Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 18, 2008

Februari (cont... AGAIN!)

Hehe... Jgn mare ye kengkawan sekelian... Aku berjanji & bertekad akan cuba habiskan cerita ni dlm post kali nih...

Ok.. Kat mane nak sambung eh...

Erm, dipendekkan cerita pd 7hb jam 9.30 pagi camtu Hubby dah masuk dlm bilik OT. Memula aku ingat nak tunggu laa kan. Tp Dr. kat situ bgtau operation ni akan amik masa at least sejam setgh. So, pikir punya pikir aku pon cancel niat nak menunggu tu & terus je turun ke parking lot.

Bila dah balik rumah tu sure mcm² benda nak dibuat kan. First n foremost, peluk ciom anak kesayangan aku, Dhea! Pastu Dhea pon merengek ler mintak nenen. Then sambung pulak kemas bilik, basuh baju, masak bubur nasi utk Hubby, etc... Sedar tak sedar dah kul 1 lebih dah. Sempat ler aku lunch kt umah seblom balik semula ke HSI. Lagipon mak aku dah masakkan siap² dah.. Mekasihhh Mak!! Dhea, terpaksa laa aku tinggalkan kat umah. Dgn kelasakan Dhea masatu, aku rasa aku tak larat nak handle masa kat spital nanti. Klu ikutkan, Hubby mmg soh bwk anak dia tu sbb Hubby pon dah rindu sgt kat Dhea. So, aku pesan kat abg aku if diorang dtg HSI ptg nanti TOLONG ler bwk Dhea skali..

Sampai kat HSI, Hubby dah ada kat wad. Adik ipar aku pon ada sama. Masatu Hubby tgh mamai lagi, baru jugak laa kuar drp OT. Lepas 30 min camtu, adik ipar aku balik. Tinggal laa aku berdua dgn Hubby.. Lepas operation tu, Hubby kena stay beberapa hari lagi kat HSI..

Lebih kurang jam 10 pagi 9hb, Hubby kena pindah wad pulak. Still wad Kelas 2, tp bilik sebelah sbb kat bilik tu ada patient baru yg ada sakit berjangkit. Utk mengelakkan sebarang jangkitan, terpaksa laa diorang pindahkan Hubby. Masatu aku takde, balik rumah mcm biasa laa kan. Hubby call bgtau yg dia dah pindah bilik sebelah.

Tghari tu Hubby bgtau aku yg dia dah bole balik esok lepas belajar jln pkai tongkat. Maknenye, kena laa beli tongkat segera. Selagi tak belajar pkai tongkat, selagi tu laa tak bole balik. Kelam kabut laa aku turun kat Kedai Sihat (kat lobi HSI) tu nak beli tongkat. Tp hampeh... sbb kedai tu tutup. Aku pon call adik aku minta tlg carikan tongkat kat farmasi. Dipendekkan cerita, mlm tu dlm kul 10 baru dpt tongkat. Itupon beli 2nd hand kat Guardian Pharmacy. Time ni laa tongkat takde stok. Bkn satu dua farmasi adik aku round..

Cehhh....mlm tu jugak laa Hubby aku dgn semangatnya nak belajar pkai tongkat. Aku pulak dgn was-wasnya standby kat sebelah Hubby, mana laa tau kan... Hubby pon cuba laa jln gi toilet sendiri dgn bertongkat. Pegi tu ok lg... skali bila nak balik ke katil, aku tgk muka Hubby dah pucat lesi, tgn dia sejuk mcm nak pitam. Aku pon cecepat papah dia & dudukkan kat kerusi sebelah katil. Klu aku lambat sikit mmg tumbang ler Hubby aku tuh.. Dr. bertugas plak bising kat Hubby sbb belajar bertongkat memlm. Misi dah laa tak ramai, kebetulan plak ada 2 pesakit kat bilik yg sama tgh bermasalah. Mane ler Dr. tu tak pening... Hahaha.. Lepas tu, Hubby pon baring aje laa mcm biasa..

