Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, June 12, 2011

Assalamualaikum..

Pekabo? ;) Lama giler Minggu Tomyam ye dok? Ampunn..


Okeh, harini terajin nak share something ngan korang (yg sudi). Esok kan bebudak dah start schooling kan.. Baik yg sekolah rendah, sekolah menengah mahupon yg sekolah tadika.. Adakah korang yg mak2 orang dah siap sedia semua barang keperluan sekolah anak2? Aku sudah. Baju dah siap basuh (dan akan digosok malam ni :P). Kasut pon dah ready dalam rak. Stokin dah letak siap2 dalam kasut. Beg sekolah dah check dan keluarkan buku2 1st term sebab 2nd term diorang guna buku lain. Lagipon, klu tgk buku2 1st term Dhea, boleh naness woo.. Cikgu dia mmg fully utilize especially buku tulis. Ada yang siap bertampal sampai ke kulit blakang, punyalah kan.. Tabik spring aku kat cikgu2 diorang nih..


Dhea exam awal bulan 5. Beberapa hari sebelum tu Dhea start demam. Teruk gak laa.. Siap aku bawak ke paed sebab next weeknyer nak exam kan.. Paed pon ckp, ni mesti tensen nak exam nih.. Hahaha.. Gila kau.. Baru kindy dah tensen nak exam?!! So, during exam tu aku memang tak paksa Dhea buat revision pon. Sekali pon takde. Mak tawakkal aje okeh. Tiap2 pagi seblm pi skool tu je aku pesan, "buat elok2, jgn tiru kawan (sebab bajet anak tak blajo kan), buat cepat2 (dhea selalu siap lambat sebab nak tulis cantik2 katanya) etc etc etc..".. Hamikk, berjela pesanan mak.. :D


Surprisingly, she did very well in her exam. Dhea dapat no. 3 dalam kelas. Seriously masa nak pegi Open Day aritu, kitorang lakibini jantung berdebor2. Skali bila cikgu Yati cakap Dhea dapat no. 3, aku terus sebak. Airmata bergenang2. Aku cium ubun2 Dhea byk2 kali depan cikgu. Nak peluk2 cam segan plak depan mak bapak lain, ramai yg tengah beratur tunggu giliran.. Memang tak sangka yo! Si ayah pon sengih2 sambil usap2 kepala anak dara dia. Kami memang gembira macam nak melompat kat situ jugak.. Hahahahaha.. Overr tau!! :P


Okeh, saje nak tepek result Dhea kat sini buat kenangan.. Nanti2 boleh tunjuk Dhea jugak sebagai pembakar semangat.. ;)


Not bad huh?! Proud of u kakak.. :) Cikgu Yati kata tulisan Dhea paling cantek dalam kelas..


Muka budak demam tensen sebab nak exam.. Hahaha..


Masatu kami janji nak bawak kakak makan eskrem sedap kat Tmn Molek bila dah baik demam, tp sampai hairni tak sempat2 nak bawak dia dan adik2nyerr.. Schedule tight gitu.. :P Takpe kakak, minggu ni mama coti kita gi eh.. ;) Mama promise!




Saturday, April 16, 2011

Minggu Tom Yam sedonia

Sejak 2-3 minggu ni, tekak haku ni asyik nak makan tom yam jek. Hep!! Heeeeeeepppp!! Sukacita dimaklumkan, haku TIDAK mengidam eh.. :P Tapi, dah seminggu lebih jugaklah aku batuk2.. Makanan lain agak kurang selera untuk dijamah. So, layan tom yam adalah terbaekk.. :D


Klu keje weekdays tu biasanya aku ngan partner akan tapau lunch drp Tesco Tebrau. Tom yam Tesco Tebrau sedapp weih!! Bukan kat food court tau. Ni kat kedai makan DALAM Tesco tu sendirik. Klu tak caya, cer try test.. :P


