Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 29, 2010

Beberapa minggu yang lalu

sebelum hari ini..



Sungguh lena si kecik tu tido kan.. Oh yer, selimut tu adalah harta turun temurun drp zaman Dhea tau.. :P Dapat free masa bersalinkan Dhea dulu.. Ehehe..

Eh, eh.. Bukan itu yang ceq nak tunjuk kat hangpa sebenaqnyaaa.. Tapi, gambar ini..



















Haaaaa, gitulah ghopernyer kawasan berpantang haku.. Amacam?

/wahaha



Wednesday, April 28, 2010

Muhammad Emir Ziqri

Yupp, itulah dia nama yang kami laki bini berikan pada si chumil #3.. :D Awat? Tak caya ka?

/hmm


Ok, nah!



Haaaaa, caya dah? :P

Masa mula2 Hubby bawa balik surat beranak si Emir tue, aku agak terkujat laa jugak.. Lain giler surat beranak bebudak skrg ni eh.. Kaler hijau lagik.. Surat beranak baru ni dah ada hologram (betol ke nama logo yg kilat2 tu hologram?)..



Saiz pon agak besar drp surat beranak yang Hubby bawak balik 2 tahun lepas.. Takde plak aku amik gambar saiz surat beranak depa tue.. :P Kat belah kanan-atas sekali, ada no siri beserta barcode.. Kiranya senang laa bebila nak, scan jek barcode tue automatically no surat beranak masuk terus dalam sistem..



Hmm, agak2nya laa kan.. 2 tahun akan datang, macam ni lagi ker rupa surat beranak anak2 kita? Ke tukar lagik?

/hmm


Klu nak tau, kenalah beranak lagi, ye tak kawan2? :P


Last but not least, kenalah letak gambar tuan punya surat beranak di atas kan.. Esok2, baru kita story pasal si Emir ni ek..



/bye



Thursday, April 8, 2010

Final exam

for semester er.. er.. sem II 2009/2010, is just around the corner.. Yeay!

/sweat


Ptg tadi aku baru je print out Sijil Menduduki Surat Pengesahan Menduduki Peperiksaan Akhir kat cc terdekat. Haa, jgn pelik plak.. Walaupon aku masih dlm pantang, sudah beberapa kali jugak laa aku terpaksa keluar jalan2 cari pasal atas beberapa sebab.. Mak siap pegi kelas okeh last week..

/dignose



Orang lain berpantang dok dendiam kat rumah.. Resting, resting and resting.. Tapi aku special sket.. Pantang tetap pantang, mcm biasa laa makan minum etc.. Cuma ada aktiviti tambahan iaitu aktiviti menyiapkan assignments & projects.. Yeay lagi!! :P Tak larat dah nak extend lagi.. Layannnn ajelah.. :D

So, pray for me friends! Harap2 takde laa paper yg kantoi sem ni.. /please




Mama nak update blog lagi...

...taaaapi adik ni asyik merengek je tau.. /no


Mama nak pi toilet pon payah!! Ayah plak tak sampai2 lagik.. Haih..

/sweat




Tuesday, April 6, 2010

Saya sudah kembali ke pangkal jalan!!

Masih ingat saya? /hihi

Bukan main lagi saya bercuti sakan drp blogging kan.. Mesti ramai yg rindukan hasil tulisan saya.. Oh puhleaseeeeee!! Sudah sudah laa perasaan perasan tu cik Sya oii.. /floor

Utk memanaskan semula blog ini biar saya tepek satu gambar dulu okie.. Intro laa kununnya nie.. Hikhikhik!



Haaaaaaaaaaaaaaaaaa, amacam?! Sudah panasssssssss?! /hmm

Seperti yg telah diketahui, saya baru sahaja melahirkan anak ketiga pada 13 Mac 2010 yg lalu.. Mode kelahiran kali ini adalah secara caesarean due to cord prolapse.

Mulanya, tak jangka pon akan caesar.. Masatu jalan dah bukak 6cm to 7cm dah. Elok je lepas house officer tu pecahkan air ketuban, something goes wrong somewhere.. Then, doktor pakar plak seluk utk kepastian. Memula dia ckp, "ok, kejap lagi dah boleh bersalin..". Tapi tetiba je dia tukar statement to "alamak, cord prolapse..". Maka, nurse2 kat keliling pinggang aku pon dgn pantasnya buat persiapan.. Yg paling aku tak bleh tahan bila nurse masukkan tiub halus kat hidung & diorang soh aku telan ubat yg diorang dah masukkan thru tiub tu.. Mcm nak termuntah haku masa tue. Siap rasa nak cabut balik tiub tu, tp nurse nampaknya lebih pantas bertindak dgn menyelotep tiub tu kat batang hidung mak.. Hamikk ko! Within 10mins, aku dah sampai OT kat tingkat 5. Mcm tak caya kan?!

Sepanjang perjalanan ke OT, ntah berapa kali aku rasa nak push.. Tiap kali aku rasa baby nak keluar je, aku jerit.. Huhu.. Then, doktor pakar yg dok bertenggek atas katil aku tue akan tekan jari dia takmo kasik baby keluar..



Kul 8.30pg aku sampai HSI, terus naik bilik saringan kat tingkat 4. Lebih kurang kul 9pg, nurse hantar aku gi labour room. 9.10pg aku dah mula ditolak ke OT kat tingkat 5. Hubby berlari2 follow, sampai silap tekan butang lif.. Dan akhirnya, kul 9.31pg aku telah selamat dibedah.. Kul 12++ tghari baru aku dihantar ke wad. Yg tak bestnya, baby terus masuk NICU sebab kurang oksigen.. Bila oksigen tak cukup, baby keluar tak nangis.. Tu yg kena masuk NICU..

Haaa.. Gitulah lebih kurang kronologi peristiwa bersejarah 13 Mac aritu. Apepon aku tetap bersyukur.. Everythings fine now.. Inilah bahagian aku kali ini. Bak kata Ealyie, masing2 ada bahagian masing2.. Kan kan.. Akan datang, harap2 normal ek.. :P

Okeh, sambung esok2 ek.. Mak nak makan dulu.. Daaaaaa..

/bye