Tghari 10hb tu, Hubby dah bole berjln dgn bertongkat. Alhamdulillah... Ptg tu lepas Dr. bertugas dtg check-up sume, Hubby dibenarkan balik. Yaaahhhooooooooooo!! Ceria je muka Hubby. Kebetulan tghari tu aku dtg spital dgn Dhea. Adik ipar aku pon dtg ngan awek dia. So, dia laa yg tlg settle bil kat konter bwh, tlg sorong Hubby dlm wheel chair sampai ke dlm keta. Aku pulak sibuk pimpin tgn Dhea yg happy dpt jenjln kat spital.. ;P

Ptg dlm kul 6ptg, PIL aku pulak sampai drp Teluk Intan, Perak. Diorang menginap semlm je kat rumah mak aku. Esok pgnya kul 9 dah naik bas semula balik ke kampung. Wlpon setakat semlm, aku tgk muka Hubby ceria je sepanjang mak ayah dia kat umah tu. Tp yg tak bestnya bila Hubby bgtau aku sesuatu.... MIL ajak Hubby dok kg sepanjang cuti 2bln. "Biar mak jaga"

Kecik hati aku masa Hubby bgtau. 3-4 hari jugak laa aku masam muka dgn Hubby. Senyap je, tak byk ckp.. Sampai Hubby tegur & minta maaf bg pihak mak dia. Kenapa ntah kali ni aku terasa sgt sgttt..

Tp skrg dah ok. Dah sebulan lebih Hubby dok umah. Hubby dpt mc sampai 10hb April nanti. Dah bole bwk keta dah pon... Hehehehe...

Pheww!!! Akhirnya, tamat juga kisah Hubby aku nih....

Happy reading my fwens... ;)

Monday, March 3, 2008

Februari (cont...)

Seperti yg dijanjikan... Aku sambung story ehh...

6hb Feb, aku kat Hospital Kulai lg temankan Hubby. Mlm seblom tu mmg tak dpt tido laa.. Jaga Hubby yg dok meraung kesakitan. Idak ler meraung mcm budak kecik tu.. Ye laa, mlm tu lepas org lain dah tido baru laa Hubby terasa sume sakit-sakit kt badan dia. Sian aku tgk Hubby. Nurse kat wad tu pulak soh aku balik je... Biar diorang yg jaga patient (Hubby), sbbnya kesian tgk aku yg tgh memboyot...

Tghari bapak aku dtg ziarah lg. Siap bawakan bubur nasi, mak aku yg masakkan. So, mkn tghari yg pihak hospital sediakan tu aku ler yg bedal. Hehehe.... Sodap jugak makanan org sakit nih. Lepas Zohor, baru laa Dr. Reza, Pakar Ortopedik drp HSA JB dtg check-up Hubby. Bla bla bla.... Fortunately, tulang peha Hubby patah biasa. Clean break, tulang tak hancur. Pheww! Dr. Reza bg kitorang tgk skali report X-ray. Mcm mana pon, tetap kena operate masuk plate (besi). Ada 2 pilihan, either nak masuk plate (with screw) or tebuk tulang utk masukkan besi (yg ni lebih stabil). Memula tu aku ingat soh Hubby wat yg 2nd choice tu memandangkan Hubby aku ni ATM, mesti byk keje berat kena buat kan.. But then, Dr. Reza kata tak perlu. Plate SHJ sudah memadai..

Masatu jugak, aku & Hubby request minta transfer ke HSI (which is very very near to my house). Senang aku nak ulang-alik; tgk dhea, tgk bapak dhea.. ;P

Seblom tu Dr. Reza kena laa consult dulu dgn member dia kat HSI (Dr. ortopedik jugak lerr). Bla bla bla..... APPROVED! Hehehehe..... Tp.....ada tp lagik tuh! Kena laa tunggu sampai ada ambulan yg avail. yg bole hantar Hubby ke HSI. Sampai ke mlm jugak laa kitorang menanti. Padahal ptg lepas Dr. Reza check Hubby aku dah siap packing barang.. Hahaha... Akhirnya, kul 9mlm berakhirlah sebuah penantian yg menyeksakan.. Ini ler kali pertama aku naik ambulan. Laju giler.. Seronott...

