Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, August 15, 2008

2 bulan lagi.........

Alhamdulillah.. Hari ini genap Hadif 4 bln. Berat, spt yg ditulis dlm kad kesihatan Hadif, 6.8kg.. Ofismate aku ckp badan Hadif ketul² mcm org main sumo.. Hehehe..

Yg aku banggakan sgt, setakat ni Hadif hanya minum susuibu. Fresh + frozen ebm. Ubat tu ade laa sket tiap kali gi amik imun jab kat KD.. So, another 2 months to go to hit my target in "Exclusive Breastfeed". Bangga, bangga.. Syukur, syukur alhamdulillah. Setakat ini usaha aku utk breastfeed Hadif dipermudahkan Allah Yg Maha Esa. Wlpon kadang-kadang ade sedikit kesukaran, I take it as a challenge.. At least dgn kesusahan itu, aku lebih menghargai ape yg aku dpt skrg nih.. Andai dimurahkan rezeki, dikuatkan semangat, aku akan terus menyusukan Hadif dgn susuibu.. Insyaallah..



Muhammad Hadif Irfan...



Hadif skrg dah bole meniarap.. Terkial-kial angkat montot nak meniarap. Ekekeke.. Lagi, Hadif dah pandai bergurau senda & bergelak ketawa. Sakan tu klu gelak. Mama pulak yg risau.. Tp mengikut kata ayah aku, Hadif ni dr lahir lg dah mula senyum. First time ayah aku nampak masa melawat aku & Hadif kat spital. Hehehe.. Mmg pon Hadif ni ceria orgnyer. Tak mcm si kakak, dlu kecik² susah nak senyum apetah lagi ketawa. Sesekali jek.. Hadif ni bole dikatakan tiap masa senyum. Bgn pagi senyum, nak tido senyum, tgh nenen pon bole senyum.. Klu kita agah lagi laa galak si Hadif ketawa... ;P



Masa ni Hadif tgh galak ketawa sambil diagah oleh adik aku (tiada dlm klip video ;P).. Mama tukang pegang henpon.. Ekeke.. Korang perasan tak gegaran tuh?? Mana tak gegarnyerrr, dgn aku skali gelak tak tahan tgk telatah Hadif..



Update 18/8/2008:- Hadif dah kenal nama dia sendiri. Bila kita panggil, Hadif akan toleh. Tak kisah laa kita panggil Hadif @ Irfan. Kat rumah mmg panggil Hadif. Dgr nama dia je, sure Hadif toleh sambil sengih-sengih... Lagi, Hadif suka tgk tv. Klu tgk tv leka sgt, mcm paham plak. Kdg tgk tv sambil ketawa melekek-lekek.. Klu Dhea plak mmg tak suka tgk tv dari kecik sampai laa skrg nih. Aku tak tau laa Dhea ni tak suka atau tak pandai tgk tv. Yg pasti Dhea tak berapa kisah pon dgn tv. Tp lately dah pandai tgk kartun etc.. Klu nak soh Dhea dok diam, tukar laa channel yg tgh siarkan kartun. Paling Dhea suka tgk, Tom Tom Bak kat Channel Ceria (Astro). Tp Dhea sebut, Tom Bak Bak... Jenuh dah kitorang ajar, itu jugak disebutnyer.. Lantak ler nakkk... Ekekeke....

Semlm Dhea ckp kat aku soh betulkan tv kat bilik. Nak tgk kartun kat bilik. Ni sbb aku selalu tinggalkan Dhea tgk tv sorang² kat bawah laa ni. Dhea kat bawah tgk tv, aku tidokan Hadif kat atas. Hadif klu kat bawah mmg tak bole tido. Dhea dok memekak cmane Hadif nak tido. Sian anak mama.. Ala, tv kat bilik tu pon Dhea jugak yg jatuhkan sampai rosak... Ekeke..

Wednesday, August 13, 2008

BAKAT??

Korang tau tak ape itu BAKAT?? Aku tak tau BAKAT tu singkatan utk ape. Tp yg aku tau BAKAT tu adalah persatuan bagi isteri-isteri tentera Malaysia.

Last week, aku "terpaksa" menghadiri satu majlis yg diadakan oleh BAKAT. Kelakar pon ade. Tak penah²nyer aku berpersatuan lepas kawen ni, tetiba je kena hadir. Nak tak nak aku hadir juga. Klu tak pegi, kesian plak nanti Hubby yg kena... Majlis diadakan di Kem Mahkota Kluang, tempat Hubby aku bertugas. Tujuan majlis diadakan adalah sempena menyambut lawatan ulung Pengerusi BAKAT 7 Briged RSD. Ekekeke... Ape-ape aje laa..

