Assalamualaikum & hi to everybody.... ;)
Finally I'm back to work.. Actually dah 2 minggu aku start keje. Tp tak berkesempatan nak update blog. Maklum laa keje menimbun & aku pon bz layan forum dan blog kegemaran kuss... Esp blog kengkawan siber.. Hehe..
Nampaknyer byk juga aku nak update.. Seblom tu, korang perasan tak sedikit kelainan kat blog aku?? Hehe.. Yeaaahhaa, akhirnya aku berjaya juga tukar background blog aku nih. Hahahaha.. Itupon lepas percubaan yg ntah ke berapa kali. Nasib baik aku ade save template seblom ni. Panik jugak memula bila sume "benda" dlm blog haku tetiba hilang. Gabra sekejap. Nama je budak IT, tp tetap jugak buta IT. Gitu laa klu ape yg kita belajar kita tak apply dlm kehidupan seharian. Sekejap bole luput dr ingatan....
Utk permulaan, aku nak war-warkan laa kat blog aku nih.. Walaupon ade yg dah tau.. Aku dah selamat melahirkan seorang baby boy pada 14hb April 2008. Haha.. Dah nak masuk 2 bln setgh dah pon baby aku tuh ;P
14hb April 2008...
2.30 pg :-
Aku terbangun dr tido. Knape? Aku mimpi aku dah nak bersalin. Rasa mcm air ketuban aku pecah. Tp bila raba-raba kat tilam, kering jek. Hahaha.. Maklum ler, dah lewat 2 hari dah. Tu yg sampai termimpi-mimpi. So, aku bangun jugak laa memandangkan mata dah terbukak besar. Gi toilet jap nak make sure everything ok.. Hee ;P
3.30 pg :-
Aku terbangun lg. Ape pulak kali nih?? Mimpi jugak. Mimpi air ketuban pecah lagi. Raba balik tilam. Erkk.. Ape benda yg basah nih?? Aku k**c**g ke?? Tak puashati nih. Minta tlg dear hubby switch on lampu. Belek punya belek, mcm air. Aku pon gi laa toilet nak check. Tgk kat pad aku mmg dah byk lendir. Erkk... Air ketuban ke nih?? Alamak.... Panik panik..
Aku turun ke tingkat bwh. Rupanye abg aku tak tido lagi. Dok terpacak depan tv tgk bola. Maka kecoh laa satu rumah di pagi yg hening itu. Ekeke.. Barang sume mmg dah standby dlm keta. So, itu jam jugak laa Hubby drive aku gi HSI. Hospital paling dekat dgn rumah aku. Tak sampai pon 10 minit, kitorang dah terpacak depan pintu emergency. Aku, Hubby & mak aku diarah ke bilik saringan. Lepas daftar masuk, aku diarah masuk ke bilik saringan sorang². Yg lain sila tunggu di luar.. Haha.. Mcm biasa laa prosedur seblm bersalin kan. Dr. bertugas check bukaan rahim. Alahai, baru bukak 3cm. Mild contraction, 10 minit skali. Jwbnyer, kena tahan wad laa aku pg tuh. Lepas angkut barang masuk wad, Hubby & mak aku balik.
7.30 pg :-
Aku bangun awal sket sbb takleh tido. Decide gi mandi laa. Mana tau kena masuk labour room awal ke, masam plak bau. Ekeke.. Mandi pon takut-takut jugak sbb contraction tu makin sakit. Lepas mandi, bekfas dah tersedia. Lepas bekfas, dlm kul 8.30 Doktor Pakar dtg melawat wad. Ntah ape diorang diskus ntah. Yg aku ingat, lepas tu sibuk laa nurse pasang alat CTG keliling pewot aku..
10 minit skali nurse dtg check report CTG. Alamak, sleeping pattern laa pulak!! Aiyoo, anak awak tido nih. So, nurse goncang-goncang sket kiri kanan pewot aku. Kunun nak kejut baby, biar aktif, rahim pon cepat bukak.. ;P
9.30 pg :-
Nurse dtg check report CTG lagi. Hmm... Sama jugak. Tp air ketuban aku non-stop keluar. Aku cam dgr Dr. Pakar ckp ade leaking? Nampaknyer nak kena sorong gi labour room jugak nih. Seblom tu Dr. check bukaan rahim skali lagi. Rahim dah bukak 5cm (stretchable to 6cm).
Memula masuk labour room cam kagum gitu. Hospital baru laa katakan. Bilik bersalin pon sorang satu skrg nih. Facilities nampaknye ok laa.. Aku dok dlm Bilik 11. Sementara tunggu "waktu yg ditunggu-tunggu" aku di lilit lagi dgn alat CTG. 5-10 minit skali Dr. dtg tgk report. Aku plak semakin berdebar. Tuhan saja yg tau perasaan aku masatu. Cuba juga ingat balik mcm mana rasanya sakit nak bersalinkan Dhea dulu. Tp tak ingat!! Hahaha...