Oh ye! Ptg tu Dr. Reza ada buat minor operation utk masukkan besi (melintang) kat betis, dkt dgn lutut Hubby supaya tulang yg patah (dan bertindih) tu bole ditarik ke kedudukan asal; seblom major operation utk masukkan plate. Kuat giler Hubby meraung, sbbnye ubat bius tak berkesan sepenuhnya.... Seriau aku!! Lepas dah masukkan besi tu, diorang letak pulak pemberat. Haa... Lepas tu baru laa kurang sket sakitnya << kata Hubby aku laa, aku tgk aje.. Hee

Mlm 6hb tu, dlm kul 9.30, alhamdulillah kitorang sampai dgn selamatnya kat HSI. Mcm biasa urusan pendaftaran, pastu admit wad ortopedik. Since Hubby govt. servant, dpt laa wad kelas 2. OK jugek laa facilities kat HSI nih. Hospital baru katakan.. Mlm tu skali lg Hubby suffer bila di"kerja"kan oleh misi² kat ctu. Ganas jugak misi kat ctu, wlpon pompuan. Diorang pasang pemberat lain pulak, tp tujuannya tetap sama. Seblom tu, Dr. Syafik dtg "jenguk". Bla bla bla....

Dr. Syafik: "Ok, mlm ni lepas kul 12 tghmlm awk kena pose. Esok pg nak operate..".

Hubby: "Tp...Dr. Reza kata isnin baru operate?".<< sambil tercengang!

Dr. Syafik: "Nope, esok pg operate tp tatau pukul brp. Kena tunggu laa... Awk nak cepat balik tak??".

Hubby: "Nak ler Dr. Esok pon esok laa..".<< SETUJU! ;P


to be cont... Again?!! Jgn mare kay... Mak tak larat nak taip pjg² dah skrg nih...

Thursday, February 28, 2008

Februari

Assalamualaikum...

Makk oii.... Semak samun blog haku! Dah lama tak menebas.. ;P

Direct to the story jek laa eh.. Gini.. 5hb Feb lepas Hubby aku eksiden! Yeee... ptg time org sibuk balik keje. Aku dpt call drp sorang drebar teksi, mengatakan Hubby aku eksiden kat area Bukit Besar & dia tgh on da way hantar Hubby aku ke Hospital Kulai. WHAT??? Ape lg, kalut ler mak.. Kebetulan tgh pack barang nak balik umah. Aku nak shut down pc pon gegel, sampaikan member aku tolak aku soh terus balik. Pc tu biar dia yg "handle".. Pc ni pon, itu jam laa nak hang bagai....

So, dgn tak tau kat mana letaknya Hospital Kulai tu aku ngan sorang ofismate drive ler ke sana. Ptg tu mmg tak bole nak speed langsung sbbnya jln jem giler. Member aku kata hari² mmg camtu kt area ctu.. Yg klakonya, kitorang bole sesat sampai ke Sengkang. Sib baik member aku tu ade makcik yg tau jln ke Hospital Kulai. Lepas calling², akhirnya sampai jugak aku kat spital tuh.

Aku park keta asal bole, janji tak ganggu laluan emergency. Then terus terjah emergency room, tanya kat konter depan. Depa bg aku masuk tgk Hubby aku yg tgh terbaring mamai² gitu sbb menurut drebar teksi td tu Hubby aku terus pengsan lepas eksiden. Aku plak mcm takde perasaan bila tgk keadaan Hubby aku. Nampak laa dagu terbelah, kat mulut berdarah, lengan pon darah², suar keje sebelah dorang dah sinsing dah.. Nak nangis ke?? Tp hati aku mcm beku plak! Aku nak watpe eh?? Itu je laa yg sempat aku fikir dlm kepala hotak aku yg tgh blurr masa tuh..

