Touching isn't it..?! Just got this email from one of my space-fwen. It really makes me to think.. think.. and thinkkk.....! Alangkah bersyukurnya aku kerana dikelilingi oleh org² yg menyayangi dan sentiasa ada disisi tatkala aku memerlukan.. Alhamdulillah! Semoga aku sentiasa dipermudahkan oleh-NYA dlm setiap urusanku. Amin.. =)
Thursday, May 31, 2007
sOo touching..
Sunday, May 27, 2007
Mei 2007
Waduhhh! waduhh! waduhhhhhh! Lama sungguh aku tak mem'blog'.. Rindu sgt².. Lately mmg bz gilerrr babasshh ar. Sejak co. tmpt aku keje ni dpt projek baru, sume nak cepat. Balik keje pon asyik lewat je, sampaikan Dhea pon dah pandai tunggu mama kat depan pintu umah BS. Am so soOrry sayangg.. =)
Erm, diam tak diam bln MEI 2007 akan berlalu. Meninggalkan seribu kenangan dlm hidup aku & keluarga. Actually, dlm bln MEI ni ada beberapa peristiwa penting yg telah berlaku dlm hidup aku. Saje nak share..
1. 27hb Mei 2005 ~ Pada ptg Jumaat yg tenang, selepas solat Jumaat, aku telah pon selamat diijabkabulkan dgn suami terchenta, setelah hampir 4thn melayari alam 'perkenalan'. Dag dig dug jantung aku menanti kata 'sah' drp mulut Tok Kadhi & para saksi. Selepas 2 kali lafaz akhirnya aku SAH menjadi seorang ISTERI. Huhuhu.. Syahdunya hari itu.. Buat pertama kalinya dahi aku di kucup mesra oleh seorang lelaki yg bergelar SUAMI. Chewahh.. Bahagia?! Masakan tidak. Bukankah itu yg diidam²kan oleh setiap pasangan yg bercinta! Akad nikah ptg itu diadakan di Masjid Ulu Tiram, Johor Bahru. Majlis dihadiri oleh keluarga terdekat shj. Tp mak aku tak dpt ikut sama memandangkan byk kerja² yg memerlukan khidmatnya di rumah. Yg specialnya, mak aku sendiri yg masak utk majlis kenduri kawen aku masa tu. Apepon sempat laa aku jumpa mak aku seblom kami bertolak ke masjid.. Thn ni kiranya kami menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yg ke-2 laa kan.. Happy 2nd Anniversary, My Dear Hubby... Mmmmmuaahhh! ;P
2. 29hb Mei 2005 ~ Haa.. hari ini pula ialah Hari Persandingan aku & suami. Ramai juga org yg hadir masa tu. Kad jemputan aku hampir mencecah 1500 kpg! Thanks a million to my fwen, Zihan, yg sudi sponsor 1000 kpg kad jemputan aku. Kad tu Zihan design & print sendiri, aku just tlg decorate ikut design yg dah dipersetujui. Sampai tak tido mlm kitorang dibuatnye. Ramai juga kawan² aku yg hadir masa tu. Ofismate aku mostly sume dtg (except my Boss sbb dia ada keje di KL & Mr. Engineer too). Pastu kawan² chat aku pon sudi gak dtg. Terima kasih tak terhingga utk diorang. Ade yg dtg drp Pahang, Azmi & isteri diiringi oleh 4 org anaknya & Haikal (masa ni dia blom kawen, tp skrg ni dah pon bergelar bapa), Zihan (drp Johor) & Shila (drp KL) ditemani oleh 'future husband & in-law'. Selain tu, classmate aku masa sek men dlu (since form 1 lagi tuhh) pon turut hadir; Azie, Jariah, Jamaeah, Yanee & Wina (ditemani suami). Diorang ni ada yg dtg masa mlm berinai. Aku pon terkejut juga tgk diorang dah tercongok dpn pelamin aku mlm tu. Alhamdulillah majlis hari itu berjln lancar wlpon dlm kul 2ptg camtu hujan lebat tak hingat punya..
Satu peristiwa yg tak bole aku lupa... Lepas mkn beradab patutnya ada sesi potong kek. Aku ngan Hubby pon masuk laa umah salin baju utk sesi potong kek tu. Tp bila kitorang kuar utk potong kek, keknya 'ghaib'. Mcm nak nangis aku masa tu, tp tahan aje laa dlm hati.. Nasib baik masa tu sorang anak sdara aku nih tlg nyurukkan kek kecik yg bahagian atas skali. Kek yg setingkat tu laa yg kitorang potong, itupon potong kat atas pelamin. Adjust balik kerusi sume, baru potong kek. Masa tu cousin aku yg 'in-charge' kek kawen aku ni. Memandangkan tak cukup bajet & aku pon awal-awal dah terlupa pasal kek nih, aku soh je cousin aku bedal ajelah kek hape pon. Tu yg dia pi beli kek coklat 2 tingkat, bkn kek yg aising ade corak² bunga mcm biasa org kawen beli tuh. Klu kek aising ni nmpk cantekk je kan hiasan dia. Tp kek cokelet yg cousin aku order ni bole tahan sedap jugak, moist dia mmg ngam ler ngan citarasa penggemar² coklat. Skrg ni bila aku & Hubby ingat² balik rasa kelakar jekk.. ;P
3. 1hb Mei 2006 ~ Pada jam 10.52mlm, akhirnya aku telah selamat melahirkan bayi sulung kami; seorang bayi perempuan dgn berat 3kg. Alhamdulillah, aku telah bersalin secara normal & tiada sebarang komplikasi sepanjang proses kelahiran wlpon kontraksi sudah aku rasakan sejak tghari lagi. Perasaan aku?! Tak dpt nak digambarkan.. I'm sure every mummies feel the same way as I feel at that time. Dan, bayi itu kami namakan 'Dhea Suraya' yg bermaksud 'Sinaran/cahaya Bintang'. At 1st aku dah plan nak namakan 'Sarah Imani'. Tp parents aku kurang setuju pulak. So, seblom Hubby aku gi daftar nama our baby ni kitorang pon selak² buku nama² bayi & found this name. Alhamdulillah. Now, she's already 1 year.. Semakin bijak + nakal anak mama ni ye..
Happy 1st Buffday to My Sweet Lil' Angel...
4. 13hb Mei 2007 ~ Hari Ibu Sedunia. Tak sangka ye aku kini dah pon bergelar seorang ibu. Kiranya dah 2 kali laa aku sambut Hari Ibu ni. Last year, masa tu aku baru je 13 hari bersalinkan Dhea. So, mmg aku tak ingat langsung pon pasal Hari Ibu nih. Bz berpantang laa kunun.. Lgpon sejak kecik aku just wish je kat mak aku. This year plak, aku ingat laa jugak tarikh 'keramat' utk ibu² sedunia ni; but still no special celebration either for me or my mum. Since my doter pon tak pandai lagi nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu, Mama..'. Bila laa agaknya Dhea bole ckp mcm tu. Tak sabarnye mama nak dgr... =)
Rasanya itu aje laa yg special dlm bln MEI.. Takde laa byk sgt pon kan, tp aku still tak terkejar nak buat 'sumething' on the date. However, it's the thought that count rite! Pada aku laa, tatau plak Hubby aku fikir cmane. But, so far no complain.. Aku pulak jenis kelu nak berkata² bila masuk bab² mcm nih. Knape ntah.. Hee.. Insyaallah, next year aku akan usahakan sesuatu.... ;P
Gud luck laa utk aku! :D