Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 28, 2010

@ 33 weeks

Assalamualaikum semua.. Rindu btol nak menulis menaip di sini..... :)

Harini aku MC lagi (read: LAGI :D).. Pagi tadi ada check-up kat KD Kangkar Tebrau mcm biasa. Oh ye, aku dah start check-up 2 minggu sekali.. Maka, secara tak langsung aku akan dpt MC every 2 weeks gitu.. Ahahahaha..

Recently, HB aku semedang rendah. Dah 3x check-up, HB asyik dibawah piawaian je dan harini paling rendah, 8.1.. Juga, pregnancy kali ni merasa laa aku minum air gula yg mabeles tuh.. Tak penah2nyer mak kena minum air gula bagai, tup tup bulan lepas kena jugak minum.. Alasannya, sebab berat badan naik 3kg++ 2 bulan berturut2.. :D Maka, terkulat2 laa aku nak menghabiskan secawan air gula sampai rasa nak pitam pon ade..

/no

Masa check-up 2 minggu lepas, tgh sembang2 ngan misi kat bilik pemeriksaan, tiba2 kepala aku senoneng..

'Nurse, agak2 klu saya gi makan pasni, hilang tak pening kepala saya?'

Dan2 tu jugaklah misi repeat check BP dan amik darah skali (harini pon kena amik darah juga due to HB low :D). Sudahnya, mak dpt laa MC sehari.. Bukan senang2 bley dpt MC drp klinik2 kerajaan ni.. Dan, klu korang nak tau, no. siri utk MC harini adalah sebelah menyebelah dgn no. siri MC 2 minggu lepas..

/wahaha

Korang, nak tgk gambar latest tak? Offer baekkk punya nie Lama tak tepek gambar kan, kan.. :P

















See.. Still maintain kiut kan, kan.. :P


Aku dah start sakit2 kat celah bedah kelengkang dah nie.. Aritu ada jugak check kat private clinic. Gynae tu kata baby kali ni nampak cam bessaaaaaar sikit drp yg sebelum2 nie.. Ramai gak kengkawan ngan sedara mara yg ckp camtu..

/hmm

Klu nak diingatkan masa aku preggykan Hadif dulu, masa tgh sarat 8bln mcm skrg ni laa Hubby aku eksiden. Dan, aku pon dgn gigihnyer tido kat hospital selama lebih kurang 2 minggu demi utk menjaga Hubby yg memang tak boleh bergerak sendiri. OK jek time tu.. Takde pon sakit2 celah kelengkang ke hape ke.. Tido atas kerusi pulak tu..

Lagi satu, time Hadif dulu aku jaaaaaaaaarang giler kena simpul urat (atau nama glamornye simpul biawak.. :D). Rasanya ade laa sekali dua je kena simpul urat. Kalini, dah 3-4 kali jugaklah aku merasa penangan simpul urat yg berbisa ittew.. Masa kena tu klu Hubby ada takpe laa jugak kan.. Problem is, time tueeee la Hubby mak tgh gigih berkhidmat utk negara.. How??!! Mmg rasa nak jerittttttttttttt bagi satu rumah bangun tolong tolakkan tapak kaki.. Ye laa, nak tolak/tarik sendiri dah tak sampai dah kan.. :P

Klu difikir2kan, setiap pengalaman mengandung dan bersalin tu memang berbeza2 utk setiap anak yg kita kandung.. Beruntung sape2 yg mengalami smooth journey during their pregnancy.. Aku pon penah merasa beruntung masa mengandung dan bersalinkan Dhea dulu.. Everythings going smoothly during that time.. Heavenn.. :D

Maka, silap besarrrr laa sekiranya seorang LELAKI (repeat: LELAKI) membuat pengakuan sebegini..

"Saya anak dah 5 orang, saya tau laa mcm mana org mengandung nie.."

Tolong laa tarik balik pengakuan tue because you know nothing actually..

Agree? /hmm




Sunday, January 10, 2010

Our humble abode

Masih ingat post ini? I bet y'll mesti dah tak ingat kan, kan.. Takpe, mak tak marah pon.. :P

Last weekend kami telah ke sana sekali lagi utk menyambung kerja2 pembersihan minggu sebelumnya. Since sebelum ni kami dah basuh bersih satu rumah, so, kali ni kami Hubby cadang utk mop lantai dan bersihkan laman depan pulak.