Tak lama tu ade nurse tegur aku soh angkut brg² personal Hubby aku & sila tunggu di luar. Depa nak cuci & jahit luka Hubby aku. So, keluarlah aku menggendong backpack Hubby yg berat tak hingat tuh. Seblom keluar tu sempat la genggam tgn Hubby, nampak laa riak muka Hubby yg tgh menahan kesakitan. Kat luar, masa tgh menunggu, aku sempat lg tgk citer Sindarela Ep. 1. Hahaha... Tergelak-gelak jugak laa aku ngan member melayan tv. Mcm takde pape jek kan.. Bule gitu??

Pastu dtg 2 org pegawai atasan Hubby drp kem tempat Hubby bertugas. So, aku pon gi laa bg statement ape yg aku tau. Ekceli aku tak tau "detail" eksiden tu pon. Tau laa sesikit, itupon drp sorang makcik ni yg ngaku jiran kpd pakcik yg eksiden skali ngan laki aku. Drebar teksi yg hantar Hubby ke hospital pon aku tak dpt jumpa.. Tak dpt aku nak ucapkan ape yg patut...

Gedebak gedebuk..... Kul 9.30 mlm camtu baru laa selesai urusan jahit-menjahit segala luka-luka kat badan Hubby aku. Masa tu Hubby dah sedar dah. Aku tgk dagu berjahit, bahu berjahit, luka-luka kat lengan akibat terkena serpihan kaca ade yg berjahit jugak. DAN yg paling teruk sekali, tulang peha Hubby patahh!! Depa dah alas dgn besi & balut. Seriauu plak aku nengoknyer.. Itu jam baru laaa sedey aku dtg... Tp control beb.. Takkan nak meraung depan member plakk kan. Sogan eahhh!

Jam dah kul 10mlm. So, aku ajak member aku balik dulu.. Kesian pulak dia temankan aku dr ptg.. Aku turunkan dia kat satu tempat memandangkan pakwe dia dah tunggu kat situ. Aku pon terus drive sensorang balik rumah. On da way tu, bapak aku plak call tanya berita. Mula laa sebak, tp OK lg. Tp bila mak aku pulak yg tanya, ditambah dgn suare syahdu mak aku tu, ape lagi..... menyembur keluar airmata aku. Mcm empangan pecah gitu.. Uwaaaaaaa!

Sampai kat rumah, mak ngan bapak aku dah standby dgn mcm² soalan. Aku pon masatu dah dpt control diri. Citerkan laa sesatu kat diorang. Dhea mana?? Hmm, masa aku kat hospital lg aku dah call bbsitter Dhea & minta izin kat Kak Za supaya Dhea tido kat sana mlm tu. Aku dgn tak sempat mandinya, basuh² muka je, pastu salin baju & pack brg ape yg perlu utk aku bwk ke hospital. Blurr jugak masa nak pack brg, sbbnya seumur hidup aku mmg tak penah jaga org sakit kat hospital. Mak bapak aku nak ikut jugak gi hospital mlm tu wlpon dah tghmlm. So, aku bwk jugak laa mak bapak aku gi hospital nengok menanti dia. Tp seblom tu kitorang singgah kedai makan, tapao bubur nasi utk Hubby aku & utk aku jugak..

Sampai kat hospital, mak bapak aku terkejut tgk keadaan Hubby. Tp Hubby aku ni siap nak berbual pulak tuh ngan diorang. Tak sedar diri tgh sakit.. Tak lama parents aku kat hospital. Dlm 30-40min camtu, pastu aku soh diorang balik sbb dah lewat mlm sgt. Esok pon parents aku nak niaga lg. Maka, diorang pon balik laa, bapak aku ler drive keta aku balik. Aku?? Tinggal ler ctu, jaga Hubby..

to be cont....