Speaking of tom yam, korang suka tom yam yang macam mana? Aku suka yang masam2 dan tak pedas sangat sebab sejak2 beranakkan si kecik tu aku tak berapa nak tahan makanan pedas. Tak tau laa apsal ek. :D







Pinjam gambaq2 sat naa Cik Mat Gebu :D


Sekarang ni memang musim batuk2 ek.. Kat ofis aku sekarang ni majoriti staff cc dah start batuk2. Dah macam pertandingan lawan batuk sape paling dahsyaaaaaatt pon ader.. :P Nak telan ubat batuk, kang tertido plak time keje. Jadi, kepada sesiapa yang belum terkena jangkitan virus batuk tue, sila2lah jaga kesihatan anda. Batuk adalah memeritkan. Terasa nak masukkan tangan dalam tekak dan garu sampai lebam sepuas hati..


Okehlah, nak makan tom yam. Uhukk! Uhukkkk! ;)




Friday, April 15, 2011

3 tahun dan kek merah

Entry ni patutnyer publish semalam, tp berukband dah tahap puake. Kejap2 connect, kejap2 disconnect. So, korang sudi2kanlah baca ek.. Layanzzz.. :D


******************************************************


Harini, 14 April 2011, adalah hari lahir Hadir Irfan yang ke 3 tahun. :)




Actually, malam semalam lagik haku dah bgtau dia yang esok (harini) adalah harijadi dia.

"Esok birthday Hadif tau.." *sambil kenyit2 mata kat dia*
"Iye ter mama? Ape aun eh?" *senyum2 kamben sambil angkat2 bahu tanda gedik. siap tutup2 mulut cover gelak okeh. very the cheeky one heh*
"3 tahun laa.."
"Owhhh.."
"Hadif nak kek ape? Esok mama buatkan eh?"
"Ermmmmmm aaaaaaaa errmmmm aaaaaa, tet eyah je laa." *punyalaaa lame dia memikir*
"Ai ai sir!"


Wahhh, boleh tahan taste ko ye nak. Yang mama tak gheti tu laa yang ko mintak. Klu korang nak tau, inilah dia 'tet eyah' yang dimaksudkan..


Tet eyah aka kek merah aka rv dari cc


Meh tengok plak wajah2 gumbira hanak2 ketika menikmati 'tet eyah' itu.. :P






Haaaaaaaaaaa, gumbira tak gumbira laa kan.. :P Masa memula pi amik drp YB @Inarshad (jumpa kat Petronas Austin jek), haku baru terima nikahnyer kotak 'tet eyah' si kakak sudah sambar itu kotak sampai nak tergolek isi dalam tue. Lepas tu, terus dia kidnap sebijik. Bila masa dia selit tangan masuk dalam kotak tue pon haku tak perasan. Tak nyempat sampai rumah yang sepelaung tue, 3 bijik skali settle. :D


Tapi, ada tapinyerr.. Anak2 haku memang kalah dengan cuka. So, lepas diorang bedal seme rvcc tue esoknyer diorang start cerry berry. Yang peliknya, takde plak rasa memulas ke hape (mengikut kata Hadif). Cuma bila diorang membuang, bahan buangan adalah berwarna merah. Itu kata #lakisya laa kan sebab masatu memang dia jek yang tukang cuci montot bebudak ni. :P


Setelah aku buat sedikit gugelan (?) :P, ghoper2nyer dalam itu rvcc sudah letak cuka. No wonder laa.. Mengikut kata Pn. Jua, ada resepi rvcc yang tak guna cuka. Tapi, haku tak jumpa pulak setakat ni. Berukband pon dah tahap puake (dem!!). Klu sampai petang2 karang tak jumpa jugak resepi kek baldu merah yang tak guna cuka, mama buat kek cokelet je laa nak yer. Takpon kek feberet Hadif, kek oren. Atau kek wanewani ke? Okeh sayang? :D




Selamat ulang tahun cheeky boy mama dan ayah, Muhammad Hadif Irfan! Semoga membesar dengan sihat dan kuat.. Syayanggggg abg banyak2.. :D