Kali ni lama jugak nak tunggu rahim btol-btol bukak 10cm. Drp kul 10 pg sampai laa tghari dah mcm-mcm cara nak kurangkan rasa sakit. Siap amik gas lagi. Nurse pon dah mula bising bila aku dok jerit tahan sakit contraction. Huhu...
12.52 tghari :-
Dipendekkan cerita, selepas penat bertarung akhirnya aku selamat melahirkan seorang baby boy yg comel.. Aku bknnyer nampak sgt pon masatu, tak pakai spek mata. Yg aku ingat, baby kuar je nurse kelam kabut bersihkan. Pastu tunjuk jantina kat aku. Tak sampai 5 minit baby dah ada atas dada aku. Hampir menitis airmata aku bila tgk cahaya mata yg aku kandung 9bln 10hari, akhirnya berada dlm dakapan aku... Hilang segalak kesakitan yg aku tanggung sepanjang proses kelahiran ini...
Aku bersyukur pada Mu Ya Allah atas kurniaan Mu yg tak ternilai ini....
Lepas 2 minggu, Hubby pegi apply surat beranak.. Maka, telah rasmilah nama baby boy aku "Muhammad Hadif Irfan". Fuhhhh!! Panjang berjela nama anak aku. Ekeke.. Kat rumah kami panggil Hadif, tp kat taska Hadif dipanggil Irfan...
Sekian, utk hari ini.... Ekekeke ;P
Tuesday, July 1, 2008
I'm BACK!
Wednesday, April 9, 2008
Karate ke silat nih???
Hee.. Lama sungguh aku tak tulis blog kan.. Maklum ler, tgh sarat mcm skrg ni kdg takde mood nak menaip. Story byk, tp mood plak kureengggg...
Ni ade kisah mlm semlm.. Tp takde gambar laa pulak. Klu ada gambar sure korang tergelak tgk telatah anak ku yg sorang nih..
Gini... Mlm semlm kitorang mkn mlm lewat sket. Dlm kul 10 camtu laa. Lepas mkn, Hubby keluar ke garaj nak merokok. Satu aku respect Hubby aku ni. Klu nak merokok mmg kat luar rumah. So, aku pon saje je ikut keluar jugak, nak amik angin sket. Tak sedar pulak rupanya si Dhea mengekor kitorang. Tau² bila aku nak tutup pintu gril, Dhea tgh berusaha nak pkai selipar dia.. Hahaha..
Lepas selesai "urusan" Hubby, kitorang bertiga masih lagi kat luar. Story mory sket ngan Hubby pasal "kaki besi" dia tuh.. Hee.. Hubby ni masa muda remaja dia ade laa belajar silat. Pastu dlm army pon dia ade pergi Kursus Tempur Tanpa Senjata @ taekwan-do. Hubby pon saje laa bukak langkah simple², kunun nak latih kaki dia cam biasa sbb mc dia pon dah nak habis..
Memula tu si Dhea ni perati jek ape ayah dia buat. Tak lama tu Dhea pon mula bukak langkah jugak!! Ekekeke.. Hubby pon apelagi, bila tgk si Dhea beria mengikut ape yg dia buat, makin rancak laa.. Kejap bukak langkah silat, kejap taekwan-do.. Dhea plak ngikuttt aje gerak langkah ayah dia. Hubby pusing, Dhea pusing.. Tgn ke depan, Dhea pon tgn ke depan.. Hubby wat side-kick, wahhh Dhea pon kununnyer angkat kaki gak laa nak wat side-kick.. Hahaha.. Yg aku plak bantai gelak tak ingat tgk telatah Dhea.. Tapi muka Dhea selambe jek masa meniru gaya ayah dia.. Sesekali tu Dhea toleh jugak tgk aku gelakkan dia...
"Mama, tgk ni Dhea andai wat cam ayah!"
Sambil ckp tu tgn kaki Dhea sume gerak laa.. Ke atas, bawah, depan, belakang.. Hehehe...
Lama jugak kitorang lepak kat depan garaj tuh.. Dekat setgh jam jugak laa melayankan kerenah si Dhea. Sampai satu ketika, bila Hubby lompat sambil wat kick.. Dhea punya laa semangat nak buat jugak sampaikan dia jatuh terduduk.. Hahaha.. Sib baik tak nangis anak aku tuh.. Lepas tu baru kitorang ajak Dhea masuk umah.. Seblom tidokan Dhea kena laa lapkan badan dia sket, salinkan baju lain.. Ape taknya, berpeluh sakan anak mama.....
;)
Tuesday, March 18, 2008
Februari (cont... AGAIN!)
Hehe... Jgn mare ye kengkawan sekelian... Aku berjanji & bertekad akan cuba habiskan cerita ni dlm post kali nih...
Ok.. Kat mane nak sambung eh...
Erm, dipendekkan cerita pd 7hb jam 9.30 pagi camtu Hubby dah masuk dlm bilik OT. Memula aku ingat nak tunggu laa kan. Tp Dr. kat situ bgtau operation ni akan amik masa at least sejam setgh. So, pikir punya pikir aku pon cancel niat nak menunggu tu & terus je turun ke parking lot.
