Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 22, 2007

Ceritera Raya 2007

Salam Syawal utk semua...

Pg ni aku sempat jelajah blog member² & rata-rata citer terbaru dorang pasal raya. Musti laa, kan skrg ni pon masih lagi bln Syawal.. So, aku pon terpanggil laa jugak utk bercerita ttg RAYA... Ecehwahhh!

Raya thn ni kami sekeluarga (bertiga jek!) balik kg Hubby kat Teluk Intan, Perak. Klu ikut turn semmgnya thn ni turn AKU. Tp sbbkan thn lepas Abg aku tgh sibuk nak kawen, maka Hubby aku rela korbankan turn dia. So, thn ni mmg tak bole nak kata ape laa.. Dhea pon cam excited je. Bila tanya balik kg kt mana, dhea jwb..."kg ayah". Hee...Aku tak kisah sgt beraya kat mana, asalkan masatu aku disisi suami & anak tersayang. Tp seblom tu dah deal dgn Hubby, dia kena tlg aku handle dhea kt kg nanti. Dgn keadaan aku yg sakit blkg ni mmg aku tak larat nak jaga dhea sensorang.. Nasib baik Hubby faham.... :D

Ikut plan asal, sepatutnya kami bertolak 11hb hari Khamis tghmlm. Kenapa tghmlm? Hahaha...sbbnya time tu anak kesayangan aku yg sorang tu dah nyenyak tido & aku pon takde ler sesak sgt nak menjaga dhea sepjg perjlnan tuh. Dhea ni tatau laa nak kata ape, dlm keta pon dia bole melasak mcm laa keta aku tu luas sgt.. Tp kitorang tak jadi pon ikut plan asal, sbbnya keta tak sempat servis. Tanak aku balik kg jejauh ngan keta tak berservis ni. MERBAHAYA! Hubby plak start cuti Jumaat, itupon Khamis aku soh jugak dia amik cuti. Hahaha.. So, kitorang balik Jumaat ptg. Aku kt dlm keta mmg jadik tarzan aje laa dok bebelkan dhea yg tak reti dok diam. Lepas maghrib camtu baru laa dhea tido. Jumaat tu kami berbuka di Petronas je, beli air ngan gula². Hubby tanak mkn sbb kesiankan si kecik tu dah merengek nak tido. Kami berhenti mkn skali je kat R&R Ayer Keroh. Haa, masatu mmg kena kejutkan si kecik tu laa. Takkan nak biar tido sensorang dlm keta pulak kan..

Kitorang sampai Teluk Intan lebih kurang kul 1.30pg. MIL mmg dah standby tempat utk kitorang tido. Buka je pintu umah, berderet anak sdara Hubby tgh terbongkang tido. Hehehe...kt kg mmg mcm ni ler. Sume tido kt hall jek. Bentang toto terus zzzzZzzz... Takde sape laa nak tido kat bilik. Memandangkan sume dah tido, kitorang pon tido laa jugak. Takde nak sembang² lg dah. MIL pon tanya ala kadar jek sbb tau kitorang penat. Hubby aku letak je kepala atas bantal terus tido. Dhea plak lepas mkn kat Ayer Keroh terus sambung tido balik..

Alkisahnya, keluarga Hubby mmg besar. 11 org adik-beradik. Itu tak termasuk yg dah "takde", 3 org. Hubby anak ke 9. Besarkan..?! Kebetulan thn ni sume adik beradik Hubby yg dok jejauh balik beraya kt ctu. Sorang je yg tak dpt balik thn ni. Pg raya tu mcm biasa laa, bersalam-salaman. Aku pon sebak² juga salam tgn Hubby pg raya tu. Maklum la, kebelakangan ni kami selalu sgt bergaduh.. Lepas bersalaman tu kami beramai-ramai gerak ke rumah sedara mara Hubby. Rumah pertama kami pergi mesti laa rumah nenek Hubby. Lepas tu baru ler rumah yg lain-lain. Balik beraya sume dah penat. Apalagi....masing² carik port sesuaiiii & tidoOo.. Hahaha..

Hari kedua kami beraya jauh sket. Pg² kul 8 sume dah siap sarapan. Haritu destinasi pertama kami ialah ke Kg Selabak. 2 keta penuh, itupon ade yg terpaksa kena tinggal kat umah. Kt Kg Selabak, kami beraya rumah makcik Hubby belah MIL. Makcik Hubby tu baru lepas operate kanser (tak ingat plak kanser ape..). Sempat laa jugak kami mkn ketupat rendang kat Selabak tu. Then terus bertolak ke Sabak Bernam pulak, beraya ke rumah adik beradik FIL. Jauh jugak laa nak ke sana. Tp takpe, raya kan sethn skali. Tak lama lepas kami sampai kat rumah Tuak (Abg Long FIL), adik beradik FIL yg lain pulak sampai dr Tanjung Karang. Perghhh...penuh rumah. Masatu laa Hubby baru kenal ngan sepupu² dia. Ingatkan lepas tu nak balik dah, skali adik bongsu FIL yg dr Tg. Karang ajak plak kami beraya umah sorang lagi adik FIL & lepas tu ajak singgah pulak umah dia kt Tg. Karang. Kami ON aje laa sbb abah (FIL) pon dah berthn tak jenguk adik beradik dia. Harapkan adik beradik dia je laa dtg rumah..

