Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 29, 2009

Cerita orientasi

Ingat tak orientasi yg aku war²kan seblm ni? :D Meh nak story sket pasal orientasi aritu..

Management team yg hadir malam tu adalah seramai 6org termasuklah our MD. Mcm biasalah, ada sesi staffs introduction. Kat branch sini mmg ramai staf baru. Lepas kitorang, turn management team pulak menyampaikan sepatah 2 kata. Intro MTs saje dekat sejam lebih, blom masuk slide lagi tau..

Slide² seterusnya adalah berkisarkan vision & mission, scope of job, etc etc etc.. Kiranya sesi memperkenalkan syarikat laa pulak kan..

Part yg paling aku suka dgr ialah sesi intro from each management team members. Mereka dgn besar hatinya meng-share sedikit sebanyak pengalaman mereka sepanjang bersama syarikat ini. Memang best laa dgr sebab most of them start to join this company masa company ni baru nak setup. Mmg agak terharu dgr pahit getir yg terpaksa mereka lalui. And, best part is they are still together until today to give the best to the company.

Another thing I discovered is, it turned out that our MD is a racist. :D Bukanlah maksudnya dia tak suka langsung dgn non-malay esp. cha-ya-nun-alif. Tp, dia kata dia takkan employ non-malay. Maka, secara tak langsung syarikat ini menjadi 100% syarikat bumiputera. Yeay!!

Ada satu ketika bila dia sentuh tentang Melayu, dada aku sebak tak terkata. Airmata bergenang2.. Seperkara lagi tentang our MD, he can read our heart. Serious. Don’t ever lie to him coz he will know straight from your eyes. Gerun jugak mak nak tentang mata.. :P But, he smiles all the times. So, takde ler gerun sgt sbb masih boleh senyum² kambing.. :P

All in all, I’m proud to join SC. :)

Oh ye, kitorang ada game jugak. Ye laa, dah tghmlm kan, ramai yg dah lost focus gitu.. Masing² mata pon dah merah² sebab tahan ngantuk. So, our GM, En. Shah, buat laa game utk segarkan balik staf² dia nih. Game tersebut adalah utk menguji sejauh mana kami mengikut arahan drp pihak atasan. And, it turned out that only 2 staffs yg betul² ikut arahan pada kertas yg diedarkan.. Kahkahkahkahkahkahkah.. Yg lain? Hampeh, termasuklah aku! Baru kena pressure sket dah kelam kelibut.. :P

Bagus jugak sesi orientasi mcm ni. Aku pon banyak kutip quote from our management team members esp. our MD.. So, mmg tak rugi laa kami bersengkang mata sampai almost 1am. :)

SC.... YES!

PANDAN.... TERBAIK!
PANDAN.... TERBAIK!
PANDAN.... TERBAIK! TERBAIK! TERBAIK!





Buli balik?!



Terima kasih kakak sebab tak balas balik kat adik... :D




Friday, July 24, 2009

Togel



Asal aku buka blog ni drp pc ofis, tak penahnyer nampak blog background aku yg vogue tu.. Rindu betul nak tgk reben merah yg besar gedabak kiut tuh..

Klu buka blog lain ok pulak mcm blog Kak Non, CY3.5, ML dan Iszan.. Tak penahnya togel blog korang tau.. Mak sukak! Ape yg aku perasan, blog² lain yg menggunakan free blog background drp sini mmg tak keluar langsung background korang yg vadevasss tue.. Haih..

Camne ni CY? Help! Helppp!





P/s: Mcm² laa pc ni.. Ni pon lepas run ultrasurf barulah aku dpt bloghoping dgn tenang.. Klu tak, blocked manjang.. Menci! Sib baik nanang keluar jugak.. :P

Orientasi

Hari ini dlm sejarah aku ada orientasi. Mula lepas waktu keje, kul 5.30ptg sampailah 7.30mlm. Stop kejap utk solat & makan malam. Then sambung balik kul 8.30mlm saaaaampailah 12tghmlm. WTH?!

