Semlm birthday my dearest Hubby.. Actually, aku pon hampir terlupa tarikh tuh. So, takde laa present. Hehe.. Mlmnya aku blanja Hubby dinner kt Senibong. I'll let him choose the menu, since haritu pon birthday dia kan... Makan laa kami 3 beranak dgn gumbiranya. Yg spoilnya, makanan kat ctu "kureng" sket laa. Hahaha....padan muka kitorang. Apepon kitorang bedal jugak sampai licin pinggan. Especially dhea.. Tp nasik byk tumpah atas baju, tak sempat masuk mulut pon. Maklum laa, budak kecik ni baru nak belajar mkn sendiri. Hahahaha...
Dear Abg,
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Abggggggg....
Happy birthday to youuuuuuu....
Semoga Abg sentiasa dlm lindungan-Nya. Thanks for everything.. Luv u bebehhh!
~mama~
**mak tak gheti ler nak tulih ape lagi nihhhh.... I'm clueless.. ecehwahhh! ;P
Sunday, October 28, 2007
Happy Birthday to Hubby...
Wednesday, October 24, 2007
Pindah ke?!
Aku rasa nak tulis blog.. Tp tatau nak tulis ttg ape. Erm....byk yg aku fikirkan sejak preggy nih. Especially cmane nak kumpul RM yg baaaaaaaaanyak. Hahaha... $)
Beberapa hari lepas aku ada laa suarakan hasrat hati utk ikut Hubby dok Kluang. Dah 2 thn lebih kami dok berjauhan. Sorang sana, sorang sini. BOSAN! Wlpon aku dok umah mak sendiri. Since abg aku & SIL pon cadang nak menetap di JB, takde laa parents aku terasa sgt kot dgn ketiadaan aku kat umah tu. Ade laa jugak peneman diorang nanti..
Aku kesian kat Hubby.. Pg lepas Subuh dah siap nak bertolak gi kem. Naik MOTOR laa kan sbb keta aku yg guna. Balik blom tentu jam berapa baru sampai rumah. Klu hujan lambat laa sampai umah, kdg tu tak balik pon. Byk kali jugak Hubby sampai umah tghmlm sbb hujan lebat kat tgh jln. Terpaksa laa dia stop kt mana² R&R ataupon berteduh bwh jejantas. Penah jugak Hubby bgtau dia jatuh moto pepagi masa nak gi keje sbb hari hujan. Skrg ni pon cuaca tgh tak menentu. Setiap hari aku risau ttg keselamatan Hubby. Dhea pun skrg ni hari-hari cari ayah dia. Tu yg kdg Hubby pon tak sampai hati tak balik umah...
Berbalik pada plan aku utk duduk Kluang. Kitorang dah bincang hal ni beberapa kali jugak laa (sejak aku suarakan hasrat hatikuss itu). Byk perkara nak kena timbang-timbangkan. Byk jugak yg perlu disediakan. Of course ler perlukan RM yg lebih kan....
Klu aku nak dok Kluang, tentulah aku kena cari keje lain. Gajinya pon tentu kurang drp kat JB ni kan. Aku tak kisah berdikit-dikit. Asalkan dpt tampung sedikit perbelanjaan kami sekeluarga. Mana tau rezki itu lebih berkat.. Pastu kitorang kena cari umah sewa yg paling murah (ikut pd kemampuan ler) & sesuai utk org yg dah berkeluarga. Environment pon kena laa sesuai utk anak² kami jugak. Hubby kata umah sewa kat Kluang mmg murah klu nak banding ngan JB. Nak kena cari babysitter baru utk dhea & bakal adik dhea. Nak kena sediakan perkakas rumah. Yg ni bole buat sesikit. Beli yg perlu dlu, then bole le tambah dr semasa ke semasa... kan...
Aik...cam senang jek nak pindah.. Hahaha... Saje je nak senangkan hati sendiri.
Klu takde aral melintang, cadangnya lepas bersalin nanti ler kami pindah. Hehe...lambat lagi tuh nak tunggu bln April 2008. Sempat ler kot buat persediaan tu sume. Insyaallah... Apapon, kami hanya mampu merancang & berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Selebihnya, hanya pd Allah swt kami berserah... Amin...
