Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 8, 2010

Cerita seram jugak! :P

Aku terdorong untuk bercerita lepas baca entry cik Maya kita baru sat tadi..

Korang ingat tak kisah keliwon seram Dhea dolu2? Apa?!! Tak ingat ek.. Err, klik sini dan kelebek la sesatu entry ek. Tak koser haku nak letak link sesatu.. :P

Alkisahnyer, pakcik yang ubatkan Dhea dulu pon dah meninggal dunia. Lama dah actually.. Kan Ely..


Sekarang ni, hal yang sama jadik kat Hadif pulak. Sesekali klu naik tangga nak ke bilik, kat family area tue, Hadif akan dongak atas dulu sebelum masuk ke bilik. Klu dia nampak "something", dia akan bitau laa ape yang dia nampak tue.. Biasanya dia akan cakap,

"Haa, tu momok tue.."


Bapak aku aka guardian angle si Hadif kat rumah pon ada bitau aku pasal ni. Hadif penah skali bitau atok dia camni,

"Haa, tu tok momok tue." *tangan siap tunjuk*

"Mana?" *atok buat2 carik katenye*

"Itu laa. Tash amari." *tunjuk lagik byk2 kali*


Abg aku pulak, setiap kali nak naik bilik mesti dia tanya si Hadif ni dulu.

"Dif, kat atas ada momok tak?"

Si Hadif pon ikut laa montot acik dia naik atas semata2 nak check ade ke takde "benda" tue. Klu ada, adalah dia ckp. Klu takde, takdelah. Dan, "benda" tu mmg dok kat situ je laa gamaknyer sebab si Hadif tak penah pulak cakap nampak klu kitorang lepak2 kat hall bawah tue..


Dan (lagi), last weekend masa kitorang pegi KL, sampai kat satu jalan area taman ape aku pon dah lupa, si Hadif soh aku tutup mate.

"Tutup mata mama. Ada momok." *sambil dia sendiri tutup mata*

"Mana ada. Takdelah.." *sambil tu haku tengok2 gak kiri kanan*

"Tueeee.." *tunjuk kat satu pokok besar tepi jalan*


Siyes aku memang tak nampak sape2 atau ape2 pon kat tepi pokok tu even kat atas pokok pon clear.. :D


Risau haku weih.. Dhea skrg ni takde plak nampak2 cam dulu tue.. Lepas berubat kat Kluang tue, alhamdulillah ok dah. Now, Hadif laa pulak.




8 comments:

Ealyie said...

pulakkk dah.. :(
dr mana dtgnya 'mereka2' itu..
pi la berubat beb..

~ealyie~

Marsha~ said...

qila pun asyik cakap nampak antu.. bila aku tnye antu tu ape, diam pulak tatau nak jawap.. huhuhu

Zety Zin said...

Imran pulak biasanya bagitau ada hnatu kalau kitorang makan kat gerai tah mana-mana. Hantu pelaris gamak eh.

maya amir said...

uitss..ye ke beb? bawak gi laa berubat.. kang sampai ke beso die nmpk, dah jadik mcm supernatural plak..

Mummy Dasy said...

alahai menyeramkan jek.. pi ah bawak berubat...

mamaDhea said...

ealyie: rasanya drp rumah sebelah yg masih tak berpenghuni.. ye ke? :D

marsha: hihi.. anak aku klu tanye, abis dia describe seme.. aku plak yg seram..

zz: hihi.. ye kot..

maya: oh tidak.. aku yg kecut kang.. mmg nak bwk pi berubat pon.. ada kenal sesape?

mD: tu ar beb..

farah225 said...

ke hadif ada sixth sense??

madamoiselleczar said...

huargh! berdiri bulu romas haku nyah.....huhuhuhuhu