Management team from HQ skrg ni dah selamat kat atas highway PLUS, dlm perjalanan menuju ke destinasi yeay yeay sini.. Kul 10pg td diorang dah gerak drp KL dan dijangka tiba around 2-3pm.. Giler ar, bos besar pon turun padang beb.. Ntah ape laa yg dia nak brainwash kami kat sini. Oh yer, orientasi ni utk semua staff kat branch JB ni, tak kira laa staff baru ataupon yg lama.. :D

Hari Rabu lepas (sebaik dpt notis dari HQ) aku dah kawtim dgn BS Hadif. Ye laa, sapa nak jaga si kenit tu kan.. Nasib baiklah BS Hadif sanggup nak jaga. So, lepas aku habis orientasi nanti baru pi amik Hadif kat rumah Kak Sue. Tp, tgklah nanti klu Hubby balik awal dia kata dia akan amik Hadif dulu. Cam tak best plak nak tinggal anak kat rumah BS sampai ke tghmlm.. Eiii, ni yg buat I bertambah² sayang kat you! *bluwekk* :D

Ingatkan zaman² study dulu jek ada orientasi.. Rupanya, dah keje pon masih jugak nak kena basuh orientasi. Haih..

/dignose




Lunch hari ini?

Sudah beberapa hari aku teringinnnn sgt nak makan ini.. Last aku makan masa lunch terakhir dgn ex-kelik.. :D



Thai Tomyan



Jenis mee boleh pilih sendiri.. Aku suka mee laksa ni..



Thai Tomyam ni boleh didapati di Tesco² berdekatan ofis aku.. Setakat ni, yg aku tau ada booth makanan Thai ni hanyalah kat Tesco Extra Plentong & Tesco Tebrau (sebelah JJ Tebrau City).. :D

Selain tomyam, ada jugak jual dessert² traditional Thai mcm ubi kuning berkuah santan.. Ape ntah nama dia.. :D

Haih.. Tiba² pulak aku rasa rindu kat ex-kelik.. :(




Wednesday, July 22, 2009

Pengumuman! Pengumuman!

Seperti yg telah diwar²kan oleh Ms. Lola, Pn. Ealyie dah selamat melahirkan baby boy yg kiuttt dan putihhh, pagi tadi seblm gerhana. Ealyie yg ckp hari ni ada gerhana.. Betul ke korang? Mak mmg tak tau berita langsung.. :D

Aku kan paparazi! Aku dah pegi menjengah si Ealyie dan baby boynyer kat wad tghari td . Dah dekat sgt dah dgn tempat baru aku ni, saje je laa tu kan klu tak pegi.. :P

Mcm biasalah, aku mmg suka snap² gambar ni.. Nak² pulak newborn. Klu anak aku, dah mcm² angel dah aku snap.. :D So, seblm aku berambus balik ofis tadi aku snap laa gambar baby si Ealyie ni.. Tp, tak dpt nak transfer ke pc sbb pc suite tak abis download lagi. Baru 65%.. Lembab!

Apepon, Tahniah utk Mama Ealyie dan keluarga!

Pasni, abg Eghis ade ler kawan utk main futsal.. Kan abg Eghis kan.. /wahaha




Saturday, July 18, 2009

Sesi 2009/2010

Semester baru sudah bermula. Yeay!!

Sebenarnya, minggu ni adalah minggu kedua. Sabtu lepas aku ada satu kelas on Saturday. But, to no avail. Maksudnya, kelas dibatalkan.. Penat je aku dtg jauh2 nak tuntut ilmu, tapi lecturer tak muncul2. Setelah diselidik bagai, lecturer tu masih jalan2 cari pasal makan kat oversea. Apekah?!!!

This week, sape yg ada kelas dgn lecturer yg sama dgn subjek last week mmg senang lenang laa takyah dtg kelas sebab lecturer tu tak balik lagi.. Jgn sampai lupa jalan pulang sudah.. :P

I'm typing this entry from MPK7.. Yerr, mak ngaku mak memang vogue selambe badaks..