Monday, October 22, 2007
Info ringkas
**sedikit info utk aku...
This is obtained from the website of UNICEF at http://www.unicef.org/sowc98/slight2.htm
- From Protecting, Promoting and Supporting Breastfeeding: The special role of maternity services; A Joint WHO/UNICEF Statement (WHO, 1989) and ‘The Global Criteria for the WHO/UNICEF Baby-Friendly Hospital Initiative’ (UNICEF, 1992)
Ten steps to successful breastfeeding
Every facility providing maternity services and care for newborn infants should:
1. Have a written breastfeeding policy that is routinely communicated to all health care staff.
2. Train all health care staff in skills necessary to implement this policy.
3. Inform all pregnant women about the benefits and management of breastfeeding.
4. Help mothers initiate breastfeeding within a half-hour of birth.
5. Show mothers how to breastfeed and how to maintain lactation even if they should be separated from their infants.
6. Give newborn infants no food or drink other than breastmilk, unless medically indicated.
7. Practise rooming-in - allow mothers and infants to remain together — 24 hours a day.
8. Encourage breastfeeding on demand.
9. Give no artificial teats or pacifiers (also called dummies or soothers) to breastfeeding infants.
10. Foster the establishment of breastfeeding support groups and refer mothers to them on discharge from the hospital or clinic.
In addition, facilities should refuse to accept free and low-cost supplies of breastmilk substitutes, feeding bottles and teats.
source: http://www.mymomsbest.com/
Ceritera Raya 2007
Salam Syawal utk semua...
Pg ni aku sempat jelajah blog member² & rata-rata citer terbaru dorang pasal raya. Musti laa, kan skrg ni pon masih lagi bln Syawal.. So, aku pon terpanggil laa jugak utk bercerita ttg RAYA... Ecehwahhh!
Raya thn ni kami sekeluarga (bertiga jek!) balik kg Hubby kat Teluk Intan, Perak. Klu ikut turn semmgnya thn ni turn AKU. Tp sbbkan thn lepas Abg aku tgh sibuk nak kawen, maka Hubby aku rela korbankan turn dia. So, thn ni mmg tak bole nak kata ape laa.. Dhea pon cam excited je. Bila tanya balik kg kt mana, dhea jwb..."kg ayah". Hee...Aku tak kisah sgt beraya kat mana, asalkan masatu aku disisi suami & anak tersayang. Tp seblom tu dah deal dgn Hubby, dia kena tlg aku handle dhea kt kg nanti. Dgn keadaan aku yg sakit blkg ni mmg aku tak larat nak jaga dhea sensorang.. Nasib baik Hubby faham.... :D
Ikut plan asal, sepatutnya kami bertolak 11hb hari Khamis tghmlm. Kenapa tghmlm? Hahaha...sbbnya time tu anak kesayangan aku yg sorang tu dah nyenyak tido & aku pon takde ler sesak sgt nak menjaga dhea sepjg perjlnan tuh. Dhea ni tatau laa nak kata ape, dlm keta pon dia bole melasak mcm laa keta aku tu luas sgt.. Tp kitorang tak jadi pon ikut plan asal, sbbnya keta tak sempat servis. Tanak aku balik kg jejauh ngan keta tak berservis ni. MERBAHAYA! Hubby plak start cuti Jumaat, itupon Khamis aku soh jugak dia amik cuti. Hahaha.. So, kitorang balik Jumaat ptg. Aku kt dlm keta mmg jadik tarzan aje laa dok bebelkan dhea yg tak reti dok diam. Lepas maghrib camtu baru laa dhea tido. Jumaat tu kami berbuka di Petronas je, beli air ngan gula². Hubby tanak mkn sbb kesiankan si kecik tu dah merengek nak tido. Kami berhenti mkn skali je kat R&R Ayer Keroh. Haa, masatu mmg kena kejutkan si kecik tu laa. Takkan nak biar tido sensorang dlm keta pulak kan..
Kitorang sampai Teluk Intan lebih kurang kul 1.30pg. MIL mmg dah standby tempat utk kitorang tido. Buka je pintu umah, berderet anak sdara Hubby tgh terbongkang tido. Hehehe...kt kg mmg mcm ni ler. Sume tido kt hall jek. Bentang toto terus zzzzZzzz... Takde sape laa nak tido kat bilik. Memandangkan sume dah tido, kitorang pon tido laa jugak. Takde nak sembang² lg dah. MIL pon tanya ala kadar jek sbb tau kitorang penat. Hubby aku letak je kepala atas bantal terus tido. Dhea plak lepas mkn kat Ayer Keroh terus sambung tido balik..
