Assalamualaikum & hi to everybody.... ;)
Finally I'm back to work.. Actually dah 2 minggu aku start keje. Tp tak berkesempatan nak update blog. Maklum laa keje menimbun & aku pon bz layan forum dan blog kegemaran kuss... Esp blog kengkawan siber.. Hehe..
Nampaknyer byk juga aku nak update.. Seblom tu, korang perasan tak sedikit kelainan kat blog aku?? Hehe.. Yeaaahhaa, akhirnya aku berjaya juga tukar background blog aku nih. Hahahaha.. Itupon lepas percubaan yg ntah ke berapa kali. Nasib baik aku ade save template seblom ni. Panik jugak memula bila sume "benda" dlm blog haku tetiba hilang. Gabra sekejap. Nama je budak IT, tp tetap jugak buta IT. Gitu laa klu ape yg kita belajar kita tak apply dlm kehidupan seharian. Sekejap bole luput dr ingatan....
Utk permulaan, aku nak war-warkan laa kat blog aku nih.. Walaupon ade yg dah tau.. Aku dah selamat melahirkan seorang baby boy pada 14hb April 2008. Haha.. Dah nak masuk 2 bln setgh dah pon baby aku tuh ;P
14hb April 2008...
2.30 pg :-
Aku terbangun dr tido. Knape? Aku mimpi aku dah nak bersalin. Rasa mcm air ketuban aku pecah. Tp bila raba-raba kat tilam, kering jek. Hahaha.. Maklum ler, dah lewat 2 hari dah. Tu yg sampai termimpi-mimpi. So, aku bangun jugak laa memandangkan mata dah terbukak besar. Gi toilet jap nak make sure everything ok.. Hee ;P
3.30 pg :-
Aku terbangun lg. Ape pulak kali nih?? Mimpi jugak. Mimpi air ketuban pecah lagi. Raba balik tilam. Erkk.. Ape benda yg basah nih?? Aku k**c**g ke?? Tak puashati nih. Minta tlg dear hubby switch on lampu. Belek punya belek, mcm air. Aku pon gi laa toilet nak check. Tgk kat pad aku mmg dah byk lendir. Erkk... Air ketuban ke nih?? Alamak.... Panik panik..
Aku turun ke tingkat bwh. Rupanye abg aku tak tido lagi. Dok terpacak depan tv tgk bola. Maka kecoh laa satu rumah di pagi yg hening itu. Ekeke.. Barang sume mmg dah standby dlm keta. So, itu jam jugak laa Hubby drive aku gi HSI. Hospital paling dekat dgn rumah aku. Tak sampai pon 10 minit, kitorang dah terpacak depan pintu emergency. Aku, Hubby & mak aku diarah ke bilik saringan. Lepas daftar masuk, aku diarah masuk ke bilik saringan sorang². Yg lain sila tunggu di luar.. Haha.. Mcm biasa laa prosedur seblm bersalin kan. Dr. bertugas check bukaan rahim. Alahai, baru bukak 3cm. Mild contraction, 10 minit skali. Jwbnyer, kena tahan wad laa aku pg tuh. Lepas angkut barang masuk wad, Hubby & mak aku balik.
7.30 pg :-
Aku bangun awal sket sbb takleh tido. Decide gi mandi laa. Mana tau kena masuk labour room awal ke, masam plak bau. Ekeke.. Mandi pon takut-takut jugak sbb contraction tu makin sakit. Lepas mandi, bekfas dah tersedia. Lepas bekfas, dlm kul 8.30 Doktor Pakar dtg melawat wad. Ntah ape diorang diskus ntah. Yg aku ingat, lepas tu sibuk laa nurse pasang alat CTG keliling pewot aku..
10 minit skali nurse dtg check report CTG. Alamak, sleeping pattern laa pulak!! Aiyoo, anak awak tido nih. So, nurse goncang-goncang sket kiri kanan pewot aku. Kunun nak kejut baby, biar aktif, rahim pon cepat bukak.. ;P
9.30 pg :-
Nurse dtg check report CTG lagi. Hmm... Sama jugak. Tp air ketuban aku non-stop keluar. Aku cam dgr Dr. Pakar ckp ade leaking? Nampaknyer nak kena sorong gi labour room jugak nih. Seblom tu Dr. check bukaan rahim skali lagi. Rahim dah bukak 5cm (stretchable to 6cm).
Memula masuk labour room cam kagum gitu. Hospital baru laa katakan. Bilik bersalin pon sorang satu skrg nih. Facilities nampaknye ok laa.. Aku dok dlm Bilik 11. Sementara tunggu "waktu yg ditunggu-tunggu" aku di lilit lagi dgn alat CTG. 5-10 minit skali Dr. dtg tgk report. Aku plak semakin berdebar. Tuhan saja yg tau perasaan aku masatu. Cuba juga ingat balik mcm mana rasanya sakit nak bersalinkan Dhea dulu. Tp tak ingat!! Hahaha...
Kali ni lama jugak nak tunggu rahim btol-btol bukak 10cm. Drp kul 10 pg sampai laa tghari dah mcm-mcm cara nak kurangkan rasa sakit. Siap amik gas lagi. Nurse pon dah mula bising bila aku dok jerit tahan sakit contraction. Huhu...
12.52 tghari :-
Dipendekkan cerita, selepas penat bertarung akhirnya aku selamat melahirkan seorang baby boy yg comel.. Aku bknnyer nampak sgt pon masatu, tak pakai spek mata. Yg aku ingat, baby kuar je nurse kelam kabut bersihkan. Pastu tunjuk jantina kat aku. Tak sampai 5 minit baby dah ada atas dada aku. Hampir menitis airmata aku bila tgk cahaya mata yg aku kandung 9bln 10hari, akhirnya berada dlm dakapan aku... Hilang segalak kesakitan yg aku tanggung sepanjang proses kelahiran ini...
Aku bersyukur pada Mu Ya Allah atas kurniaan Mu yg tak ternilai ini....
Lepas 2 minggu, Hubby pegi apply surat beranak.. Maka, telah rasmilah nama baby boy aku "Muhammad Hadif Irfan". Fuhhhh!! Panjang berjela nama anak aku. Ekeke.. Kat rumah kami panggil Hadif, tp kat taska Hadif dipanggil Irfan...
Sekian, utk hari ini.... Ekekeke ;P
Tuesday, July 1, 2008
I'm BACK!
Subscribe to:
Posts (Atom)