/wahaha




Friday, July 17, 2009

Advise for 2009

From Warren Buffett, not me ek.. :P

Hardwork : All hardwork bring a profit, but mere talk leads only to poverty.

Laziness : A sleeping lobster is carried away by the water current.

Earnings : Never depend on a single source of income. (At least make your investments, get you second earning).

Spending : If you buy things you don't need, you'll soon sell things you need.

Savings : Don't save what is left after spending; Spend what is left after saving.

Borrowings : The borrower becomes the lender's slave.

Accounting : It's no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking.

Auditing : Beware of little expenses; A small leak can sink a large ship.

Risk-taking : Never test the depth of the river with both feet (Have an alternative plan ready).

Investment : Don't put all your eggs in one basket.


WB kata, 'This self-prescribed therapy has ensured that each passing year, I grow wiser and not older' :D


Most cubicle ada ditampal artikel penuh Warren Buffett ni, termasuklah kat cubicle baru aku (tp bukan aku laa yg tampal :D).. Gigih mak menaip okeh, just to share with uols.. Untuk artikel penuh, sila google sendiri yer.. :P




Thursday, July 16, 2009

Doa sebelum tidur

Biasanya aku akan minta Dhea ikut aku baca sepatah2, rite after me..



'Allah - humma - bismika - ahyaa - waamut'



Tapi, semalam lain jadinya.. Masa aku start baca 'Allah - humma', Dhea pon baca sekali serentak. Aku ngan Hubby masing2 pandang sesama sendiri, sambil bisik2.. Then, aku teruskan bacaan sampailah habis. Kitorang buat2 tak dengar je yg ape yg Dhea baca. Betullah ape yg Dhea baca tu, cuma pelat2 sket laa sebutannya.. Kitorang buat2 tak dgr sebab nak tgk tahap hafalan Dhea..

Well, dan2 Dhea habiskan baca doa tido, airmata aku bergenang2.. Terus aku usap2 kepala dia.. Cakap kat dia, 'dah pandai dah anak mama..'. Dhea plak sengih2 kena puji.. Syahdu mak weihh.. :P




Wednesday, July 15, 2009

Lunch di Tesco

Dengan selamba saya mengekor kawan2 baru hari ini. Kata adaptor adaptive.. :P

Kami lunch di kedai Linda Onn, Mom's Delight.. Duduk saje, pelayan kedai ckp 'Nasi Ayam Simple' je yg ada. Menu2 lain takde.. Lorr.. Hmm, dah alang2 masuk duduk tu kami order saje ler 5set (utk 5org.. :P)..

Seblm lunch tadi, kecoh sekampung sekejap.. System down.. Berdering2 talipon kat helpdesk nih.. :D Tiba2 terpampang message alert kat skrin pc..



Tak sampai 10minit, terpampang pulak message yg ni..



Aku nganga je ler tgk application team kelam kabut buat keje. Betulkan ape yg patut.. :D Diorang ckp, Isnin lepas pon system down for almost 2hours.. Erk..

Ampunnn, mak mmg tak tau satu hape..




Blogging from HSI

Haluuuuuuuuuuu gurls.. :D


Guess where am I now? :P





P/s: Apa yg penting? Kerjasama! Aku dah download PS.. :P

Tuesday, July 14, 2009

Transformers

Aku kurang minat tgk cerita robot2 nih.. :D Tapi, anak aku minat. Dhea laa terutamanya.. Budak ni mmg, kartun ape pon seme dia suka tengok..

Maka, last weekend, Hubby telah belikan ini utk Dhea.. :D
























Klu takde tulis kat kotak tu, aku mmg tak tau ape ke namanye autobot itu.. :P Mahal jugak ek, RM15.90 sebiji. Nasib baik laa Hadif blom pandai mintak menan tu.. :D




Airmata kaseh...

...berlinangan, berlinangan selalu.