Alkisahnya, keluarga Hubby mmg besar. 11 org adik-beradik. Itu tak termasuk yg dah "takde", 3 org. Hubby anak ke 9. Besarkan..?! Kebetulan thn ni sume adik beradik Hubby yg dok jejauh balik beraya kt ctu. Sorang je yg tak dpt balik thn ni. Pg raya tu mcm biasa laa, bersalam-salaman. Aku pon sebak² juga salam tgn Hubby pg raya tu. Maklum la, kebelakangan ni kami selalu sgt bergaduh.. Lepas bersalaman tu kami beramai-ramai gerak ke rumah sedara mara Hubby. Rumah pertama kami pergi mesti laa rumah nenek Hubby. Lepas tu baru ler rumah yg lain-lain. Balik beraya sume dah penat. Apalagi....masing² carik port sesuaiiii & tidoOo.. Hahaha..
Hari kedua kami beraya jauh sket. Pg² kul 8 sume dah siap sarapan. Haritu destinasi pertama kami ialah ke Kg Selabak. 2 keta penuh, itupon ade yg terpaksa kena tinggal kat umah. Kt Kg Selabak, kami beraya rumah makcik Hubby belah MIL. Makcik Hubby tu baru lepas operate kanser (tak ingat plak kanser ape..). Sempat laa jugak kami mkn ketupat rendang kat Selabak tu. Then terus bertolak ke Sabak Bernam pulak, beraya ke rumah adik beradik FIL. Jauh jugak laa nak ke sana. Tp takpe, raya kan sethn skali. Tak lama lepas kami sampai kat rumah Tuak (Abg Long FIL), adik beradik FIL yg lain pulak sampai dr Tanjung Karang. Perghhh...penuh rumah. Masatu laa Hubby baru kenal ngan sepupu² dia. Ingatkan lepas tu nak balik dah, skali adik bongsu FIL yg dr Tg. Karang ajak plak kami beraya umah sorang lagi adik FIL & lepas tu ajak singgah pulak umah dia kt Tg. Karang. Kami ON aje laa sbb abah (FIL) pon dah berthn tak jenguk adik beradik dia. Harapkan adik beradik dia je laa dtg rumah..
Masa kt Tg. Karang tu terkezut aku tgk umah adik bongsu abah. BESAR gilerr.. Hall dia bole buat 2 court badminton. Lepas tumpang solat sume, kami dijemput mkn. Masing² apelagi laa kan.. Perut pon tgh laparr.. Hahaha.. Ptg tu jln jemm giler babas kt Hutan Melintang.. Sian Hubby.. Dah laa jauh, jemm pulak tuh. Kata Ayong, kt area ctu mmg tiap thn jemm. Nak tanak terpaksa laa redah jugak. Nak masuk highway, jauh pulak nak pusing. Drp kul 4.30ptg, kul 8.30mlm tu baru kitorang sampai umah. So, mlm tu masing² tido awal. Raya ke-3, masing² lepak kat umah je tunggu org dtg. Hubby pon tido jek sepjg hari. Penat semlm tak hilang lagik katanya. Raya ke-4 baru kitorang bertolak balik JB. Itupon tak ikut plan asal. Sepatutnya mlm raya ke-3 tu dah bertolak dah. Tp ditunda ke hari esoknya atas sbb² yg tak dpt dielakkan... Balik tu keta penuh sbb adik Hubby yg berdua tu tumpang balik sama. Diorang ni mmg keje kat JB, tp tak duduk dgn kami. Masing² menyewa sendiri...
Pheww!! Penat beraya kan....tp seronot.... Masa pg 1 Syawal tu ntah kenapa tetiba aku sebak terkenangkan family di JB. Sampaikan bila Hubby soh aku call mak, aku tak sanggup. Takut aku nangis tak hingat plak kat ctu, buat malu je.. Apepon thanks to Hubby aku. Lepas balik drp Perak, ckp je nak beraya ke mana Hubby aku sanggup pegi.. Hahaha.. Thanks Abg...
Kt kg, aku cuma tlg sesikit jek. Itupn tlg Angah prepare bahan nak masak & cuci² pinggan jek. Klu ade tetamu, tlg la sesikit buat air ke hape yg patut. Diorang tau aku peknen lagi. Tp klu kt kg, mmg Angah yg selalu masak. Lagipon anak-anak Angah ni ade sikit cerewet la bab makan ni. Tu yg Angah kena laa jugak turun dapo. Hehehe..
DHEA cmane pulak..?! Well, aku tak penat sgt pon jaga dhea masa kt kg. Masa memula jek, pagi raya tuh dhea cam blurr gitu. Ye laa, mana nak kenal ngan sepupu² dia kt kg tuh. Tp masuk tghari dhea dah bole dah mix around ngan cousin² dia. Anak² sdara Hubby pulak mmg suka melayan kerenah dhea nih.. Tu yg menjadi-jadi pe'el dhea kt kg. Lasak tak hingat.. Lantak laa, dhea pon baru 2 kali balik kg. Time nak tido/nenen jek dhea carik aku. Masatu baru laa dgr dhea sebut "mama mama..nyennyenn..". Selebihnya sibuk ler main... Main laa nak.. Mama tak kisah...
