Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 28, 2008

Februari

Assalamualaikum...

Makk oii.... Semak samun blog haku! Dah lama tak menebas.. ;P

Direct to the story jek laa eh.. Gini.. 5hb Feb lepas Hubby aku eksiden! Yeee... ptg time org sibuk balik keje. Aku dpt call drp sorang drebar teksi, mengatakan Hubby aku eksiden kat area Bukit Besar & dia tgh on da way hantar Hubby aku ke Hospital Kulai. WHAT??? Ape lg, kalut ler mak.. Kebetulan tgh pack barang nak balik umah. Aku nak shut down pc pon gegel, sampaikan member aku tolak aku soh terus balik. Pc tu biar dia yg "handle".. Pc ni pon, itu jam laa nak hang bagai....

So, dgn tak tau kat mana letaknya Hospital Kulai tu aku ngan sorang ofismate drive ler ke sana. Ptg tu mmg tak bole nak speed langsung sbbnya jln jem giler. Member aku kata hari² mmg camtu kt area ctu.. Yg klakonya, kitorang bole sesat sampai ke Sengkang. Sib baik member aku tu ade makcik yg tau jln ke Hospital Kulai. Lepas calling², akhirnya sampai jugak aku kat spital tuh.

Aku park keta asal bole, janji tak ganggu laluan emergency. Then terus terjah emergency room, tanya kat konter depan. Depa bg aku masuk tgk Hubby aku yg tgh terbaring mamai² gitu sbb menurut drebar teksi td tu Hubby aku terus pengsan lepas eksiden. Aku plak mcm takde perasaan bila tgk keadaan Hubby aku. Nampak laa dagu terbelah, kat mulut berdarah, lengan pon darah², suar keje sebelah dorang dah sinsing dah.. Nak nangis ke?? Tp hati aku mcm beku plak! Aku nak watpe eh?? Itu je laa yg sempat aku fikir dlm kepala hotak aku yg tgh blurr masa tuh..

Tak lama tu ade nurse tegur aku soh angkut brg² personal Hubby aku & sila tunggu di luar. Depa nak cuci & jahit luka Hubby aku. So, keluarlah aku menggendong backpack Hubby yg berat tak hingat tuh. Seblom keluar tu sempat la genggam tgn Hubby, nampak laa riak muka Hubby yg tgh menahan kesakitan. Kat luar, masa tgh menunggu, aku sempat lg tgk citer Sindarela Ep. 1. Hahaha... Tergelak-gelak jugak laa aku ngan member melayan tv. Mcm takde pape jek kan.. Bule gitu??

Pastu dtg 2 org pegawai atasan Hubby drp kem tempat Hubby bertugas. So, aku pon gi laa bg statement ape yg aku tau. Ekceli aku tak tau "detail" eksiden tu pon. Tau laa sesikit, itupon drp sorang makcik ni yg ngaku jiran kpd pakcik yg eksiden skali ngan laki aku. Drebar teksi yg hantar Hubby ke hospital pon aku tak dpt jumpa.. Tak dpt aku nak ucapkan ape yg patut...

Gedebak gedebuk..... Kul 9.30 mlm camtu baru laa selesai urusan jahit-menjahit segala luka-luka kat badan Hubby aku. Masa tu Hubby dah sedar dah. Aku tgk dagu berjahit, bahu berjahit, luka-luka kat lengan akibat terkena serpihan kaca ade yg berjahit jugak. DAN yg paling teruk sekali, tulang peha Hubby patahh!! Depa dah alas dgn besi & balut. Seriauu plak aku nengoknyer.. Itu jam baru laaa sedey aku dtg... Tp control beb.. Takkan nak meraung depan member plakk kan. Sogan eahhh!

Jam dah kul 10mlm. So, aku ajak member aku balik dulu.. Kesian pulak dia temankan aku dr ptg.. Aku turunkan dia kat satu tempat memandangkan pakwe dia dah tunggu kat situ. Aku pon terus drive sensorang balik rumah. On da way tu, bapak aku plak call tanya berita. Mula laa sebak, tp OK lg. Tp bila mak aku pulak yg tanya, ditambah dgn suare syahdu mak aku tu, ape lagi..... menyembur keluar airmata aku. Mcm empangan pecah gitu.. Uwaaaaaaa!

Sampai kat rumah, mak ngan bapak aku dah standby dgn mcm² soalan. Aku pon masatu dah dpt control diri. Citerkan laa sesatu kat diorang. Dhea mana?? Hmm, masa aku kat hospital lg aku dah call bbsitter Dhea & minta izin kat Kak Za supaya Dhea tido kat sana mlm tu. Aku dgn tak sempat mandinya, basuh² muka je, pastu salin baju & pack brg ape yg perlu utk aku bwk ke hospital. Blurr jugak masa nak pack brg, sbbnya seumur hidup aku mmg tak penah jaga org sakit kat hospital. Mak bapak aku nak ikut jugak gi hospital mlm tu wlpon dah tghmlm. So, aku bwk jugak laa mak bapak aku gi hospital nengok menanti dia. Tp seblom tu kitorang singgah kedai makan, tapao bubur nasi utk Hubby aku & utk aku jugak..

Sampai kat hospital, mak bapak aku terkejut tgk keadaan Hubby. Tp Hubby aku ni siap nak berbual pulak tuh ngan diorang. Tak sedar diri tgh sakit.. Tak lama parents aku kat hospital. Dlm 30-40min camtu, pastu aku soh diorang balik sbb dah lewat mlm sgt. Esok pon parents aku nak niaga lg. Maka, diorang pon balik laa, bapak aku ler drive keta aku balik. Aku?? Tinggal ler ctu, jaga Hubby..

to be cont....