Harap maaf, lagu di atas tiada kaitan langsung dgn entry syok sendiri ini.. :P





Klu dah namanya giler obses dgn gambor, takleh nak kata ape laa kan..

/wahaha




My cheeky dicky boy!

Hari ini genaplah anakanda ku, Muhammad Hadif Irfan, berumur 1 tahun 3 bln.. :)





Bak kata Intan, anak bujang aku ni agak brutal juga laa.. Klu tidak, masakan dia berani mengorat anak daranyer, Ainin yg debz tu kan.. /wahaha

Well, yg pasti trait itu bkn dari gen mak okeh.. Kehkehkeh! Mak ni sopan santun tau orgnyer :P wlpon garang bak rimau.

Hadif skrg ni...


  • ...very cheeky dicky boy. Tak tahan aku tengok kerenah mengada2 dia. Bkn tak tahan ape, tak tahan rasa nak geget2 pipi ngan mulut dia yg sengihhhhh je manjang.. :D

  • ...suka nyakat buli kakak Dhea esp. time si kakak sedang lena diulit mimpi. Kesian kakak tak dapek tido dgn aman dah skrg ni..

  • ...dah start notty jugak okeh. Klu dia geram kat org, dia suka ketap2 bibir bawah sambil tu tgn dia akan cekau mana2 bahagian badan 'mangsa' yg sempat dia capai.. Dgn sepenuh hati dan tenaga okeh. Sakit woo!!

  • ...kuat merajuk. Pantang kena marah sket, dia dah paling muka ke lain sambil nangis cebik2 mulut. Err, trait ni mungkin dia dpt drp mama dia.. :P

  • ...suka main air. Jgn laa tinggal dia lelama kat toilet, mmg dia tak nak kuar wlpon jari cinonet dia dah kecut2. :D Since Hadif suka main air, tak susah laa nak ajak dia mandi. Pantang sebut 'mandi', dgn selamba dia berkata tarik2 baju dia soh kita bukakan.. :D

  • ...kuat menyepahkan barang. Habislah dia angkut jag2 air & tupperware2 eskrim kat dlm KC, bawak ke depan living room.. Pening kepala mak dibuatnyer. Aku dah tampal dah benda alah lock tu, tp tercabut jugak.. Ala, pelekat dia pon ala2 double side tape jer.. Tu yg mudah tanggal gamaknyerr..

  • ...jadi mamat suis. Pantang nampak suis/plug point. Syok je tgn dia main tekan2. Part ni mmg kena extra 'mata'. Haih..

  • ...kurang nenen. Ngempeng je lebih. Pantang aku bangun, mula laa merengek. Klu pagi2, susah btol nak buat keje (read: nak menyiapkan brg2 segala eh, bukan keje lain :P). But then, klu mood dia tgh baik, aku depan mata pon dia boleh lagi layan ebm dlm botol susu.. :D

  • ...dah pandai makan lauk2 kari dan asam pedas.. Pastu lauk je dia nak, nasi selalunya tak nak dah bila dah rasa lauk sedap.. :P

  • ...klu nangis kena marah akan sebut 'Ayahhhhhhhhh!' :D Tak sebut 'Mammmmaaaaaa!' lagik dah..


Hmm, ape lagi ek..? :D Oh oh, yg paling aku harap2kan sangat drp Hadif, cepat laa pandai cakap nak oiii.. Mama pening laa adik dok tunjuk2 pastu 'ah! ah!' sana sini.. /please





Gambar2 ni semua aku snap masa balik drp rombongan cik kiah Ahad lepas.. :D




Monday, July 13, 2009

Hari terakhir... :D *UPDATED*

Updated on 4.53pm: Ah ah ah.. Sekejap sajerrr sudah ade update.. Takleh lelama sgt kat dlm tu, kang ada yg nangis kang.. :P

Masuk2 bilik bos (sila ketuk dulu seblm masuk :P), aku cam terkedu. Habis berterabur semua ayat2 chenta aku. Bos aku pulak cepat2 tgk kalender.. :D Sedey pulak bila bos mak ckp 'You're a good girl!' coz I'm actually not.. :(



* * * * * * *



Yeah, today is the day. :P


Satgi aku nak masuk bilik bos nih.. Ye laa, nak salam2 bgtau laa yg hari ni last day aku berkhidmat utk company dia. Aku tau, mesti dia tak ingat punyalah.. Boleh agak dah dialog yg bakal keluar drp mulut bos aku tu nanti.. :P


Esok aku akan bersenang-lenang seharian di rumah sebelum memulakan keje baru di tempat yg baru, lusanya..