Agenda hari tu selain drp ucapan Puan Pengerusi, termasuklah majlis potong jambul anak² ahli yg dilahirkan drp Januari - Jun 2008. So, secara tak langsung anak aku, Hadif, tersenarai. Ok laa, dpt hadiah beg baby ngan duit. Hehehe.. Yg bestnyer Hadif tak meragam langsung. Budak² lain ade yg dah menangis, merengek nak tido. Tp Hadif rileks je duduk ngadap Puan Pengerusi.. Barisan hadapan lagi tuh. Bila Hadif haus, aku selak je baju kurung & breastfeed Hadif tanpa segan silu memandangkan yg dok dlm tu semua para isteri. Ekeke.. Masa turn Hadif potong jambul, anak aku ni siap sengih-sengih kat org keliling dia. Puan Pengerusi plak yg gelihati tgk Hadif menyengih.. Tp yg tak tahannyer kena pangku Hadif laa.. Sungguh aku tak larat nak dukung lelama anak aku yg sorang nih. Berat dah 6.8kg beb.. Perghh!! Lenguh tgn mak. Malam tu kat umah, paksa Hubby tlg urutkan tgn.. Bole gitu.. ;P

Majlis tu tak lama. Lepas acara potong jambul, ade ucapan oleh sape aku pon tak ingat. Lepas ucapan, sesi makan. Hahaha.. Aku memang dah kebulur dah masatu. Mana taknyer, kul 6.15pg lagi kitorang dah bergerak dari JB ke Kluang. Dhea dgn Hadif pon lena je sepanjang perjalanan. So, lepas habis ucapan (oleh sape eh??) aku terus keluar dewan pegi cari Hubby & Dhea. Aku pass hadif kat Hubby & pimpin Dhea plak pegi amik makanan. Makan laa kami 2 beranak. Yg 2 beranak lagi, tunggu kat area situ-situ jugak. Hehehe...

Tgh² makan, nampak pulak helikopter. Kecoh sekejap anak dara aku tue. JAKUN! Tak penah nampak heli laa katakan.. Ekeke.. Gedebak gedebuk kul 11.30pg jugak majlis selesai. Seblm tu ade sesi soal jawab, tp aku kurang berminat nak join sakan. Ade ke pegawai Hubby soh kami yg mak-mak ni main netball. Ape daa.. Ingat aku takde keje lain ke weihhh... Pastu bln depan ade lawatan ke kilang seramik. Sape nak pegi bole tulis nama masatu. Huhuhu, mcm zaman sekolah laa pulak.. Tak kuasa laa nak join. Klu ade kaitan ngan susuibu ke, keja amal ke, nak laa jugak join...

Lepas majlis tamat, kitorang balik JB semula. Kat JB dah ade agenda lain menanti.. Ekekeke.. Haritu aku ade appointment ngan Ely susuibudotcom. Pastu gi attend majlis kawen member sekolah menengah. Hujan lebat giler ptg tuh... Redah aje laaa...

Malam tu masing² kepenatan. Anak beranak tido awal.... ;)

p/s: Teringat plak kata-kata Ely.... "Berbakat ke ngko sya???" Cehhss! Jgn pandang mak sebelah mata hokeyyy.. Kui kui kui.... ;P

Tuesday, July 1, 2008

I'm BACK!

Assalamualaikum & hi to everybody.... ;)

Finally I'm back to work.. Actually dah 2 minggu aku start keje. Tp tak berkesempatan nak update blog. Maklum laa keje menimbun & aku pon bz layan forum dan blog kegemaran kuss... Esp blog kengkawan siber.. Hehe..

Nampaknyer byk juga aku nak update.. Seblom tu, korang perasan tak sedikit kelainan kat blog aku?? Hehe.. Yeaaahhaa, akhirnya aku berjaya juga tukar background blog aku nih. Hahahaha.. Itupon lepas percubaan yg ntah ke berapa kali. Nasib baik aku ade save template seblom ni. Panik jugak memula bila sume "benda" dlm blog haku tetiba hilang. Gabra sekejap. Nama je budak IT, tp tetap jugak buta IT. Gitu laa klu ape yg kita belajar kita tak apply dlm kehidupan seharian. Sekejap bole luput dr ingatan....

Utk permulaan, aku nak war-warkan laa kat blog aku nih.. Walaupon ade yg dah tau.. Aku dah selamat melahirkan seorang baby boy pada 14hb April 2008. Haha.. Dah nak masuk 2 bln setgh dah pon baby aku tuh ;P

14hb April 2008...

