Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 18, 2008

Februari (cont... AGAIN!)

Hehe... Jgn mare ye kengkawan sekelian... Aku berjanji & bertekad akan cuba habiskan cerita ni dlm post kali nih...

Ok.. Kat mane nak sambung eh...

Erm, dipendekkan cerita pd 7hb jam 9.30 pagi camtu Hubby dah masuk dlm bilik OT. Memula aku ingat nak tunggu laa kan. Tp Dr. kat situ bgtau operation ni akan amik masa at least sejam setgh. So, pikir punya pikir aku pon cancel niat nak menunggu tu & terus je turun ke parking lot.

Bila dah balik rumah tu sure mcm² benda nak dibuat kan. First n foremost, peluk ciom anak kesayangan aku, Dhea! Pastu Dhea pon merengek ler mintak nenen. Then sambung pulak kemas bilik, basuh baju, masak bubur nasi utk Hubby, etc... Sedar tak sedar dah kul 1 lebih dah. Sempat ler aku lunch kt umah seblom balik semula ke HSI. Lagipon mak aku dah masakkan siap² dah.. Mekasihhh Mak!! Dhea, terpaksa laa aku tinggalkan kat umah. Dgn kelasakan Dhea masatu, aku rasa aku tak larat nak handle masa kat spital nanti. Klu ikutkan, Hubby mmg soh bwk anak dia tu sbb Hubby pon dah rindu sgt kat Dhea. So, aku pesan kat abg aku if diorang dtg HSI ptg nanti TOLONG ler bwk Dhea skali..

Sampai kat HSI, Hubby dah ada kat wad. Adik ipar aku pon ada sama. Masatu Hubby tgh mamai lagi, baru jugak laa kuar drp OT. Lepas 30 min camtu, adik ipar aku balik. Tinggal laa aku berdua dgn Hubby.. Lepas operation tu, Hubby kena stay beberapa hari lagi kat HSI..

Lebih kurang jam 10 pagi 9hb, Hubby kena pindah wad pulak. Still wad Kelas 2, tp bilik sebelah sbb kat bilik tu ada patient baru yg ada sakit berjangkit. Utk mengelakkan sebarang jangkitan, terpaksa laa diorang pindahkan Hubby. Masatu aku takde, balik rumah mcm biasa laa kan. Hubby call bgtau yg dia dah pindah bilik sebelah.

Tghari tu Hubby bgtau aku yg dia dah bole balik esok lepas belajar jln pkai tongkat. Maknenye, kena laa beli tongkat segera. Selagi tak belajar pkai tongkat, selagi tu laa tak bole balik. Kelam kabut laa aku turun kat Kedai Sihat (kat lobi HSI) tu nak beli tongkat. Tp hampeh... sbb kedai tu tutup. Aku pon call adik aku minta tlg carikan tongkat kat farmasi. Dipendekkan cerita, mlm tu dlm kul 10 baru dpt tongkat. Itupon beli 2nd hand kat Guardian Pharmacy. Time ni laa tongkat takde stok. Bkn satu dua farmasi adik aku round..

Cehhh....mlm tu jugak laa Hubby aku dgn semangatnya nak belajar pkai tongkat. Aku pulak dgn was-wasnya standby kat sebelah Hubby, mana laa tau kan... Hubby pon cuba laa jln gi toilet sendiri dgn bertongkat. Pegi tu ok lg... skali bila nak balik ke katil, aku tgk muka Hubby dah pucat lesi, tgn dia sejuk mcm nak pitam. Aku pon cecepat papah dia & dudukkan kat kerusi sebelah katil. Klu aku lambat sikit mmg tumbang ler Hubby aku tuh.. Dr. bertugas plak bising kat Hubby sbb belajar bertongkat memlm. Misi dah laa tak ramai, kebetulan plak ada 2 pesakit kat bilik yg sama tgh bermasalah. Mane ler Dr. tu tak pening... Hahaha.. Lepas tu, Hubby pon baring aje laa mcm biasa..

Tghari 10hb tu, Hubby dah bole berjln dgn bertongkat. Alhamdulillah... Ptg tu lepas Dr. bertugas dtg check-up sume, Hubby dibenarkan balik. Yaaahhhooooooooooo!! Ceria je muka Hubby. Kebetulan tghari tu aku dtg spital dgn Dhea. Adik ipar aku pon dtg ngan awek dia. So, dia laa yg tlg settle bil kat konter bwh, tlg sorong Hubby dlm wheel chair sampai ke dlm keta. Aku pulak sibuk pimpin tgn Dhea yg happy dpt jenjln kat spital.. ;P

Ptg dlm kul 6ptg, PIL aku pulak sampai drp Teluk Intan, Perak. Diorang menginap semlm je kat rumah mak aku. Esok pgnya kul 9 dah naik bas semula balik ke kampung. Wlpon setakat semlm, aku tgk muka Hubby ceria je sepanjang mak ayah dia kat umah tu. Tp yg tak bestnya bila Hubby bgtau aku sesuatu.... MIL ajak Hubby dok kg sepanjang cuti 2bln. "Biar mak jaga"

Kecik hati aku masa Hubby bgtau. 3-4 hari jugak laa aku masam muka dgn Hubby. Senyap je, tak byk ckp.. Sampai Hubby tegur & minta maaf bg pihak mak dia. Kenapa ntah kali ni aku terasa sgt sgttt..

Tp skrg dah ok. Dah sebulan lebih Hubby dok umah. Hubby dpt mc sampai 10hb April nanti. Dah bole bwk keta dah pon... Hehehehe...

Pheww!!! Akhirnya, tamat juga kisah Hubby aku nih....

Happy reading my fwens... ;)

2 comments:

Anonymous said...

sya..
alhamdulilah...happy ending! hehehe

Rizza said...

sya.... mimilola wat cerpen pendek..ko wat novel lak ye..hehhhe

dasat kawan2 aku ni...hehhhe