/sweat




Nasi Lemak AP

Dinner kami Jumaat malam keliwon yg lepas.. Beli saje sebab malas nak masak.. :P



AP stands for Austin Perdana.. Tp nasi lemak ini bukanlah dijual di kawasan perumahan Austin, apatah lagi di kawasan AP yer.. Nasi lemak ini hanya boleh didapati di Tmn Johor Jaya.. :P Patutnya letak ler nama Nasi Lemak JJ, kan kan.. Baru sesuaiii gitu, ye dakk..

/hmm

Klu ada sesiapa yg nak cuba, boleh laa ke Jln Ros Merah, Tmn Johor Jaya.. Ala, betul2 dekat simpang tiga depan Public Bank JJ.. Dekat dgn Klinik Lee, paed kegemaran ramai anak2 aku.. :D

Gerai nasi lemak ni beroperasi bermula pukul 6ptg camtu sehinggalah lauk-pauk habis.. :D Yg specialnya kat situ (pada aku laa..) adalah ayam goreng rempahnya. Sodapppp!! Lauk lain lebih kurang sama je laa.. Ada sambal kerang, rendang daging, kacang panjang goreng, sambal telo puyuh, ikan goreng dan macam2 lauk lagi laa kekdahnyer.. Tp, ayam goreng rempah dia mmg ada ummphh laa. Tak sampai 5min letak atas dulang, dah licin.. Tinggal laa part2 yg org tak bape suka ie. part dada ayam.. :D



Sambal kerang.. Kerang dia kecik2.. I loikeee! :D




Aku masih di sini

Today is my last day here in SKSB. :)

Last day ke hape ke, entry tetap kena masyuk, ye dak kawan2.. :P

Event (? :P) penting yg aku nak bitau kat pembaca blog ini adalah aktiviti rombongan cik kiah kami menerjah rumah baru sorang rakan baru, semalam. Mulanya aku kenal dia melalui SI dan seterusnya melalui blognya yg vadevasss itu..

Kami telah mendapat jemputan rasmi melalui email gitu. Takde laa segan sgt nak dtg kan Itu yg semangat membara nak datang jugak tuh, wlpon anak2 aku kul 12tghari tu masing2 dah tertido. Si Hadif tido melengging dlm buaian, si Kakak pulak tido terkangkang kat atas toto kecik.. :D Memandangkan aku seorang mama yg baik, tak sampai hati pulak nak kejut diorang berdua yg baru tido. So, sementara tunggu diorang berdua ni bangun, aku mengemas ler ape2 & mana2 yg patut..



Hadif selepas dipakaikan baju. Takkan nak tepek gambar anak mak tgh melengging pulok.. Tak sesuaiii.. :P Masa ni tgh tunggu si Kakak disiapkan oleh Hubby :D



Cheeky kan anak bujang aku sorang nih.. Bila aku soh pose, dia dah tau dah nak buat muka mcm mana.. Eiii, rasa nak geget2 je pipi Hadif ni.. :D

Selepas menyiapkan anak2 secepat yg mungkin (takde nak mandi2 bagai.. tukar baju jek.. :D), kitorang bergegas keluar rumah. Masa tu dah kul 2ptg dah. Sampai rumah Mimi lebih kurang kul 3 camtu laa.. Sampai2 terus lepaskan anak2 & tuju meja makan.. Melantak ler, ape lagi.. Nasi ayam pon dah depan mata.. :D Sedap wooo nasi ayam Mimi masak. Anak2 aku makan berulang2.. Sepinggan licin Dhea sorang makan (tp aku suap.. kang kecah kesian plak tuan rumah nak mengemas :D). Ikutkan Dhea minta suap lagi, tp sebab mama dia dah malas nak layan eksaited nak join sembang2 petang, takde ler.. Cukuplah sepinggan yer kakak.. Lenkali kita datang lagi, minta auntie Mimi masakkan nasi ayam lagi.. :P

Actually, sama je jalan ceritanya. Tuan punya rumah pon dah ceritakan kat blog dia dengan panjang lebar..