Uih...syok bercerita sampai tak sedar citer aku dah pjg berjela.. Hahaha.. Apepon aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA" utk semua... Gembira di haaari rayaaa... :D
Thursday, October 4, 2007
Tatau nak letak tajuk ape nih weih...!
Diam tak diam dah masuk 22 Ramadhan 1428.. Lamanya aku tak tulih blog. Bln lepas aku mmg sibuk. Penat pon iye nih..
Puasa kali ni mmg sgt² menguji kesabaran aku. Ditambah dgn sakit belakang aku yg di sbbkan "pembawakan budak".. Kata mak aku laa.. Aku pon suspek camtu gak, sbbnya ntah berapa kali aku gi wat check-up, Dr. tetap kata takde masalah. Hmm..
Ni nak citer sket laa.. Masa aku peknenkan dhea 2thn lepas pon bulan puasa jugak. Masatu klu tak silap aku kandungan baru 2bln. Sama laa mcm kali ni. Minggu pertama berpuasa aku ok lagi. Then masuk minggu ke-2, dah menunjukkan tanda² morning sickness yg bole tahan teruk gak ler pd aku. Since itu pengalaman pertama mengandung kan... Masa minggu ke-2 Ramadhan, aku penah masuk wad sbb tekanan darah rendah & kurang air dlm bdn. Pg tu aku gi laa klinik berhampiran tempat keje aku sbb aku rasa tak sedap bdn pg tu. Bila aku sampai kat klinik tu, punya laa ramai pesakit tgh tunggu giliran. Nak tak nak aku tunggu aje laa. Dari pukul 10pg sampai laa ke 1.30ptg, baru laa tiba turn aku. Masatu aku pon mcm dah malas nak tunggu, tp kepala aku pulak dah pening lalat mcm nak pitam. Then bila aku masuk bilik Dr., Dr. tu terus je check tekanan darah aku sbb nampak muka aku dah pucat sakan kots. Itu jam jugak Dr. cakap aku kena tahan sbb dia nak masukkan air. Bla bla bla.....
Seblom nurse tu cucuk tgn aku nak masukkan air, aku ade minta nurse tu tlg call kan ofis aku & inform pd ofismate. Sure diorang pon pelik apsal aku tak balik² ofis lagik kan.. Tak lama lepas tu, sorang ofismate aku dtg ziarah aku kat klinik. Hahaha, masatu apsal ntah tetiba jek air mata aku bergenang. Ofismate aku perasan gak laa perubahan muka aku masatu & kitorang siap gelak² lagi.. Ye laa, syahdu tetiba jek masatu.. Hahaha.. Lepas peristiwa tu Dr. sarankan aku supaya jgn berpuasa buat sementara waktu..
Pregnancy kali ke-2 ni sgt² berbeza. Yg sama cuma tekanan darah aku rendah jugak & kali ni glukos dlm darah sgt² rendah. Min 3.5, tp aku punya 1.7. Rendah giler kan...? Aku rasa during previous pregnancy aku lebih independent. Hubby pon selalu eksais masuk hutan. Masatu aku siap bole naik tangga jejantas dari mula pregnant sampai laa dah nak dekat² bersalin. Hari² lepas balik keje aku ikut mak ayah aku belanja kat pasar borong. Takde sakit² belakang nih, cuma morning sickness biasa jek. Itu pon lepas kandungan masuk 4bln dah ok dah.. Tp skrg ni, nak naik tangga kat rumah aku tu pon dah mengah². Apetah lagi nak soh aku naik tangga jejantas yg sama... Huhu..
Last week aku cuti seminggu. Sbbnya...hahaha... bdn tak larat, lembek abis. Bos aku pon dah tak bole nak ckp ape dah. Morning sickness aku mcm biasa. Yg tak tahannya sakit belakang. Kata sesetgh kawan aku yg ada pengalaman yg lebih kurang sama, baby aku mungkin lelaki. Hmm.. aku tak kisah lelaki ke pompuan. Asalkan baby aku sihat walafiat & sempurna sifatnya. Puasa thn ni aku tak byk ponteng. Aku cuba kuatkan semangat utk berpuasa. Cumanya, since aku alami problem yg sama mcm masa aku ngandungkan dhea aku tak bole laa paksa diri sgt.... Apapon selamat berpuasa semua.. Semoga aku tabah melalui detik² ini.... ;)