2.30 pg :-
Aku terbangun dr tido. Knape? Aku mimpi aku dah nak bersalin. Rasa mcm air ketuban aku pecah. Tp bila raba-raba kat tilam, kering jek. Hahaha.. Maklum ler, dah lewat 2 hari dah. Tu yg sampai termimpi-mimpi. So, aku bangun jugak laa memandangkan mata dah terbukak besar. Gi toilet jap nak make sure everything ok.. Hee ;P

3.30 pg :-
Aku terbangun lg. Ape pulak kali nih?? Mimpi jugak. Mimpi air ketuban pecah lagi. Raba balik tilam. Erkk.. Ape benda yg basah nih?? Aku k**c**g ke?? Tak puashati nih. Minta tlg dear hubby switch on lampu. Belek punya belek, mcm air. Aku pon gi laa toilet nak check. Tgk kat pad aku mmg dah byk lendir. Erkk... Air ketuban ke nih?? Alamak.... Panik panik..

Aku turun ke tingkat bwh. Rupanye abg aku tak tido lagi. Dok terpacak depan tv tgk bola. Maka kecoh laa satu rumah di pagi yg hening itu. Ekeke.. Barang sume mmg dah standby dlm keta. So, itu jam jugak laa Hubby drive aku gi HSI. Hospital paling dekat dgn rumah aku. Tak sampai pon 10 minit, kitorang dah terpacak depan pintu emergency. Aku, Hubby & mak aku diarah ke bilik saringan. Lepas daftar masuk, aku diarah masuk ke bilik saringan sorang². Yg lain sila tunggu di luar.. Haha.. Mcm biasa laa prosedur seblm bersalin kan. Dr. bertugas check bukaan rahim. Alahai, baru bukak 3cm. Mild contraction, 10 minit skali. Jwbnyer, kena tahan wad laa aku pg tuh. Lepas angkut barang masuk wad, Hubby & mak aku balik.

7.30 pg :-
Aku bangun awal sket sbb takleh tido. Decide gi mandi laa. Mana tau kena masuk labour room awal ke, masam plak bau. Ekeke.. Mandi pon takut-takut jugak sbb contraction tu makin sakit. Lepas mandi, bekfas dah tersedia. Lepas bekfas, dlm kul 8.30 Doktor Pakar dtg melawat wad. Ntah ape diorang diskus ntah. Yg aku ingat, lepas tu sibuk laa nurse pasang alat CTG keliling pewot aku..

10 minit skali nurse dtg check report CTG. Alamak, sleeping pattern laa pulak!! Aiyoo, anak awak tido nih. So, nurse goncang-goncang sket kiri kanan pewot aku. Kunun nak kejut baby, biar aktif, rahim pon cepat bukak.. ;P

9.30 pg :-
Nurse dtg check report CTG lagi. Hmm... Sama jugak. Tp air ketuban aku non-stop keluar. Aku cam dgr Dr. Pakar ckp ade leaking? Nampaknyer nak kena sorong gi labour room jugak nih. Seblom tu Dr. check bukaan rahim skali lagi. Rahim dah bukak 5cm (stretchable to 6cm).

Memula masuk labour room cam kagum gitu. Hospital baru laa katakan. Bilik bersalin pon sorang satu skrg nih. Facilities nampaknye ok laa.. Aku dok dlm Bilik 11. Sementara tunggu "waktu yg ditunggu-tunggu" aku di lilit lagi dgn alat CTG. 5-10 minit skali Dr. dtg tgk report. Aku plak semakin berdebar. Tuhan saja yg tau perasaan aku masatu. Cuba juga ingat balik mcm mana rasanya sakit nak bersalinkan Dhea dulu. Tp tak ingat!! Hahaha...

Kali ni lama jugak nak tunggu rahim btol-btol bukak 10cm. Drp kul 10 pg sampai laa tghari dah mcm-mcm cara nak kurangkan rasa sakit. Siap amik gas lagi. Nurse pon dah mula bising bila aku dok jerit tahan sakit contraction. Huhu...

12.52 tghari :-
Dipendekkan cerita, selepas penat bertarung akhirnya aku selamat melahirkan seorang baby boy yg comel.. Aku bknnyer nampak sgt pon masatu, tak pakai spek mata. Yg aku ingat, baby kuar je nurse kelam kabut bersihkan. Pastu tunjuk jantina kat aku. Tak sampai 5 minit baby dah ada atas dada aku. Hampir menitis airmata aku bila tgk cahaya mata yg aku kandung 9bln 10hari, akhirnya berada dlm dakapan aku... Hilang segalak kesakitan yg aku tanggung sepanjang proses kelahiran ini...

Aku bersyukur pada Mu Ya Allah atas kurniaan Mu yg tak ternilai ini....

Lepas 2 minggu, Hubby pegi apply surat beranak.. Maka, telah rasmilah nama baby boy aku "Muhammad Hadif Irfan". Fuhhhh!! Panjang berjela nama anak aku. Ekeke.. Kat rumah kami panggil Hadif, tp kat taska Hadif dipanggil Irfan...

Sekian, utk hari ini.... Ekekeke ;P