Arakian, tujuan aku buat jugak entry ni adalah semata2 utk menempek satu2nya gambar yg sempat dapat ditangkap ketika sesi bergather2 semalam..

Nah..





















Hadif notty & Abg Eghis kenteng.. :D Suka btol anak bujang aku ni lepak depan gril umah ko Nyah.. Klu tak kat situ, kat tempat yg ada suis.. :P



Ini sahaja gambar yg dapat aku snap. :P Rugi tak dapat snap gambar Hadif mengorat anak dara si Intan.. :D




P/s: Mak tau, tajuk mmg takde kena mengena dgn entry.. Kan kan.. :P

Friday, July 10, 2009

Minggu terakhir di sini

Actually, Isnin depan saya masih di sini lagi.. :P

Notis berhenti kerja saya agak unik sedikit. Hanya perlu 2minggu notis. Bukan perlu, tapi saya yg baik hati beri 2minggu notis, walaupon saya sudah berkhidmat di sini selama 6thn (ngam2 6thn pada bln Jun yg lepas). Sila jgn tanya kenapa.. :P Sekurang2nya, surat perletakan jawatan saya tidak mengandungi sebarang perkataan 'bosan' atau 'boring' atau perkataan2 yg sewaktu dgnnya sebagaimana yg telah dilakukan oleh salah seorang drp bekas pekerja syarikat ini. I hope I will be leaving a good name behind..

/dignose

Sejak hari itu, saya tercari2 beg tangan & kasut baru yg sesuai utk ke tempat baru nanti.. Ah ah ah.. Yerr, selama ini saya mmg tidak berhandbag. Cukup dgn menggendong backpack kecik utk menyumbat segala barang2 keperluan. Mcm budak sekolah kekdahnyer.. :D Tapi, saya ada masalah nak beli handbag kerana saya sgt jahil dlm bab2 handbag. Takut terkecik laa, terbesar laa, tak sesuai laa, dan yg paling takut sekali, takut org keliling cakap handbag yg saya beli tu tak cantik.. :P Sebab tu sampai harini pon saya masih belum jumpa yg berkenan dihati beli..

/sweat

Kasut pon klu boleh nak yg ala2 sandal jek.. :D Teringin juga pakai heels, tp belum cukup berani utk itu. Tak pasal2 nanti saya tergolek anjing depan rakan2 kerja baru.. Buat malu je.. Di sini, hanya sekali sekala je saya berkasut. Ikut mood pagi.. But, most of the time saya hanya menyarung selipar Jepun dan zasss ke pejabat. Sangat simple dan tidak profesional.. Takpe, kerana saya hanyalah seorang 'kuci'.. Mana mungkin dihantar utk berseminar seperti MN.. :P

Kesimpulannya, err, klu ada sesapa yg rasa dah terlebih beg tangan dan ingin membuat amal, sila jgn segan2 utk sedekahkan hadiahkan kpd saya.. Hik hik hik!