Klu korang nak tau, masa minggu mencuci rumah aritu, mak dengan jayanya telah menyental toilet2 kat dlm rumah tu. But, with my condition, mak larat cuci 2 biji buah toilet je pon.. Lagi sebiji sebuah Hubby yg tolong cuci... Ngee.. :D

Kali ni, mak tak tolong buat ape pon. Mak jadi mandor jer okie.. Semua keje Hubby yg buat.. :D


Dimulakan dgn bilik2 kecik kat tingkat atas.. Bilik2 ni cadangnya satu utk Dhea, satu utk Hadif.. Cadangnyer je laa tp tak kompem lagi.. :P


Aktiviti mengemop dilanjutkan ke bilik utama dan family area yg juga terletak di tingkat atas.. :D


Last but not least, living hall dan satu lagi bilik kat tingkat bawah.. Dapur pon Hubby mop jugak ala kadar sebab dah penat.. Hehe..

Hajat Hubby nak cuci laman depan tak kesampaian sebab ada masalah paip air. Tak tau apsal paip air kat luar tu tak berfungsi. Hmm..

Sebelum balik, anak2 bertuah mak sempat laa mandi2 kat toilet bawah yg dah wangi tue.. Kitorang mmg awal2 dah standby bawak baldi ngan sabun mandi pon sebab dah agak dah budak2 ni mesti basah lencun punya laa.. :D

Ini baru intro anak2 mak hokehh.. :P


Next project ape pulak ek? Cat rumah maybe? /hmm




Plan hari ini

No plan(s) actually, buat masa ni laa.. :D

Maybe kitorang just lepak2 kat rumah je kot..

Skrg ni nak jalan pon cam tak larat.. Bkn tak larat nak berjalan, tp tak larat nak layan kerenah anak2 kat dlm keta.. Dioranag buat keta yg sekangkang kera tu mcm taman permainan yg luas terbentang gamaknyer.. Haih..

/sweat


COP!!

Hadif baru je naik bilik nih.. Tetiba dia sebut, "Mama.. mama.."

Then Hubs tanye, "Mama syape tue?"

And, he replied, "Mama Dishhhh (DIF)!"

Wooooooowweeee! Anak mak dah pandai sebut nama sendirik.. Tak kalu, dia tunjuk diri sendiri ngan jari jek.. :D

And, rite now he request nak tgk kuda kat facebook.. Boley? :P







P/s: Lama tak tepek gambo anak2 bertuah mak kan.. :D

Wednesday, January 6, 2010

Hari yang mencabar

adalah hari di mana aku terpaksa mengadap isu yg aku sendiri tak tau macam mana nak resolve.. :D

To be exact, hari dimana server atau modul di bawah jagaan aku buat hal tak pasal2.. Pastu dan2 tu jugak laa banyak user yg query..

Dan, hari ini adalah antara hari itu. Phew!

Tak suka! Tak suka! /omg

Taaaaapi, ada baiknya jugak.. Drp aku tak tau nak buat ape, slowly aku akan tau jugak mcm mana nak handle situasi2 yg mencabar tue.. :D Ye laa.. Takkan mak nak tenung je skrin tue kan.. Klu dgn tenungan manja tu boleh resolved issue takpe gak kan.. :P

Harini, Kaizen buat hal. Scheduled task tak running seperti yg dijadualkan. Maka, attendance user tak masuk sejak ptg 4hb aritu. Dah laa user kena print out attendance diorang seblm 7hb. Harini berapa haribulan kawan2? Haaa.. Berpeluh gak laa nak upload balik attendance user yg effected.. Padan muka aku!

/sweat

Bila dah separuh jalan upload utk satu2 user, mata mulalah pening lalat.. Instead of undo for selected staff, aku terundo for all staff. Haaamikk ko, satu lagi bala menimpa.. Padan muka! Senior aku pon cuak sebab dah ramai user query attendance diorang utk Dec 2009 HILANG! Gone with the wind!! Bak kata Iszan K.A.P.U.F.F.F.F!

