Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 4, 2007

Tatau nak letak tajuk ape nih weih...!

Diam tak diam dah masuk 22 Ramadhan 1428.. Lamanya aku tak tulih blog. Bln lepas aku mmg sibuk. Penat pon iye nih..

Puasa kali ni mmg sgt² menguji kesabaran aku. Ditambah dgn sakit belakang aku yg di sbbkan "pembawakan budak".. Kata mak aku laa.. Aku pon suspek camtu gak, sbbnya ntah berapa kali aku gi wat check-up, Dr. tetap kata takde masalah. Hmm..

Ni nak citer sket laa.. Masa aku peknenkan dhea 2thn lepas pon bulan puasa jugak. Masatu klu tak silap aku kandungan baru 2bln. Sama laa mcm kali ni. Minggu pertama berpuasa aku ok lagi. Then masuk minggu ke-2, dah menunjukkan tanda² morning sickness yg bole tahan teruk gak ler pd aku. Since itu pengalaman pertama mengandung kan... Masa minggu ke-2 Ramadhan, aku penah masuk wad sbb tekanan darah rendah & kurang air dlm bdn. Pg tu aku gi laa klinik berhampiran tempat keje aku sbb aku rasa tak sedap bdn pg tu. Bila aku sampai kat klinik tu, punya laa ramai pesakit tgh tunggu giliran. Nak tak nak aku tunggu aje laa. Dari pukul 10pg sampai laa ke 1.30ptg, baru laa tiba turn aku. Masatu aku pon mcm dah malas nak tunggu, tp kepala aku pulak dah pening lalat mcm nak pitam. Then bila aku masuk bilik Dr., Dr. tu terus je check tekanan darah aku sbb nampak muka aku dah pucat sakan kots. Itu jam jugak Dr. cakap aku kena tahan sbb dia nak masukkan air. Bla bla bla.....

Seblom nurse tu cucuk tgn aku nak masukkan air, aku ade minta nurse tu tlg call kan ofis aku & inform pd ofismate. Sure diorang pon pelik apsal aku tak balik² ofis lagik kan.. Tak lama lepas tu, sorang ofismate aku dtg ziarah aku kat klinik. Hahaha, masatu apsal ntah tetiba jek air mata aku bergenang. Ofismate aku perasan gak laa perubahan muka aku masatu & kitorang siap gelak² lagi.. Ye laa, syahdu tetiba jek masatu.. Hahaha.. Lepas peristiwa tu Dr. sarankan aku supaya jgn berpuasa buat sementara waktu..

Pregnancy kali ke-2 ni sgt² berbeza. Yg sama cuma tekanan darah aku rendah jugak & kali ni glukos dlm darah sgt² rendah. Min 3.5, tp aku punya 1.7. Rendah giler kan...? Aku rasa during previous pregnancy aku lebih independent. Hubby pon selalu eksais masuk hutan. Masatu aku siap bole naik tangga jejantas dari mula pregnant sampai laa dah nak dekat² bersalin. Hari² lepas balik keje aku ikut mak ayah aku belanja kat pasar borong. Takde sakit² belakang nih, cuma morning sickness biasa jek. Itu pon lepas kandungan masuk 4bln dah ok dah.. Tp skrg ni, nak naik tangga kat rumah aku tu pon dah mengah². Apetah lagi nak soh aku naik tangga jejantas yg sama... Huhu..

Last week aku cuti seminggu. Sbbnya...hahaha... bdn tak larat, lembek abis. Bos aku pon dah tak bole nak ckp ape dah. Morning sickness aku mcm biasa. Yg tak tahannya sakit belakang. Kata sesetgh kawan aku yg ada pengalaman yg lebih kurang sama, baby aku mungkin lelaki. Hmm.. aku tak kisah lelaki ke pompuan. Asalkan baby aku sihat walafiat & sempurna sifatnya. Puasa thn ni aku tak byk ponteng. Aku cuba kuatkan semangat utk berpuasa. Cumanya, since aku alami problem yg sama mcm masa aku ngandungkan dhea aku tak bole laa paksa diri sgt.... Apapon selamat berpuasa semua.. Semoga aku tabah melalui detik² ini.... ;)

3 comments:

wanie said...

selamat hari raya aidilfitri dari irfan n co...maaf zahir batin..raya mana tahun ni?

rizza said...

Salam Aidilfitri...maaf zahir batin..

momidanial said...

Salam Aidilfitri..maaf zahir batin...sori dah lama tak jenguk sini...hope ur pregnancy goes very well. Bila lar plaks turn aku nak `bunting' ni weih...ngeeee