/blush




Best Blog Award



Terima kasih Asmaa! Tang mana laa yg best tu ek.. Klu merapu tu banyak laa.. :D

Asmaa kata, kena pass kat 15 bloggers tegar.. /hmm

Okeh, here's the list (in no particular order :) )


  1. Rizza

  2. Raihan

  3. KNVogue

  4. MLCB

  5. MIO

  6. MN

  7. ML

  8. MMA

  9. CY3.5

  10. Coachsha

  11. Momidanialia

  12. Marsha

  13. Erna

  14. Iszan

  15. Jua

  16. CPM

  17. Arnie

  18. Sufira

  19. Intan

  20. Ealyie

  21. Zety


Alamak!! Terlebih sudahhh.. :D





P/s: Gigih saya letak link.. Nampak sgt takde malas nak buat koje.. :D

Thursday, July 9, 2009

Ayam Goreng bersalut Nestum



Setapp!! Very crispy.. Lemak berkrim disukai ramai.. Ada wangi2 manis2 nestum sket.. Adik aku yg baik hati (haruslah puji kan.. :P) telah menyediakan menu ini utk kakaknya yg kelaparan berpuasa semalam. Terima kasih daun keladi, esok2 gorengkan lagi..

/wahaha

Harini nak berbuka ape plak ek? Hajat hati nak berbuka dgn spageti masih belum kesampaian nampaknya..





P/s: Puhh kanan, puhh kiri! Keluarlah engkau wahai scheduled entry!! :D

Giliran MLO icepack pulak!!

Klu awal bln aritu brite ice aku pecah (?), semalam giliran MLO icepack pulok..

/no

2 hari lepas masa kalut2 nak masukkan dlm cover MLO, icepack tu terjatuh ke lantai. Aku tak sempat nak buat pape pon, tgk je laa ia tersembam ke bumi.. :P Nasib baik tak berderai jam tu jugak.. :D So, ptg semlm (aku rotate 2hari sekali dgn chiller yg lain) masa nak keluarkan botol2 ebm baru perasan icepack tu dah bocor. Terkeluar segala isiperut gel drp icepack tu. Terus teringat insiden 2hari seblmnya.. Hmm, nampaknya khidmat icepack ini sampai ke hari semlm sahaje.. Setahun lebih jugaklah icepack ni berkhidmat.. Terima kasih.. :D





Minta maaflah, kualiti gambar kurang memuaskan. Puas aku snap from diff. angel, tp tetaplah gelap. Bila close-up, flash pulak tak kuar.. So, layan je laa gambar gelap ni ek :D



Erm, boleh ke simpan je icepack ni dlm freezer? Ada efek tak kat ebm? Sayang pulak nak buang.. Brite ice aritu pon aku tak buang lagi.. :D




Anak sapa laa nih...

Baik ngaku cepat!! :P





Semalam boleh ler auntie layan adik main segala benda kat playground tu.. :) Hari ni kena kuarantin, dok dendiam eh kat umah.. Jgn notty2 tau.. Syiannn mama, penat jaga kakak adik yg very the menggeletis.. Kang tak pasal mama jadik tarzan.. Haaaa, tatut tak?




Resepi untuk aku cuba

This entry supposed to be scheduled entry!! Patutnya publish semalam, kul 7.30mlm. Tp, tak keluar pon.. Apo kono ea jang..

/omg


Sudah lama juga aku tertarik nak cuba resepi ini.. Tapi, bilalah agaknya aku rajin nak cuba ek.. Klu Hubby takde, aku rasa tak best nak cuba2 resepi baru sebab klu tak sedap pon Hubby tetap cakap sedapp! :P

Aku memang selalu jenguk2 resepi kat blog Mat Gebu ni.. Tapi, takat cuci mata je laa.. :D Ada jugaklah aku cuba, tapinya utk lauk yg simple2 sahaje.. :P

Sebenarnya aku nak cari resepi kari yg tak pakai santan.. Kari asam gitu laa.. Ada sesapa sudi share resepi?

Aku ni dah laa tak pass lagi masak kari. Anak aku yg kecik tu pulak sukaaaaa sgt makan kari. Ini berdasarkan cerita BS Hadif laa.. Tiap kali Kak Sue masak kari kurang asam, mmg banyak dia makan katanye.. Haih, kena berguru dgn Kak Sue jugak gamaknye aku nih.. :D




Wednesday, July 8, 2009

Saya seorang mama

Semalam, masa tgh excited pilih2 B.A.D. kat Tes.co, tiba2 saya teringatkan anak gadis saya yg comel itu. :D Dhea sgt suka makan donut. Esp. donut yg ada warna pink/purple & donut yg bersalut/berisi coklat. Siaplah Dhea jilat makan segala coklat2 tue sampai licin..

