Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 25, 2009

Tahniah utk Abg dan SIL!!

Akhirnya, selamat juga SIL aku bersalinkan seorang baby gurl yg hairy kiut miut.. Haruslah kiut mcm mak sedara dia kan.. Dah pak ngan mak dia kiut.. :P

SIL aku serah diri ke HSI seblm subuh tadi, kul 5pg.. Terus lepak labour room (sebab dah kuar tanda) sampailah selamat bersalin secara normal tadi around 9.30am. Alhamdulillah, selamat dah semuanya.. Abg aku mesti gumbira tak terkata.. Mesti punyalah.. Dah bertahun menanti kehadiran cahaya mata sendiri kan..

Congrats again to both of you!!

Aku tadi sempat laa naik wad kejap menjenguk SIL aku tue.. Sempat jugak sembang² ngan SIL tanya itu ini wlpon henpon dok berdering². Kaco ar diorang ni.. Nak lepak lama² pon tak dapek sebab kat ofis aku bebebudak lelaki nak gi solat Jumaat kan.. Kesian plak member sorang²..

Eksaited giler aku tengok baby sampai lupa nak snap gambar.. Ahahahaha.. :D Sempat ciom² pipi baby yg gebu tu jek.. Hmmm, wangiiiiiiiiiiiiiiii.. Mak sukak.. :P




Wednesday, September 23, 2009

Back to work!

Boringnyerr... /no

Bangun pagi pon liat. Penat beraya tak hilang lagi.. Tak sampai hati nak tinggalkan suami anak² kat rumah.. Tapi, demi kerja ku gigihkan jua.. *bluwekkkk* :P

Kat ofis ni bape kerat je pon yg ade. Pagi tadi masa aku sampai, lampu malap jer.. Mcm takde org keje.. Ahahaha.. Masing² takde mood laa tuh.. :D

Ok laa.. Nak sambung keje yg ntah hape² nih.. Ngee..

/dignose




Wednesday, September 16, 2009

Salam Syawal..

Kawan-kawan,

Esok malam lepas berbuka, insyaallah Sya dan keluarga akan memulakan perjalanan balik ke kampung Hubby di Teluk Intan, Perak. Tahun ni giliran sebelah Hubby laa pulak.. Sepatutnya, last year turn sana. Tapi, atas sebab² tertentu kami beraya juga di JB. So, tahun ni takleh kacau laa kan.. :D

Sempena Syawal yg bakal tiba beberapa hari saja lagi, Sya ingin mengucapkan..

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!!

Ampun maaf dipinta, dari mula kita berkenalan di alam maya sehinggalah sekarang. Andaikata tersilap kata, terkasar bahasa, harap dimaafkan.

Kepada yg memandu tue, tak kira laa jauh ke dekat, drive safely okie! Ingatlah orang² tersayang yg sedang menanti kepulangan kita di hari raya nanti.. :)

Again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua bloggers..





P/s: Sempena raya ni memang bersawang laa blog nie.. :P