Masa kt Tg. Karang tu terkezut aku tgk umah adik bongsu abah. BESAR gilerr.. Hall dia bole buat 2 court badminton. Lepas tumpang solat sume, kami dijemput mkn. Masing² apelagi laa kan.. Perut pon tgh laparr.. Hahaha.. Ptg tu jln jemm giler babas kt Hutan Melintang.. Sian Hubby.. Dah laa jauh, jemm pulak tuh. Kata Ayong, kt area ctu mmg tiap thn jemm. Nak tanak terpaksa laa redah jugak. Nak masuk highway, jauh pulak nak pusing. Drp kul 4.30ptg, kul 8.30mlm tu baru kitorang sampai umah. So, mlm tu masing² tido awal. Raya ke-3, masing² lepak kat umah je tunggu org dtg. Hubby pon tido jek sepjg hari. Penat semlm tak hilang lagik katanya. Raya ke-4 baru kitorang bertolak balik JB. Itupon tak ikut plan asal. Sepatutnya mlm raya ke-3 tu dah bertolak dah. Tp ditunda ke hari esoknya atas sbb² yg tak dpt dielakkan... Balik tu keta penuh sbb adik Hubby yg berdua tu tumpang balik sama. Diorang ni mmg keje kat JB, tp tak duduk dgn kami. Masing² menyewa sendiri...

Pheww!! Penat beraya kan....tp seronot.... Masa pg 1 Syawal tu ntah kenapa tetiba aku sebak terkenangkan family di JB. Sampaikan bila Hubby soh aku call mak, aku tak sanggup. Takut aku nangis tak hingat plak kat ctu, buat malu je.. Apepon thanks to Hubby aku. Lepas balik drp Perak, ckp je nak beraya ke mana Hubby aku sanggup pegi.. Hahaha.. Thanks Abg...

Kt kg, aku cuma tlg sesikit jek. Itupn tlg Angah prepare bahan nak masak & cuci² pinggan jek. Klu ade tetamu, tlg la sesikit buat air ke hape yg patut. Diorang tau aku peknen lagi. Tp klu kt kg, mmg Angah yg selalu masak. Lagipon anak-anak Angah ni ade sikit cerewet la bab makan ni. Tu yg Angah kena laa jugak turun dapo. Hehehe..

DHEA cmane pulak..?! Well, aku tak penat sgt pon jaga dhea masa kt kg. Masa memula jek, pagi raya tuh dhea cam blurr gitu. Ye laa, mana nak kenal ngan sepupu² dia kt kg tuh. Tp masuk tghari dhea dah bole dah mix around ngan cousin² dia. Anak² sdara Hubby pulak mmg suka melayan kerenah dhea nih.. Tu yg menjadi-jadi pe'el dhea kt kg. Lasak tak hingat.. Lantak laa, dhea pon baru 2 kali balik kg. Time nak tido/nenen jek dhea carik aku. Masatu baru laa dgr dhea sebut "mama mama..nyennyenn..". Selebihnya sibuk ler main... Main laa nak.. Mama tak kisah...

Uih...syok bercerita sampai tak sedar citer aku dah pjg berjela.. Hahaha.. Apepon aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA" utk semua... Gembira di haaari rayaaa... :D

3 comments:

wanie said...

kg hubby kat teluk intan ye...kat mana?...kg wanie kat teluk intan jugak...kat tmn seri setia..raya ke 3 hari tu baru balik teluk intan

mamaDhea said...

lor.. ye ke..
kg Hubby kt Parit 3D, Sg. Manik..
syok gak kali ni balik, hijauuu je sekeliling.. bendang ler katakan.. padi baru nak naik..

pastu ade sorang member dr zaman study dlu asal teluk intan gak.. kt Sg. Tungku.. tp raya thn ni tak sempat nk beraya kat rumah dia...

Rizza said...

amboi2 sonok nye raya dia...hehhe

loo org perak gak ke..hahhha
hubby za org sg sumun bagan datok...hehhheh

ni kami tak de raya di sana...tunggu le lagi 2 tahun baru le hassan merasa raya kat kg ...hehhhe