Maka, sebagai seorang ibu mithali saya telah memilih donut yg pasti akan menarik minat Dhea..



Choreo & Say Cheese utk saya. Selebihnya utk Dhea. :)



Choreo sepatutnya jadi habuan saya, tp, sebaik Dhea dgr saya ckp OREO Dhea terus bawak lari dulu.. :D Sebagai ganti, saya bedal je laa Monalisa Mochalisa.. Sedap jugak, rasa err, mocha. :P

Sebenarnya, saya bukan nak bercerita pasal B.A.D. semlm. Tp, ape yg ingin saya sampaikan ialah, ke mana sahaja saya pergi saya pasti akan teringatkan anak2. Klu nak makan, pon mesti teringat makanan kesukaan anak2.. Klu saya makan tengahari di pasaraya2 berdekatan, saya mesti belikan sedikit jajan utk anak2 terutamanya Dhea lah.. Ala, bkn byk mana pon saya beli. Biasanya saya akan belikan sebungkus gula2 atau biskut yg paket kecik2 tu. Sebungkus sahaja sudah cukup utk menceriakan ptg Dhea (dan Hadif)..

Paling syahdu sekali, bila Dhea ucapkan 'Terima kasih, Mama' dgn wajah yg berseri2.. Luluh jantung mak, nyah!




Cepat dimasak, sedap dimakan!!

Semalam, selepas berbuka dgn ini, saya masak ini pulak.. :D



Maggi Kari!! :P



Mulanya nak masak sebungkus je.. Tp, bila buka 1 bungkusan Maggi tu, dlm tu ada mee je alat2. Perencahnyer takdok. So, aku buka laa lagi satu bungkusan. Memandangkan perencah tak cukup, aku hentam tambah serbuk kari (kari ayam plak tuh :P) & garam ikut sukati secukup rasa.

Hasilnya, sedap jugak (klu aku tipu pon bkn korang tau kan :))) cuma terasa agak pijor disekeliling bibir. Pedasssss sgt!! :P

Untuk sahur pagi tadi pulak, aku masak goreng telo mata lembu sebiji dan buat sambal kicap sket utk cicah ngan telo. Makan dgn nasi panas2 yg dah dipanaskan. Fuhh, mmg menyelerakan sampai licin pinggan.. :P

Lepas makan, haruslah minum ye tak? :P



Hot chocolate ala CPM



Senang je nak buat ni.. Just patah2kan Cadbury choc bar, masukkan dlm susu (aku guna DL Full Cream) & panaskan dlm microwave.. Siap!! Jumlah coklat (pagi tadi) telah dikurangkan utk mengelakkan rasa mual (?) di pagi hari.. :D




Percubaan untuk berdikari



/nobigdeal

Pada ketika ini, aku tgh seronok melayan aktiviti menyidai baju kat luar rumah.. Gambar ini telah ditangkap oleh adik aku yg sgt kesian prihatin terhadap anak saudaranya yg seorang ini.. :D




Tuesday, July 7, 2009

B.A.D. Day!

B.ig A.pple D.onut :P



Ini adalah juadah untuk berbuka petang nanti.. /wahaha

Oh ye, cita-cita semalam utk masak asam pedas adalah tidak kesampaian.. :D Balik keje, satu badan dah menggigil kelaparan. Nasib baik adik aku ada bawa balik pau sambal ngan roti sardin. Kebetulan air soya pon baru je masak. Maka, berbukalah aku dgn kuih2 itu & air soya suam bergelas2. Then, malam sket baru panaskan kuah mee rebus & makan bersama anak2.. Kul 11+, mak aku belikan pulak nasi ayam.. Uh, heavennnnnn.. /hmm