. Tak kisah laa, janji ade ye tak? Bebudak tue bukan tau pon haiwan2 tue seme dah tua ke muda belia ke.. Pada bebudak ni, janji ado kira okeh laa tue.. Emir pon suka tau.. Terjerit2 dia bila nampak binatang tue sume bergerak2. Nak2 yang spesis burung ngan monyet. Siap tuding2 jari lagik okeh. Dhea dengan Hadif toksah cakap laa. Kecoh sekampung..




Kebetulan semalam ada staff2 Starbucks Coffee buat aktiviti ape ntah kat situ. So, diorang ada laa jual Caramel ngan Mocha Frappucino. Jus pon ade gaks. Harga adalah RM10 setiap satu (harga biasa RM15). Since haku memang dah prepare air (twister orange dan air sukida :P) untuk bebudak ni dari rumah, kami tak beli. Wah, belagakss kan.. :P




Tp, masa nak balik tu singgah jugak beli secawan (?) Mocha Frapp. Takleh tahan menengoknyerr.. :P Heaven weih.. Nak pulak setelah berpanas2 keliling zoo tengok singa, harimau, chimpanze dan beberapa ekor haiwan lagik.. Rasa nak beli lagik secawan.. :P


Kami abis pusing kul 1 lebih jugak laa. Perut pon dah berkeroncong, apelagi, jalan2 carik makan pulak laa kan. Askar2 kecit pon seme dah pancit. Dalam keta Dhea dgn Hadif berebut nak baring. Last2 Hadif mengalah, duduk kat tengah. Kakak Dhea, mata dah tabley tahan nak terkatup.


Dah alang2 sampai ke area bandar tue, hajat hati nak singgah makan tempat yang cik maya saphira dok review kata murah dan settap tuh. So, haku pon calling2 (hamponn beb terpaksa kaco ko beristirehat sekejap :D) ler dia tanya location etc etc. Nak dijadikan citer, kedai tu bukak kul 2ptg sampai 1pg. Since askar2 seme dah pancit, tak jadi ler kami nak tunggu. #lakisya tapau Burger King sajork. Bedal je laa kan, janji makan.. Kami pon dah penat gak sebenonyer. Mata pon dah berat.. :P


Sampai rumah, hangkut askar2 yang dah tertido dalam keta. Susun sorang2 atas toto. Pastu, kami berdua isi perut. #lakisya makan sambil menghayun buaian. :P Sementara haku bersiap untuk pi projek discussion. Kul 3ptg, haku gerak ke ofis member untuk discuss projek psm 2. Kul 7mlm baru balik rumah. Sampai rumah, askar2 kecit seme dah wangi. Masing2 tengah pegang botol susu sorang satu sambil layan katun.. :D


Dinner malam semalam #lakisya tapau jugak. Malas btol nak keluar, apetah lagi nak masak. :P Lepas settle monitor Dhea buat homework, baru dinner sesama. Dhea dengan Hadif tengah syok layan mee goreng skang nie.. Asal makan luar jer musti order mee goreng. Hahahahahaha.. Makan laa nak, sampai puas. Esok dah boring, tukar menu lain pulak ek.. :P Lepas makan, layan AF9 yang macam haremmmj tue.. Tak best langsung!! Tp layan jugak sampai abis sebab tanak terlepas tengok Kum Kum. Kul doblas mata dah tabley tahan. So, hangkut bebudak naik bilik walaupon diorang tetap jugak nak tengok Kum Kum padahal masing2 mata dah layu. Maka, terpaksalah menggunakan kuasa veto untuk paksa bebudak ni tido.


Minggu ni haku keje sampai Selasa je uols.. Best best.. Kemana pulak nak bawak askar2 kecit kami hujung minggu depan ni ek? Ada cadangan? ;)







P/s: All pics are googled. :D

Sunday, April 3, 2011

Hari ini hari Ahad

Yeaaahh, harini aku bekerja seperti biasa selepas bercuti sakan seminggu lebih. :P


Hari Khamis yang lepas, bos besar buat majlis sambutan harijadi untuk bebudak ofis yang celebrate birthday bulan Jan, Feb dan Mac. Hamikk ko, 3 bln skali harung.. :P Sorang bayar RM6 sahaja dan macam sambutan yang sebelum ni, bos besar sponsor kek 2 bijik. Klu sambut birthday, haruslah ada kek ye tak. Baru bley feeling2 tua muda sambil tiup lilin.. :P


That day, plan aku untuk menghadirkan diri memula macam tak jadik. Sebabnya, takde sape boleh tolong jaga bebudak bertiga tue sepanjang mama diorang berhoyeh-hoyeh bersama rakan2 seperjuangan. So, haku telah menalipon partner untuk mengkhabarkan akan ketidakjadian untuk hadir ke majlis yang berprestij tersebut. Dipendekkan cerita, selepas dipujuk rayu oleh partner-in-crime haku yang telah berjanji sanggup untuk membantu haku menjaga anak2 rebina especially Dhea dan Hadif, maka haku dengan berat besar hatinya telah menghangkut askar2 cilik yang comey2 tuh ke ofis.. :P


Sebenaqnya, haku segan tau. Ye laa, haku bayo RM6 jugak. Takde bayo lebih pon.. Tapi, bila partner haku tu dok push push push ajak jugak datang, haku polow ajelah. Member siap amik kat rumah lagik okeh, punyalah nakkan aku hadir jugak. *terharu* Apelagi, berdesup laa siapkan bebudak bertiga dengan pakaian yang agak senonoh sket kan.. Takkan nak bawak anak2 dengan baju & muka comot2.. :P


Aku takde snap gambar, tp macam biasalah klu dalam majlis2 camtu musti ade jer kengkawan yang rajin snap2 nih.. So, semua gambar selepas ni adalah dicilok drp folder diorang kat file server opis.. Eheh!


Ready? :P


Half of the foods.. Main coursenyer adalah nasi beriani, ayam masak merah, acar timun dan satu lagi kari kacang dal.. Yummeh!!


Bos Besar pon antara yang menjadik (?) besday boy.. Eh eh, anak2 sapo laa tuh. Pandai korang interframe menyelit yerr.. :P


Me (and Emir) and partner-in-crime gedik gigih berposing. Yang 2 org lagik tu adalah trainee..


Budak2 pompuan bertiga tu adalah trainee dan hok jante sorang tu laa Haikal. Cemane ko boleh terselit sini eh Kal? :P Owh ye, yang tengah comeyy dan montel tue pon antara besday girl..









Asal aku nak bangun je, diorang nak snap. Pastu bilangan ahli yang nak menepek pon bertambah. Last2 aku duduk je kat kusi feeling2 retis. Pfftttt! :P


Okeh, gambau last kopek.. Tak daya nak tepek semua kat sini..





















Burp! Alhamdulillah..