/no

Alhamdulillah, berkat ketekunan aku :P akhirnya dpt gak upload balik semua attendance user. And, slowly pending issue aku jadi 0. Klu tak kompem mak kena tido kat opis malam ni.. :D

Mak sukak! Mak sukak! /nobigdeal

Awal2 dulu (ceh, mcm dah bertahun je aku keje sini kan.. :P), Centraxs and Dtraxs server selalu buat hal. Dah ler senior mak cuti bersalin masatu.. Nak tak nak kena juga call dia utk bertanya mana yg patut. Dan sekarang ni, klu ada isu Centraxs atau Dtraxs, pejam mata je mak settle.. :P

Lepas ni, aku kena fokus utk Speedminer pulok. Ada satu issue yg pending terlalu lama, sejak vendor lama lagi.. Hopefully, dapatlah aku resolve secepat mungkin..

Wish me luck! :)




Friday, January 1, 2010

010110

Cantek je no tu kan.. Ala2 binary code gitu.. \wahaha



..SELAMAT.TAHUN.BARU..


Korang sambut kat mane semlm? Dasar kepochi :D

Well, semlm kami anak beranak tak kemana2 selain makan malam di Senibong. Lepas Maghrib, kami bergerak bertiga-tiga ke SMART utk amik si adik. Yer, BS Hadif iaitu Kak Sue sudah bawak itu budak tecik pegi SMART. Kebetulan dia pon nak berbelanja Y.E.S. di SMART. So, tak perlulah kami jauh2 ke Kg Melayu..

Lepas amik si kecik tu, kami beli barang anak2 sket dan tak dilupakan juga utk beli air kegemaran.. Actually, Hubby yg dok perangat peringatkan aku ngan Dhea.. Maklum laa, kami berdua mmg hantu coolblog.. :P

Then Hubby start pusing2 keliling cari tempat makan sebab awal2 aku dah habaq malas nak masak.. :D Pusing punya pusing, tak pasal2 sampai ke Senibong.. Apekah?! :P Mmg kami takde plan pon nak ke sana. Sampai sana, harus laa tuju ke kedai makan kawan Hubby. Tapi, sekali lagi hampa. Drp intebiu info yg kami dpt drp peniaga sebelah menyebelah, kawan Hubby tu dah tak meniaga situ dah rupenyerr.. Maka, dgn berat langkah kami patah balik ke Restoran Nasi Lemak Antarabangsa yg glamer kat Senibong tu..

Sesampainya kami di situ (pergh ayattttt! :P), aku ditegur oleh seorang rakan sekerja.. Hallmark Hallamak, kantoi kantoi!! :D

Kami order nasik lemak + ayam goreng sorang sepinggang sepinggan plus 1 hidangan lala sambal. Klu korang nak tau, lately aku suka betul makan lala sambal. Tak tau laa apsal. Pembawakan budak gamaknyer.. :P Siapler rambut anak aku kali ni berpintal-pintal.. :P Tp, lala sambal yg kat Senibong semlm tu kurang 'kick' laa.. Sedap lagi yg kat Pasar Borong Pandan tu hah.. Yg pasti sambal tumis ikan bilis dia mmg TERBAIK dari ladang arh! Rasanya sebab tu laa kot ramai pengunjung.. Sebab, klu ikutkan lauk yg lain2 tue lebih kurang sama je mcm Nasi Lemak AP favourite aku ngan Hubby.. :D

Lepas makan, kami terussssssss balik rumah sebab budak2 pon dah start crancky. Surprisingly, Dhea makan nasi lemak dengan berselera sekali. Maybe sebab sambal tu jugak kot sebab sambal tu tak berapa pedas pon. Takpe kakak, nanti Mama cuba buat sambal terbaik camtu ek.. Ngee.. :D

Kat rumah, mcm biasa laa.. Berperang utk tidokan budak2 ni sebelum kami dpt tido dgn aman itupon setelah selesai segala urusan mengharvest tanaman dan ternakan.. :P Dhea sempat jugak laa layan bunga api drp celah gril tingkap bilik tido kami sebelum dia tertido bersama botol susunya yg dah kosong.. Hadif tak sempat sebab dah selamat berlayar dilautan sepi lebih awal..

So, again, I'm wishing y'all HAPPY NEW YEAR 2010!!





P/s: Sebenarnye nak citer pasal azam baru.. Hihihi.. Lenkali je ler.. :P