Bila dah balik rumah tu sure mcm² benda nak dibuat kan. First n foremost, peluk ciom anak kesayangan aku, Dhea! Pastu Dhea pon merengek ler mintak nenen. Then sambung pulak kemas bilik, basuh baju, masak bubur nasi utk Hubby, etc... Sedar tak sedar dah kul 1 lebih dah. Sempat ler aku lunch kt umah seblom balik semula ke HSI. Lagipon mak aku dah masakkan siap² dah.. Mekasihhh Mak!! Dhea, terpaksa laa aku tinggalkan kat umah. Dgn kelasakan Dhea masatu, aku rasa aku tak larat nak handle masa kat spital nanti. Klu ikutkan, Hubby mmg soh bwk anak dia tu sbb Hubby pon dah rindu sgt kat Dhea. So, aku pesan kat abg aku if diorang dtg HSI ptg nanti TOLONG ler bwk Dhea skali..
Sampai kat HSI, Hubby dah ada kat wad. Adik ipar aku pon ada sama. Masatu Hubby tgh mamai lagi, baru jugak laa kuar drp OT. Lepas 30 min camtu, adik ipar aku balik. Tinggal laa aku berdua dgn Hubby.. Lepas operation tu, Hubby kena stay beberapa hari lagi kat HSI..
Lebih kurang jam 10 pagi 9hb, Hubby kena pindah wad pulak. Still wad Kelas 2, tp bilik sebelah sbb kat bilik tu ada patient baru yg ada sakit berjangkit. Utk mengelakkan sebarang jangkitan, terpaksa laa diorang pindahkan Hubby. Masatu aku takde, balik rumah mcm biasa laa kan. Hubby call bgtau yg dia dah pindah bilik sebelah.
Tghari tu Hubby bgtau aku yg dia dah bole balik esok lepas belajar jln pkai tongkat. Maknenye, kena laa beli tongkat segera. Selagi tak belajar pkai tongkat, selagi tu laa tak bole balik. Kelam kabut laa aku turun kat Kedai Sihat (kat lobi HSI) tu nak beli tongkat. Tp hampeh... sbb kedai tu tutup. Aku pon call adik aku minta tlg carikan tongkat kat farmasi. Dipendekkan cerita, mlm tu dlm kul 10 baru dpt tongkat. Itupon beli 2nd hand kat Guardian Pharmacy. Time ni laa tongkat takde stok. Bkn satu dua farmasi adik aku round..
Cehhh....mlm tu jugak laa Hubby aku dgn semangatnya nak belajar pkai tongkat. Aku pulak dgn was-wasnya standby kat sebelah Hubby, mana laa tau kan... Hubby pon cuba laa jln gi toilet sendiri dgn bertongkat. Pegi tu ok lg... skali bila nak balik ke katil, aku tgk muka Hubby dah pucat lesi, tgn dia sejuk mcm nak pitam. Aku pon cecepat papah dia & dudukkan kat kerusi sebelah katil. Klu aku lambat sikit mmg tumbang ler Hubby aku tuh.. Dr. bertugas plak bising kat Hubby sbb belajar bertongkat memlm. Misi dah laa tak ramai, kebetulan plak ada 2 pesakit kat bilik yg sama tgh bermasalah. Mane ler Dr. tu tak pening... Hahaha.. Lepas tu, Hubby pon baring aje laa mcm biasa..
Tghari 10hb tu, Hubby dah bole berjln dgn bertongkat. Alhamdulillah... Ptg tu lepas Dr. bertugas dtg check-up sume, Hubby dibenarkan balik. Yaaahhhooooooooooo!! Ceria je muka Hubby. Kebetulan tghari tu aku dtg spital dgn Dhea. Adik ipar aku pon dtg ngan awek dia. So, dia laa yg tlg settle bil kat konter bwh, tlg sorong Hubby dlm wheel chair sampai ke dlm keta. Aku pulak sibuk pimpin tgn Dhea yg happy dpt jenjln kat spital.. ;P
Ptg dlm kul 6ptg, PIL aku pulak sampai drp Teluk Intan, Perak. Diorang menginap semlm je kat rumah mak aku. Esok pgnya kul 9 dah naik bas semula balik ke kampung. Wlpon setakat semlm, aku tgk muka Hubby ceria je sepanjang mak ayah dia kat umah tu. Tp yg tak bestnya bila Hubby bgtau aku sesuatu.... MIL ajak Hubby dok kg sepanjang cuti 2bln. "Biar mak jaga"
Kecik hati aku masa Hubby bgtau. 3-4 hari jugak laa aku masam muka dgn Hubby. Senyap je, tak byk ckp.. Sampai Hubby tegur & minta maaf bg pihak mak dia. Kenapa ntah kali ni aku terasa sgt sgttt..
Tp skrg dah ok. Dah sebulan lebih Hubby dok umah. Hubby dpt mc sampai 10hb April nanti. Dah bole bwk keta dah pon... Hehehehe...
Pheww!!! Akhirnya, tamat juga kisah Hubby aku nih....
Happy reading my fwens... ;)